4lNa2Z's Reading List
10 stories
Bayangan Silam by hannahBB3838
hannahBB3838
  • WpView
    Reads 1,064
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 40
Haris, anak sulung daripada tujuh beradik, hidup dalam bayang-bayang kematian tragis ibu bapanya yang mengorbankan diri demi melindunginya. Namun, di sebalik pengorbanan itu, adik-adiknya-Hazim, Syafiq, Ikmal, Iman, Hafiq, dan Akmal-semakin jauh dari dirinya. Mereka mempersalahkan Haris atas peristiwa itu, percaya bahawa kehilangan mereka berpunca daripada kehadirannya. Setiap kali Haris cuba mendekati dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang, dia hanya disambut dengan kebencian dan luka yang semakin dalam. Saban hari, Haris bergelut dengan rasa bersalah dan penyesalan, mencari cara untuk memulihkan hubungan dengan adik-adiknya. Namun, semakin dia berusaha, semakin dia terseret ke dalam jurang kesepian, dihantui bayangan silam yang tidak dapat dilupakan. Dalam perjalanan mengharungi ujian ini, Haris perlu mengumpul kekuatan untuk berdamai dengan dirinya sendiri dan mencari jalan untuk mendapatkan kembali kepercayaan adik-adiknya. Apakah pengorbanan yang perlu dilakukannya untuk memulihkan keluarganya, dan adakah mereka akan dapat menyembuhkan luka hati yang selama ini tersembunyi?
Di Bahu Seorang Abang by hannahBB3838
hannahBB3838
  • WpView
    Reads 1,388
  • WpVote
    Votes 81
  • WpPart
    Parts 27
Halilintar seorang abang sulung yang memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga kepada enam adiknya. Sejak kecil, dia telah terbiasa berdikari tanpa kasih sayang ibu bapa di sisi, kerana mereka bekerja jauh dari rumah. Dia juga berperanan sebagai pelindung, pembimbing, dan penyayang, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Pada usia yang muda, mereka selalu tinggal bersama pengasuh tapi semakin mereka membesar, Halilintar buat keputusan untuk menjaga adik-adiknya sendiri. Bertahun-tahun berlalu banyak kenangan manis dan pahit mereka bersama, banyak yang mereka telah lalui Selepas bertahun-tahun ditinggalkan oleh ibu bapa mereka, Halilintar membesar menjadi seorang abang sulung yang memikul tanggungjawab besar dalam keluarganya. Sejak kecil, dia sudah terbiasa menjaga enam adiknya-Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Duri, dan Solar-tanpa kasih sayang ibu bapa di sisi. Mereka bukan sekadar adik-beradik, tetapi sebuah keluarga yang saling bergantung antara satu sama lain. Namun, segalanya berubah apabila suatu hari, ibu bapa mereka pulang setelah bertahun-tahun menghilang. Tetapi kepulangan mereka bukan untuk mengembalikan keluarga yang hilang-sebaliknya, mereka datang dengan satu keputusan yang mengejutkan. Halilintar harus pergi ke Australia untuk mengambil alih syarikat keluarga. Bagi Halilintar, ini bukan hanya sekadar sebuah tawaran- ini adalah pengkhianatan terbesar. Bertahun-tahun dia menjaga adik-adiknya, dan kini ibu bapanya mahu memisahkan mereka? Dalam pergelutan antara tanggungjawab sebagai abang dan keputusan ibu bapanya, Halilintar harus memilih. Adakah dia akan mengorbankan dirinya demi keluarga yang pernah meninggalkannya? Atau adakah dia akan berjuang untuk terus berada di sisi adik-adiknya? Sebuah kisah tentang kasih sayang, kehilangan, dan pertarungan antara takdir dan pilihan.
