Lilyanne990's Reading List
37 historias
[OG] Khayla's Ethereal Savior  por theFallera
theFallera
  • WpView
    LECTURAS 16,086
  • WpVote
    Votos 1,532
  • WpPart
    Partes 31
[STAND ALONE] 「 ✦ KHAYLA RIVIENNA ✦ ZEFRAN KYLE ALEXANDRE ✦ 」 Khayla, seorang gadis kota yang hidup dalam kemewahan, dipaksa untuk meninggalkan rumah setelah ayahnya, Khalid, yang kejam dan tamakkan harta, mengusirnya bersama ibunya, Kamelia. Dalam perjalanan hidup baru mereka, mereka pindah ke sebuah kampung yang jauh dari keselesaan kota. Khayla yang terbiasa hidup mewah, menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Hubungan dengan ibunya pun tidak seindah yang orang sangka, kerana Kamelia sering kali melupakan Khayla dan lebih fokus pada hubungan rumah tangga mereka yang hampir hancur dan menguruskan perniagaannya. ❝ Can you tell me? Kita dekat mana sekarang? Ni rumah siapa mommy? Are we going to live here...forever? ❞ -Khayla Rivienna. Di kampung, Khayla bertemu Semat, seorang petani yang awalnya dia benci. Namun, kerana terdesak untuk mencari wang, dia mula bekerja dengan Semat, yang akhirnya menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. ❝ Mana ada orang pergi berkebun pakai heels, bengap. ❞-Semat. Rupa-rupanya, kehidupan di kampung tidaklah seteruk yang dia jangkakan. Dia suka kerana hati menjadi lebih tenang dan seronok. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Semuanya berubah sekelip mata saat satu kejadian tragis terjadi. ❝ Mommy teringin nak rasa nasi goreng pattaya khayla, boleh? ❞-Kamelia Vivienna. Khaya terkedu. Ujian itu seakan-akan ada batu besar yang menghempap dirinya. Dunia juga seakan berhenti berputar. Khayla sangkakan dia dapat hidup dengan gembira bersama orang yang tersayang namun takdir berkata lain. Dan lebih menyakitkan, sehari selepas kisah hitam dirinya itu terjadi, dia dapat tahu satu kenyataan yang menambah remuk di dalam hati. ❝ Ikut Daddy balik, now! ❞ -Tuan Khalid Azri. Khayla bagaikan tiada arah tuju. Dia tidak mahu pulang ke kehidupan yang menyakitkan itu tetapi hatinya terlampau hancur oleh rasa kehilangan dan kekecewaan. Jadi akhirnya dia akur.
Sumpah Amerta  por orphicnna
orphicnna
  • WpView
    LECTURAS 31,297
  • WpVote
    Votos 3,707
  • WpPart
    Partes 48
Cucuk sanggul misteri membawa Arluna kembali ke zaman silam. Takdir mempertemukannya dengan Sri Amerta, sang raja bersiong yang sentiasa hauskan darah. Untuk membalas jasa Sri Amerta yang telah menyelamatkannya, dia terpaksa membalasnya dengan darah. Arluna seorang yang keras kepala dan mulut tak pernah insaf ditambah lagi dengan Sri Amerta, lelaki yang bermata tajam dan berhati dingin dengan egonya yang setinggi gunung. "Lidah mu memang tajam, Arluna. Kadang aku terfikir, apakah lebih berbahaya sumpahan di darah ku atau lidah mu yang dapat membunuh tanpa pedang?"-Sri Amerta "Mungkin kedua-duanya, bezanya aku menggunakan lidah untuk bercakap bukan untuk...menggigit orang lain dari belakang." -Arluna Iris Namun di sebalik semua kekecohan dan pergaduhan tersebut timbul sesuatu yang lebih berbahaya daripada racun iaitu perasaan cinta yang merobohkan tembok ego masing-masing. start : 25/10/2025 end : 20/01/2026 reminder : susunan bab paling hujung mungkin agak terabur, mohon baca ikut susunan yaa :) author malas nk edit 🙏 #1 in Historical (23.12.2025) #1 in Time Travel (11.01.2026) #1 in Fairytale (06.01.2026) #1 in Royal (02.01.2026) #1 in Fantasi (23.01.2026) #1 in Enemy To Lovers (16.04.2026)
Perempuan Tanpa Jiwa por FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    LECTURAS 597,597
  • WpVote
    Votos 19,960
  • WpPart
    Partes 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
SELENOPHILE (OG) por lunatrisyia
lunatrisyia
  • WpView
    LECTURAS 1,295
  • WpVote
    Votos 125
  • WpPart
    Partes 30
