novel beshh
15 stories
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 318,755
  • WpVote
    Votes 23,505
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Bukan Lagi Bayangan by missqya
missqya
  • WpView
    Reads 31,487
  • WpVote
    Votes 10,372
  • WpPart
    Parts 23
𝐑𝐡𝐲𝐳 𝐀𝐫𝐲𝐚𝐧||𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐚 Apakah hidup seperti seorang Ayra Dahilia? Hidupnya hanya dibenci oleh mak kandungnya sendiri oleh kerana kemalangan yang meragut nyawa satu-satunya adik lelakinya.Sejak hari pahit itu Ayra hanya menjadi 'bayangan' kepada kakak kembarnya Anis Dania. Hadir pula Tengku Rhyz Aryan. Seorang lelaki kacak,digila ramai perempuan.Namun siapa sangka lelaki yang berhidup mewah itu juga menyembunyikam sisa gelap dari dunia ini.Mereka berkahwin kerana permintaan ayah Aryan,Tan sri Antonio. Lepas kahwin Aryan sendiri berkata kepada Ayra bahawa mereka kahwin hanya untuk menyelamatkan Ayra dari rumah 'neraka' itu. Seperti disangka lelaki itu termakan kata-katanya sendiri,hatinya membuka semulah untuk terima Ayra Dahilia. ❝Ti amo mio diamante❞-Rhyz Aryan ❝kalau keluarga saya beban kan hidup awak,ceraikan saya Rhyz..❞-Ayra Dahilia Sebaik sahaja Ayra ingin berbahagia.Rumah tangganya di ganggu oleh bekas kekasih Aryan,Bella Angela dan kakak kembarnya sendiri, Anis Dania.Mampukah Aryan pertahankan rumah tangga mereka atau ia akan berakhir? #Top1 in cute √ cinta √ comedy √ comel √ cutehusband √ dera √ derita √ happyending √ italian √ melayu √ romance √ sakit √ siksa √
BAYANG YANG HILANG (SlOW UPDATE)  by VY_BEATRIZ
VY_BEATRIZ
  • WpView
    Reads 65,329
  • WpVote
    Votes 2,165
  • WpPart
    Parts 38
AKAN BERSAMBUNG DALAM BENTUK NOVEL. (author masih buat manuskrip)
Enchanted [COMPLETED] by daisyyiest
daisyyiest
  • WpView
    Reads 346,377
  • WpVote
    Votes 14,135
  • WpPart
    Parts 57
'I was enchanted to meet you' Gara-gara menggantikan tempat kawan baiknya di dalam sebuah blind date, Tengku Rifqi Aydeen secara tidak sedar telah melibatkan dirinya dalam dunia seorang Qaira Alana. "Hidup memerlukan perjuangan, tak ada salahnya kita berjuang demi kebahagiaan sendiri" - TENGKU RIFQI AYDEEN. ....maybe happiness is not for me...? ⚠️ One bowl of sugar ⚠️ Harsh and sarcsm words ⚠️ Two cups of Violence ⚠️ No plagiarism
Hanya kita [OG] by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 6,492
  • WpVote
    Votes 416
  • WpPart
    Parts 2
Spin off - Takdir Terakhir Kita
SENDIRI [ BY F] [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 35,031
  • WpVote
    Votes 2,229
  • WpPart
    Parts 28
Han hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh luka. Dibelenggu masalah keluarga, dia membina tembok tinggi agar tiada siapa mampu menyentuh hati dan jiwanya. Baginya, percaya pada manusia, apatah lagi pada cinta, hanyalah satu kebodohan. Namun segalanya berubah apabila hadir Fatihah, seorang psikiatri yang ditugaskan untuk merungkai sisi gelap hidup Han. Dalam usahanya menyelami trauma lelaki itu, Fatihah tidak pernah menyangka bahawa masa silam Han jauh lebih perit daripada yang dia bayangkan. antara rahsia, luka lama dan derita tercipta, mampukah kegelapan ditembusi cahaya....atau cahaya dimamah gelapnya dunia
Cinta Yang Telah Mati [ C ] by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 218,953
  • WpVote
    Votes 6,418
  • WpPart
    Parts 81
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,485,631
  • WpVote
    Votes 17,480
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
Raz - Sekali Lagi Cinta [C] (The Men Series : Book 1) [Bakal Terbit] by fhyuri
fhyuri
  • WpView
    Reads 966,393
  • WpVote
    Votes 7,202
  • WpPart
    Parts 12
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semakin dewasa. Dan terlebih dewasa bila si anak bertindak pinangkan kawan baik sendiri untuk dijadikan mak tiri. Apakah Amelia tidak sedar yang jarak umur dia dan gadis yang dipinang itu hampir menjejak 20 tahun? Dan yang paling mengharukan, usia bakal isteri nya itu sebaya anak sendiri? Oh Tuhan! Start date: 29 Jul 2024 End date: 3 Sep 2024
CASANOVA LOVE VOL 1 by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 99,317
  • WpVote
    Votes 9,860
  • WpPart
    Parts 39
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: