We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
adrianananana's Reading List
3 stories
PULANG (C)  by Jnnahtul
Jnnahtul
  • WpView
    Reads 50,168
  • WpVote
    Votes 3,127
  • WpPart
    Parts 59
Lara Imani, gadis kampung yang baik, rajin dan penyabar. Hidupnya penuh luka kerana keluarganya tidak menyayanginya. Dia difitnah mempunyai skandal dengan tunang adiknya, menyebabkan seluruh kampung memandang rendah padanya. Walaupun dilayan buruk, Lara tetap bekerja setiap pagi menghantar donat ke gerai tepi pantai. Aidan Rayyan, seorang CEO muda yang dingin tetapi baik hati. Dia datang ke kampung itu kerana jemputan majlis keluarga kawan baiknya. Semasa berjalan di pantai, Aidan ternampak Lara yang sedang menghantar donat. Kawan baiknya memberitahu bahawa Lara sering difitnah dan melalui hidup yang berat. Pertemuan ringkas itu membuat Aidan mula memerhati kehidupan Lara dari jauh. Sedikit demi sedikit, Aidan melihat ketabahan Lara dan beban yang dia tanggung seorang diri. Cerita Pulang mengisahkan perjalanan dua insan yang terluka, masing-masing membawa kisah silam. Mereka tidak mencari cinta, tetapi takdir mempertemukan mereka dalam keadaan yang paling sunyi.
His Sweet Wife by armiasd
armiasd
  • WpView
    Reads 7,105
  • WpVote
    Votes 499
  • WpPart
    Parts 21
Dia dicampak ke sebuah rumah usang yang suram dan mengerikan.Setiap hari dia mendengar jeritan seseorang, meminta pertolongan. Malam gadis itu sentiasa ditemani sepi berserta angin malam yang dingin. Tangannya digari menggunakan rantai besi tanpa belas kasih. Angin sejuk sentiasa mencengkam tulangnya. Raungan, esakan, tangisan dan air mata yang tak terhenti terus bergema pada pendengarannya Darah, darah dan darah. Hanya pemandangan seperti itu yang sampai pada penglihatannya. 4 tahun dia dikurung di situ, 4 tahun jugalah mental dan fizikalnya didera. Namun, dia terselamat. Ada anggota polis yang sempat menangkap penjenayah-penjenayah tersebut. Malang sekali, hanya dia seorang saja yang sempat diselamatkan. Nana. Hadirnya seorang doktor yang dibayar dan diamanahkan untuk menjaga Nana supaya sembuh daripada trauma telah membuatkan hidup seorang Nana huru-hara. Bagi Nana, doktor ini bukan menjaganya, malah bersengketa dengannya! Ayyan Nawfal. "Nama penuh kau apa?" - Ayyan Nawfal "Tak ingat..." - Nana "Nana Tanasha. Itu nama kau. Kau jangan nak mengada minta nama lain, aku dah bagi sedap-sedap jangan pula kau minta nama macam tahi ayam." -Ayyan Nawfal Berperang mulut dan saling mengusik. Itulah yang mewarnai hari-hari mereka dengan tawa riang dan usikan nakal. Namun, hanya kerana dendam seseorang, telah mengikat mereka dalam sebuah ikatan suci. "S-saya keguguran.." -Nana Tanasha "K..kau mengandung?" -Ayyan Nawfal "Tak lah, keguguran rambut je." -Nana Tanasha "Kurang ajar eh kau." -Ayyan Nawfal "Let me be your healer, sweetheart." •please keep your expectations low for this story •cerita ni mcm klise, macam bukan. Emmm...ah! Korang baca je lah dulu 🌝 kalau tak vote dan komen nanti sy tembak
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,311,871
  • WpVote
    Votes 2,913
  • WpPart
    Parts 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025