Bulan Mikayla, seorang inspektor yang disegani kerana kecekapan dan profesionalismenya, kini berhadapan dengan kes paling mencabar dalam kerjayanya. Sebuah jenayah kejam yang melibatkan eksploitasi seksual terhadap wanita menyeretnya ke dunia gelap yang penuh ancaman. Dalam usahanya membongkar kebenaran, Bulan dipaksa berhadapan dengan rahsia masa lalunya-kenyataan pahit yang selama ini cuba dia lupakan. Di sisi lain, Kashaaf Alqadr, seorang lelaki sederhana yang bekerja sebagai pengubah bunga, terperangkap dalam tragedi apabila kakaknya menjadi mangsa pembunuhan misteri. Desakan untuk mencari keadilan mendorong Kashaaf terlibat dalam siasatan, walaupun ia bermakna mempertaruhkan nyawanya sendiri. "Kalau perempuan itu boleh buat jantung aku berdebar ketika pistol diacukan, aku akan pastikan jantung kau terhenti," ujar Kashaaf dengan senyuman sinis. Ketika Bulan semakin hampir dengan kebenaran, dia dikejutkan dengan plot penuh tipu daya yang mengancam nyawanya. Kehilangannya selama dua tahun menimbulkan kekacauan dalam pasukan, tetapi tekad untuk mencari pembunuh sebenar terus membara. Siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini? Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Bulan? Dalam dunia yang dipenuhi tanda tanya, tiada apa yang kelihatan seperti yang diharapkan. Setiap petunjuk membawa mereka ke jalan yang lebih gelap, di mana kebenaran yang dijumpai mungkin lebih menghancurkan daripada bayangan mereka.
BEAST (On Hold) por TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    LECTURAS 2,138
  • WpVote
    Votos 213
  • WpPart
    Partes 16
TRIGGER WARNING: cerita ini mempunyai elemen-elemen penderaan, sexual abuse, cannibalism, penggunaan dadah dan seangkatan dengannya yang mungkin dirasai sensitif dan mengganggu oleh sesetengah pihak. Baca atas risiko sendiri. ━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━ "Kalau nak tangkap raksasa, kita sendiri memerlukan raksasa." ----- Susulan daripada kematian lima anggota polis yang dipercayai berpunca daripada makhluk ganas, Husna Aisya, seorang ejen terlatih daripada Modern Police Agency (MPA) telahpun dipanggil untuk mengambil alih kes tersebut. Bagi memastikan kejayaan berpihak kepadanya, pihak atasan telahpun merekrut seorang penjenayah dari Penjara Bawah untuk membantu Husna dalam misi ini. "Kecil begini dikatakan ejen terlatih? Hahaha! Satu jentik saja cukup untuk aku tamatkan kau!" - Zack Namun begitu, keadaan bertambah rumit apabila penangkapan makhluk tersebut telah membongkar jenayah yang lebih besar - perluasan kartel dadah yang menjadi punca peningkatan kadar jenayah. Sekali lagi, Husna dan pasukannya dipanggil bagi mencari dan menangkap dalang disebalik kebinatangan manusia. Sungguhpun demikian, bekerja dengan bekas penjenayah bukanlah sesuatu yang mudah. "Oi, doggy! Buatkan aku kopi! Hahaha!" - Najmi "Saya tak faham, kenapa semua orang sangat kejam? Apa salah saya pada mereka?" - Nathan "Andai bukan disebabkan alat tak guna ni, dah lama dia mati di tangan aku." - Zack Tidak dianggap manusia. Dilayan seperti binatang. Hidup dalam kesengsaraan. Apakah mereka berhak menerima semua ini? "Zack, lindungilah apa yang awak sayang..." ;D-42 ----- - 50% sci-fi - 40% action - 10% thriller
Writing Tips por Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    LECTURAS 115,331
  • WpVote
    Votos 13,929
  • WpPart
    Partes 22
[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ] Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawab untuk masalah yang awak hadapi Jom usya! Let me help you :) c o v e r : @Shieyruna
How To: Write A Book [DETAILED EDITION] por howto_
howto_
  • WpView
    LECTURAS 69,922
  • WpVote
    Votos 4,419
  • WpPart
    Partes 16
'Books are uniquely portable magic.' -Stephen King. So you want to write a book, huh? Looks like you've come to right place.