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 49,648
  • WpVote
    Votes 3,085
  • WpPart
    Parts 49
Dalam keluarga yang dihuni tujuh orang abang, Alya membesar sebagai satu-satunya bongsu perempuan dan sekaligus menjadi pusat perhatian, pusat kerisauan, dan pusat kasih yang tidak pernah surut. Setiap abang punya perangai dan cara sayang yang berbeza: Ada yang keras demi melindungi. Ada yang lembut untuk menenangkan. Ada yang lebih banyak memendam daripada berkata-kata. Di rumah ini, gaduh kecil adalah bahasa sayang. Jeritan dari dapur sampai ke ruang tamu adalah perkara biasa. Namun di sebalik tawa dan hiruk-pikuk itu, ada hati yang pernah retak. Ada luka yang tidak pernah diberi masa untuk sembuh. Dan Alya, si bongsu yang selalu dijaga, perlahan-lahan mula sedar bahawa abang-abangnya juga manusia yang boleh rapuh. Ini bukan kisah keluarga yang sempurna. Ini kisah tentang proses belajar menjadi penjaga. Tentang adik perempuan yang disayangi lebih daripada apa yang dia sedari...dan tujuh orang abang yang, satu demi satu, akhirnya belajar menjaga hati mereka sendiri. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 951,999
  • WpVote
    Votes 44,119
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
AERYZ, AND THE FOUR HORSEMEN™ [OG] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 203,710
  • WpVote
    Votes 23,381
  • WpPart
    Parts 77
Sebut nama Aeryz, penduduk Valenthia akan tahu siapa dia sebenarnya. The naughty prince. Walaupun begitu, dia bukanlah seteruk seperti yang disangka. Kisah bermula dikala dia pergi memburu, Aeryz terperangkap dalam dimensi masa di gua Proux Badland. Dia kembali ke masa silam di mana Valenthia berada dalam zaman kegelapan. Peperangan diantara pekan berlaku hampir setiap masa. Darah penduduk tidak berdosa, sentiasa mengalir di bumi Valenthia. Penduduk hidup dalam ketakutan. Disitu, Aeryz bertemu dengan Akasya. Seorang pemburu lagenda wanita pertama di dunia. Disitu, Aeryz belajar erti kehidupan. Erti kasih sayang. Erti pengorbanan. "Aku bukan hunter sehebat kau, Akasya. Aku cuma serigala biasa yang lemah. My father is strong, yes. But me? No, i'm just a naughty prince." -Prince Aeryz- Sebuah lagi trilogi fantasi hasil karangan Jejaka Merah. Selamat membaca! START : 19/7/17
The Dark Assassin [C] by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 23,344
  • WpVote
    Votes 2,193
  • WpPart
    Parts 54
Kebolehan yang dimilikinya bukanlah sesuatu yang dipinta, tetapi hanyalah satu kebetulan dan satu bala buat dirinya. Disebabkan dendam dan benci, kebolehan itu digunakannya untuk membalas dendam. "Puteri kecil." "Adakah saya masih puteri kecil di mata awak?" "Jangan nak buat gila, Thia!" "Kau tak berhak nak menghalang aku. Sedar tempat kau di mana!" Dapatkah si 'puteri kecil' membina semula apa yang telah dirampas darinya? Pada siapakah dia berdendam? Start: 5/12/2020 End: 13/10/2022
The Missing Princess by BabyJuneOfficial_
BabyJuneOfficial_
  • WpView
    Reads 11,269
  • WpVote
    Votes 516
  • WpPart
    Parts 16
' jaga dia , Hancel ' ' baiklah . serahkan pada saya , permaisuri ' ' ingat . walau apa pun jadi , jangan sesekali dedahkan siapa kamu dan diri nya yg sebenar . kita masih dlm situasi bahaya ' ' jgn risau . sy tahu risikonya ' ' bawa dia pulang dgn selamat . kalau lagenda tu benar2 wujud , dia sgt penting dlm kerajaan kita ' ' baik . sy fhm ' hancel berjalan keluar dari Castle Of Melody . Dia perlu berehat sebelum meneruskan perjalanan ke bumi esok . ' mana kau ... Sylvianie ? .. ' -Hancel
The Missing Prince | Prince Gempa S2 by lynne_liew
lynne_liew
