nrainzlja's Reading List
13 stories
DAMIAN [END] by Theshittykeen
Theshittykeen
  • WpView
    Reads 21,294,394
  • WpVote
    Votes 1,167,933
  • WpPart
    Parts 74
Christina dituduh membunuh seseorang, semua bukti memberatkannya tidak peduli meski Christina bersaksi ia tidak pernah membunuh siapapun dan tidak ingat kejadian malam itu. Christina dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di penjara Tartarus, penjara di pulau tak berpenghuni yang dipenuhi tahanan berbahaya, rumornya tidak ada yang pernah berhasil keluar dari Tartarus hidup-hidup ataupun bertahan hidup di sana lebih dari satu bulan. Hanya monster yang bertahan hidup di sana dan salah satunya adalah DAMIAN, laki-laki yang pernah menyatakan cintanya pada Christina sepuluh tahun yang lalu namun Christina menolaknya mentah-mentah. Damian menghilang tiba-tiba setelah penolakan yang mempermalukannya itu dan Christina tidak pernah mendengar kabar soalnya lagi hingga hari di mana Christina dibawa ke Tartarus, bertemu dengan Damian yang jadi tahanan paling ditakuti di sana. Yang jadi pertanyaannya apakah keberadaan Damian akan menjadi keuntungan bagi Christina atau justru neraka baginya mengingat terakhir kali Christina bertemu dengannya adalah ketika Christina berbohong tentangnya di hadapan banyak orang, dan mempermalukannya.
Dendam Cinta  by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 8,407
  • WpVote
    Votes 833
  • WpPart
    Parts 38
Spinoff : Cinta Helena Luna Delara x Qaleef Hanan Berkahwin tanpa cinta? Apakah ertinya? Bahagia? Takdir mempertemukan lagi mereka namun dalam versi yang begitu berbeza. Dahulunya seakan benci tapi kini berubah sayang? Apakah benar? "Kau ni pedofilia ka? Aku ni muda 2 tahun dari kau." "Baru 2 tahun. Apalah sangat umur yang berlandas angka tu? I still cantik kan?" QALEEF HANAN menerima takdirnya apabila dia harus menikahi gadis yang tidak pernah terlintas dalam takdir hidupnya. Gadis yang menjeratnya ke dalam perkahwinan ini. "Aku dah bertunang." "I don't care. I always get what I want." LUNA DELARA. Gadis yang menghancurkan hidup seorang Qaleef. Munculnya secara tiba-tiba dengan niat untuk menjadi isteri sah lelaki itu. Perkahwinan mereka terjalin atas cara yang mengorbankan perasaan yang lain namun bagi Luna dia tidak peduli asalkan lelaki itu menjadi miliknya. "Aku terima nikahnya, Luna Delara binti Syed Fawaz..." Tidak membenci mahupun menyakiti malah Qaleef memberikan seluruh cinta dan sayangnya pada gadis itu. "Syed Fawaz? Why does that name sound so familiar, Luna?" "I don't know, Qaleef. Kebetulan mungkin? You pun tahu I anak tunggal mana ada keluarga lain." Kerena cinta, Qaleef percaya. Kerana cinta, Qaleef larut dalam lembah dusta. Dan kerana cinta, Qaleef kalah dengan permainan Luna. Cinta bersulam dendam. Kasih bersulam dusta. Itulah kenyataan yang Luna simpan. Kata cinta yang menata di bibir hanya kepuraan semata dan niatnya cuma satu. Menjatuhkan seluruh keluarga Dato Qadir. "Kau tipu aku! Kau tak pernah cintakan aku sepanjang perkahwinan kita, Luna Delara!" "So? Nothing different between us, Qaleef. You never loved me. You chose me because I look like her. Simple." Mampukah mereka bertahan dalam cinta yang bersulam dendam? Setiap langkah dalam perjalanan hati mereka seakan ditenun daripada benang luka lama, membuatkan cinta itu sendiri terasa rapuh, seperti menunggu masa untuk kembali pecah.
Cinta Helena [C] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 86,210
  • WpVote
    Votes 4,746
  • WpPart
    Parts 58
Cinta Helena : Dia luka yang aku pilih. Cinta Helena x Qays Hayyan SUDAH tertulis di langit takdir, dua jiwa itu bersatu dalam mahligai cinta yang disangka abadi. Setiap senyuman mereka seperti puisi yang dibisikkan angin. Dunia menyaksikan cinta yang seolah dipupuk dari syurga. "Qays... promise me your love won't ever belong to anyone but me. Forever." "Cinta... you're my whole heart. I promise I'll love you today, tomorrow, and every lifetime after this. You're my forever." SATU JANJI. Tapi sejauh manakah layar sebuah janji mampu berlabuh saat badai takdir mula menjentik layar bahagia mereka? Dalam satu detik yang malang, Helena kehilangan segalanya. Luka bukan sahaja menghuni tubuhnya, tapi juga relung hatinya yang terdalam. Dan ketika itu, setia Qays mula dipertaruhkan. "You masih sayangkan I? Walaupun I dah tak sempurna lagi?" "Ya, Cinta. I akan sayangkan you sampai mati..." Namun setia itu diuji dengan satu perkataan yang paling ngeri buat seorang isteri ' poligami '. Mampukah hati yang retak menampung luka yang lebih dalam lagi? Sedang takdir menjemput wanita lain mengisi ruang yang dulunya hanya milik Helena. "Mummy nak Qays kahwin dengan Inara. She's a real woman, Qays. She can carry your child... not like Helena." "You nak kahwin lain? You nak duakan I!?" Dunia yang dulu cerah, kini gelap dan kelam. Apatah lagi saat pengkhianatan datang dari arah yang paling tak terduga. "Helena...aku-" "Kau kawan aku, Inara. Orang yang aku tak pernah sangka akan tikam aku!" Rasa dikhianati itu menghunjam dada lebih dalam dari sembilu. Hanya kerana kekurangan diri Helena di paksa mengerti walaupun hatinya tiada yang peduli. "I have no choice... H-Helena izinkan. Kalau itu yang buat semua orang bahagia... biar Qays kahwin." Sanggupkah dia terus bertahan, sedang mahligai yang dibinanya kini berkongsi nama dan kasih? Sedang senyum suaminya bukan lagi hanya untuk dia? Sejauh manakah layar perkahwinan ini akan terus belayar di lautan luka dan harapan?
She, My Exception (REVAMP) by daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Reads 712,998
  • WpVote
    Votes 16,124
  • WpPart
    Parts 32
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 600,386
  • WpVote
    Votes 43,075
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,177,197
  • WpVote
    Votes 72,299
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,356,209
  • WpVote
    Votes 63,793
  • WpPart
    Parts 31
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,324,802
  • WpVote
    Votes 99,221
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 1,035,087
  • WpVote
    Votes 52,785
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 7,011,877
  • WpVote
    Votes 287,113
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023