DONE 💯
16 stories
GARIS DUKA DIA by The_ryshe
The_ryshe
  • WpView
    Reads 87
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 5
-ketika sudah terbiasa dengan luka,hati sudah tidak bisa ketawa- KEHILANGAN. Kehilangan dan luka ialah perkataan yang berbeza tetapi jika disatukan, perkataan itulah yang paling mematikan. Jika dirinya ditanya apa saat yang paling membuat dirinya luka, pertanyaan itulah yang akan membuat dirinya kembali mengingati saat saat yang memberi parut besar di hidupnya. WARNING🚫 Mental abuse, hard word, traumatic issues, violence, mental illness, slow update ✌️
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | BAKAL TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 506,254
  • WpVote
    Votes 10,820
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,204,771
  • WpVote
    Votes 88,545
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
KHALI (COMPLETED) BAKAL TERBIT by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 425,952
  • WpVote
    Votes 25,706
  • WpPart
    Parts 51
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ MANUSKRIP SEDANG DIPERBAIKI ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
LOVE ATTRACTION by ftnfzyyy
ftnfzyyy
  • WpView
    Reads 4,417
  • WpVote
    Votes 428
  • WpPart
    Parts 25
| Laws of Love series #2 | EZARA SOFEA, miss perfect 10, si gadis academic achiever sepanjang hidupnya. Dirinya dianggap tiada cacat cela pada rupa parasnya yang jelita dan otak yang geliga. Namun, sebenarnya menyimpan satu rahsia sendiri penuh rapi di dalam hatinya. Dan semuanya bakal terbongkar. Hanya kerana seorang manusia. ZIDHAN FARHAN, pelajar lelaki yang popular dengan segala jenis masalah disiplin. Si troublemaker kampus. Top free rider group assignment. Kini memegang rahsia miliknya! "Bagi balik, Zidhan." - 𝐄𝐙𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀 "Boleh, tapi dengan syarat. Jadi girlfriend aku." - 𝐙𝐈𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍 Daripada teman wanita palsu kepada lakonan tipu tipu, hubungan mereka mula berubah lebih daripada sekadar drama biasa. Malah, menjadi semakin nyata seolah dunia menarik mereka bersama sehingga ke akhirnya. Di sebalik dua manusia yang berbeza perwatakan dan emosi yang berantakan, mampukah mereka berdua menolak daya tarikan yang hadir tanpa dipinta? © 2025 By ftnfzyyy All right reserved No plagiat allowed.
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 423,539
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 54
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,249,692
  • WpVote
    Votes 70,241
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,950,026
  • WpVote
    Votes 210,329
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
HAI, ABANG SENIOR !!? | OG by zipahluxx
zipahluxx
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 3
FATTAH IRSYAD ANNUR ZEANISSA Annur Zeanissa seorang gadis tingkatan 1 yang baru sahaja melangkah kakinya ke sekolah menengah. Hari itu juga disudah menjadi murid sekolah menengah di sekolah tersebut. Hari demi hari dia bertemu dengan ramai orang. Senior yang baik, sombong dan BN bermacam-macam perangai dia jumpai. Dan sampai dia bertemu dengan seorang senior lelaki tingkatan 3. Lelaki yang sangatlah tidak pernah sekalipun bercakap dengan perempuan lain. Senyuman? Annur selalu melihatnya apabila lelaki tersebut tersenyum lebar bersama kawannya. Gelak tawa dia juga hanya bersama kawannya. Apabila lelaki itu menoleh kearahnya. Dia pula yang berpura-pura sibuk dengan apa yang berada dihadapannya sekarang ni. "Aku rasa. Aku dah jatuh cinta dengan Fattah." Annur Zeanissa "What? Kau serius Annur!?" Azra "Aku serius lah." Annur Zeanissa Annur selalu melihatnya dari kejauhan dan wajahnya sentiasa berseri dan tersenyum manis apabila melihat sosok yang dia tahu siapa lelaki itu. "Erm, boleh saya lalu?" Annur Zeanissa "Eh, boleh je. Silakan." Fattah Irsyad Fattah Irsyad yang friendly itu membuatkan Annur berasa ingin putus asa. Dia tahu bahawa dirinya tidak akan dapat mengejar dirinya lagi. "Aku rasa,aku patut give up. Dia takkan suka aku. Nai,Az." Annur Zeanissa "Kau tak boleh give up! Aku dan yang lain,akan sokong kau untuk dapatkan cinta dia!" Azra & Nailufar Annur mungkin mengejar dirinya. Tetapi bukan dengan cara sebelum ni. Mungkin dengan cara yang lain dia akan mengejar cinta senior tersebut ? "Hei,saya belum tanya lagi nama awak." Fattah Irsyad "Saya? Saya Annur." Annur Zeanissa Lama kelamaan. Rasa sayangnya terhadap Fattah meningkatkan begitu tinggi! Mereka tak rapat. Tetapi dia sangatlah gembira apabila dapat berkenalan dengan orang yang dia cintai. Fattah Irsyad. "Dia suka aku ke?" Annur Zeanissa "Ya, aku tahu. Dia pasti sukakan kau juga!" Nailufar & Azra "Aku tak pasti.." Annur Zeanissa Dia akan dapatkan hati Fattah lewat doanya. !