rin's reading list πŸ€
4 stories
It's Always Been You! by itschkiel
itschkiel
  • WpView
    Reads 2,487
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 12
Cinta itu indah. Cinta itu hadir ketika dua hati memilih untuk mencintai, menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain. Tapi, apakah yang akan terjadi jika cinta suci itu terhalang oleh restu seorang ibu? Gabriel Noah yang telah jatuh cinta pada pandangan pertama pada seorang gadis cantik yang diberi nama Nadine Isabelle. Gadis yang menyimpan seribu luka serta trauma di sebalik wajahnya yang datar tanpa ekspresi. Noah yang tulus ingin memberikan pertolongan namun Nadine terus menolak kehadiran lelaki itu. Alasannya cuma satu, masa lalu. Sikap tidak mudah putus asa Noah membuahkan hasil apabila dia sah bergelar suami kepada gadis pujaan hatinya. Namun, perkahwinan tanpa sebarang badai bukanlah perkahwinan dalam erti kata sebenar. Dugaan demi dugaan datang menimpa mereka berdua. Akan adakah rasa manis yang menyambut mereka di hujung perjalanan atau perpisahan yang menanti? "Di antara cinta dan ibu, aku terperangkap kerana kedua-duanya bernama kasih." - Gabriel Noah.
Beneath His Gentle Lies [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 11,777
  • WpVote
    Votes 697
  • WpPart
    Parts 35
[slow update] Dara, seorang anak sulung. Dimana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata keluarganya. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Apa yang along buat tetap takkan pernah betul di mata ayah kan?!" Dara Nadira Satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayahnya. Hazrel muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Selepas kahwin, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De' Lorien yang hidupnya dipenuhi rahsia? "Aku tiada niat nak khianati kepercayaan kau love, cuma aku terpaksa. Sebab aku taknak kau pergi dari hidup aku selepas tahu siapa aku yang sebenar." Hazrel Aidan De' Lorien Hi! Ini kali pertama saya publish karya saya dalam Wattpad, saya harap sesiapa yang baca boleh terima jalan cerita saya yang tunggang langgang ni πŸ€—. Saya masih belajar, kalau ada salah minta korang tegur. Terima kasih pada yang sudi baca ❀️. start : 9/11/2025 end :
𝐓𝐇𝐄 π”ππ‚π‡πŽπ’π„π π‹πŽπ•π„ || πŽπ† by missayaanaa
missayaanaa
  • WpView
    Reads 2,117
  • WpVote
    Votes 495
  • WpPart
    Parts 23
"Kenapa abang tinggalkan Najla?" - NAJLA FATHIAH Najla Fathiah yang berhati lembut tapi cukup kental untuk menghalang lelaki-lelaki yang cuba hadir di dalam hidupnya. Dia tidak percaya dengan lelaki lain selain abangnya. Baginya, abangnya lah satu-satunya lelaki yang boleh menjaga dan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepadanya. Namun, hubungan di antara adik-beradik itu hanya bertahan buat sementara waktu. Hidupnya yang bercahaya kini gelap apabila abangnya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Kini, dia hidup berseorangan, menyara hidupnya dan ibunya. Hidup yang gelap gelita perlahan-lahan bercahaya apabila seorang lelaki asing hadir di dalam hidupnya. Pertemuan yang tidak dijangka-jangka itu menyinarkan kembali hidup Najla. Tetapi, awal pertemuan mereka tidak berjalan dengan baik. Setiap hari, ada sahaja pertikaman lidah antara mereka berdua. Macam anjing dan kucing! "Kau memang suka kan? cari fasal dengan aku?" - Najla Fathiah Namun, semakin lama, salah seorang daripada mereka menimbulkan satu perasaan yang sangat sukar ditafsir. Sama ada perasaan suka atau perasaan suka berkawan dengannya? Maka, dari situ lah kedua-keduanya mula menyedari, mereka berdua sudah jatuh cinta. Tapi, Najla masih ragu-ragu dengan keputusannya. "Aku takut kau tinggalkan aku. Aku dah tak percaya dengan lelaki lain selain abang aku." - NAJLA FATHIAH "You can trust me, my sunlight. I will prove you're wrong. I will show the world how much I love a girl name Najla Fathiah." - LUTFAN HAKIMI Saat mereka baru sahaja mahu mengenal erti cinta, tiba-tiba muncul orang ketiga yang mahu menghancurkan hubungan mereka sehingga hubungan itu hancur sepenuhnya. Adakah hubungan mereka akan hancur? atau mereka tetap setia bersama hingga ke akhir hayat? Siapakah orang ketiga itu? Adakah dia seorang sahaja penyebab hubungan mereka yang hampir hancur?