How To: Write Mystery/Thriller por howto_
howto_
  • WpView
    LECTURAS 66,973
  • WpVote
    Votos 4,131
  • WpPart
    Partes 19
Cliffhangers? Plot twists? Complex characters? Back stories? Bad guys? Chilling scenes? Mystery and Thriller, home to some of the most interesting, intriguing books you will ever read. There are turns round every corner, suprises at every bend and most of the time you are left with literal goosebumps. But writing Mystery/Thriller is much harder than just reading- are you up to the challenge? See this book as survival training for the very tough battle you are about to face when writing MYSTERY/THRILLER!
[C] Putera Kayangan por HazzelEyyez
HazzelEyyez
  • WpView
    LECTURAS 68,926
  • WpVote
    Votos 4,337
  • WpPart
    Partes 61
"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke kesian orang tu jatuh longkang? "Sayang, are you okay?" - Ayan Yang ni pulak, bekas buaya jadian. Semua orang dia panggil sayang. Entah siapa sayang dia pun tak tahulah. Ada saja ayat manis yang mahu diberikan kepada gadis yang menarik perhatiannya. Sorang mulut manis. Sorang mulut masin. bagus betul ! "Ya Allah, kasihanlah kepada hamba-Mu yang single ini, turunkanlah Putera Kayangan dari SyurgaMu Ya Allah" - Anayra Zaara Akibat mulut masinnya, 'putera kanyangan' nya tiba. Jatuh dari langit? tidaklah. Sebetulnya bergolek. "Pura-pura jadi kekasih aku, sampai kau lupa yang kau sedang berpura-pura." - Ayan Tanpa berfikir panjang, Anayra Zaara menerimanya dengan hati terbuka. Sejujurnya, hatinya sudah dicuri oleh lelaki itu. "Kalau one day saya cakap saya dah tak cintakan awak? Awak akan percaya jugak? Bila ayat tu keluar dari mulut saya, buang kepercayaan awak kepada saya, jangan percayakan saya lagi." - Ayan Apa maksudnya? "Aku benci! Aku jijik!" - Ayan "Enough! Kita over!" - Anayra Zaara. Ayan tersenyum puas. Akhirnya, dia melepaskan gadis itu. Dia dah boleh bebas! Anayra membawa diri. Namun, setelah semuanya terbongkar. Dia bergegas pulang. Dia ingatkan boleh mendapatkan hati lelaki itu dengan mudah. Tapi siapa sangka. Dia mendapat lelaki itu dengan cara yang terlalu mudah! Namun semua tu hanyalah satu salah faham. "aku bagi kau masa tiga hari. Fikir nak kawin dengan Anayra atau nak kena sebat 100 kali dengan aku." - Zafran Althaf Apakah pilihan Ayan? ×× Cerita ni akan campur-campur POV mengikut kesuaian. But apa yang saya boleh simpulkan ialah 80% Pov Heroin 5% Pov Hero 15% Pov 3 start: 28 September 2021 #1 in Manis #1 in Malay [JUST FOR FUN!] [BANYAK KESALAHAN DARI SEMUA ASPEK PENULISAN!]
KOMA (Terbit) por TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    LECTURAS 5,329
  • WpVote
    Votos 412
  • WpPart
    Partes 16
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN AHA‼️ Dapatkan KOMA di shopee @ahashoppe2020 segera ⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakter mahupun pembaca. 🚫Read at your own risk🚫 ----- "Apa kau buat ni, Alya?" "Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah." "Dah benda memang haram." "Haram?" Alya berdecit. "Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar. "...Islam dah lama mati." ----- Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya. Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran. Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang. Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun... kerana andai bukan mereka, siapa lagi? ;D-42 ----- - 35% dakwah/islamic - 50% dystopian - 10% sci-fi - 5% dark fantasy