  • WpView
    Reads 7,158
  • WpVote
    Votes 602
  • WpPart
    Parts 6
[Season 2] Setelah Gempa dan Yuki keluar dari Showing Kingdom,mereka pun terus masuk ke Seveny Academic lalu mengikuti ujian di situ Pelbagai rintangan dan halangan telah mereka lalui termasuk peristiwa dasyat yang berlaku pada ujian pertama di perlawanan akhir Pada mulanya,Gempa menghadapi masalah setelah peristiwa itu dan kehadiran seseorang menambahkan lagi masalah yang dia hadapi "Jadi kau yang mereka terus sebut-sebutkan? biasa sahaja" -Ice "A-apa!? Siapa kau?" -Gempa ------------ "Dengar sini budak,aku sanggup tinggalkan masa rehatku hanya untuk latih kau. Sekarang keluarkan semua tenaga kau dan pecahkan batu itu tanpa menyentuhnya!" -Ice "Entah kenapa..aku merindukan datuk TvT"-Gempa ------------ "Sungguh menyedihkan. Kau diberi tanggungjawab menjaga Yuki Aoi tetapi kau tidak mengenali diri sebenarnya" -??? "Apa.. maksud kau..?- Gempa ------------- "Yuki..setelah semuanya berakhir,mari kita berjanii untuk hidup bersama" -Gempa 'Baiklah..'-Yuki [The Missing Prince | Prince Gempa] {Season 2}
Pahlawan Terpilih by 2MayLily98
2MayLily98
  • WpView
    Reads 4,582
  • WpVote
    Votes 379
  • WpPart
    Parts 44
Tujuan asal pengembaraan Ryan hanyalah ingin meneruskan permintaan terakhir datuknya yang ingin dia mencari keberadaan sebenar Kerajaan Sade. Sebuah kerajaan kuno yang pernah masyhur di muka bumi. Namun begitu, dia ditakdirkan terpilih menjadi seorang pahlawan setelah berjaya memecahkan misteri di sebalik kisah lagenda pohon suci, Sacris Dentronia itu dan dianugerahkan kekuatan yang luar biasa. Siapa sangka, terpilihnya dia menjadi seorang pahlawan ada kaitannya dengan kisah dahulu kala yang berkaitan dengan Kerajaan Sade. Salah satu tujuan pengembaraannya bersama anggota Alpha X iaitu Ayla, Reese dan Mia tetapi kali ini dia harus menjadi harapan untuk menentang musuh setelah 1000 tahun berlalu tanpa peperangan. Start : 28 Januari 2020 End :
The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓} by lynne_liew
lynne_liew
  • WpView
    Reads 59,375
  • WpVote
    Votes 5,052
  • WpPart
    Parts 35
COMPLETED ✔️ Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki berumur 17 tahun bernama Gempa yang tinggal bersama datuknya di sebuah kerajaan bernama Snowing Kingdom Mereka hanya tinggal berdua di dalam hutan tebal yang telah dilitupi oleh sihir salji Gempa merupakan seorang budak lelaki yang sangat kuat dan rajin dalam membantu datuknya melakukan kerja-kerja mengumpulkan kayu di dalam hutan. Hari-hari yang di lalui olehnya biasa sahaja sehinggalah dirinya genap 18 tahun Dan pada hari itu, Gempa telah diberitahu oleh datuknya tentang sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan akan ada. Rahsia di sebalik simbol di tangannya. Erti seutas rantai miliknya dengan simbol perisai berwarna putih keemasan. Kebenaran tentang dunia lain selain dunianya iaitu dunia manusia Dan kebenaran bahawa dunia mereka telah lama hancur.. Rahsia di sebalik 7 kuasa terkuat telah membawa Gempa ke dalam suatu kebenaran. Dia pun lalu melakukan suatu misi,misi untuk masuk ke dalam sebuah akademi pahlawan. Demi menjadi salah seorang ahli pahlawan terkuat dan berjumpa kembali dengan ibunya Bersama-samanya,seorang gadis bernama Yuki yang telah di sumpah menjadi raksasa. Mereka pun memulakan suatu perjalanan yang baru Mencari punca penyebab sumpahan yang menimpa Yuki. Dan membongkar rahsia di sebalik diri Gempa di masa lalu Dapatkah dia mengetahui diri sebenarnya? Dapatkah dia berjumpa kembali dengan ibunya? Semuanya di.. [The Missing Prince | Prince Gempa S1]