Mr. Secret Admirer [C] by fashamimiey
fashamimiey
  • WpView
    Reads 7,057
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 61
~ π“’π“˜π“π“žπ“Ÿπ“’π“˜π“’ ~ Dalam kehidupan yang sibuk, seorang wanita muda bernama Melissa telah sering menerima surat cinta tak bernama. Dia sangka itu adalah ulah kekasih hatinya. Namun, kekasihnya memberitahu bahawa dia sama sekali tidak pernah menghantar apa-apa surat. Mereka juga sering bertemu. Jadi, menghantar surat bukan lagi cara mereka berkomunikasi. Situasi tersebut menimbulkan banyak tanda tanya kepada Melissa. Siapakah yang menghantar surat itu selama ini? Adakah daripada orang yang dikenali? "Mr. Secret Admirer" adalah sebuah cerita cinta yang penuh misteri, pengorbanan dan kebahagiaan. πŸ€β€’Sebuah karya : fashamimiey πŸ€β€’Start : 21/12/2025 πŸ€β€’Finish : 27/3/2026 πŸ©Άβ€’π‘·π’†π’“π’•π’‚π’Žπ’‚ π’”π’†π’Œπ’‚π’π’Š, π’”π’‚π’šπ’‚ π’Šπ’π’ˆπ’Šπ’ π’Žπ’†π’π’ˆπ’–π’„π’‚π’‘π’Œπ’‚π’ 𝒋𝒖𝒕𝒂𝒂𝒏 π’•π’†π’“π’Šπ’Žπ’‚ π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’”π’†π’Žπ’–π’‚ π’‘π’†π’Žπ’ƒπ’‚π’„π’‚ π’šπ’‚π’π’ˆ π’”π’–π’…π’Š π’Žπ’†π’π’–π’‚π’π’ˆπ’Œπ’‚π’ π’Žπ’‚π’”π’‚ π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’„π’‚ π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’”π’‚π’šπ’‚ π’šπ’‚π’π’ˆ π’•π’‚π’Œ 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 π’Šπ’π’Š. π‘Ίπ’π’Œπ’π’π’ˆπ’‚π’, π’Œπ’π’Žπ’†π’ 𝒅𝒂𝒏 π’”π’†π’•π’Šπ’‚π’‘ '𝒗𝒐𝒕𝒆' π’Œπ’‚π’π’Šπ’‚π’ π’”π’‚π’π’ˆπ’‚π’• π’ƒπ’†π’“π’Žπ’‚π’Œπ’π’‚ 𝒅𝒂𝒏 π’Žπ’†π’π’‹π’‚π’…π’Š π’”π’†π’Žπ’‚π’π’ˆπ’‚π’• π’–π’π’•π’–π’Œ π’”π’‚π’šπ’‚ 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 π’Žπ’†π’π’–π’π’Šπ’”. π‘»π’†π’“π’–π’”π’Œπ’‚π’ π’Œπ’π’Žπ’†π’, π’”π’‚π’šπ’‚ π’”π’–π’Œπ’‚ π’ƒπ’‚π’„π’‚πŸ˜. πŸ©Άβ€’π‘Ίπ’†π’Žπ’π’ˆπ’‚ π‘²π’Šπ’”π’‚π’‰ π’Šπ’π’Š π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Š 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 π’šπ’‚π’π’ˆ π’Šπ’π’…π’‚π’‰ π’…π’‚π’π’‚π’Ž π’‰π’‚π’•π’Š