crazy_zaaa's Reading List
6 stories
Sumpah Rumah Merah by bakwanngoreng
bakwanngoreng
  • WpView
    Reads 20
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
Cerita sebuah banglo usang di puncak bukit Kampung Penanti menyimpan rahsia hitam yang telah mengorbankan satu keluarga dua puluh tahun lalu. Penduduk tempatan menggelarnya Rumah Merah-sebuah tempat yang haram dijejak selepas maghrib jika mahu keluar dengan waras.Noelle, seorang penulis novel misteri yang terdesak mencari inspirasi, nekad bermalam di situ bersama rakan jurugambarnya, Adrian. Bagi Noelle, hantu hanyalah mainan minda untuk melariskan cerita. Namun, tepat jam 3:00 pagi, Rumah Merah mula 'terjaga'. Dentingan piano berdarah, bayangan ngeri berleher songsang, dan pintu yang terkunci mati memaksa mereka menghadapi malam yang panjang.Apabila Adrian diheret ke tingkat tiga yang berhantu dan pengawal keselamatan misteri mula mengangkat parang, Noelle sedar kedatangannya ke rumah itu bukanlah satu kebetulan. Ada rahsia darah yang mengalir dalam nadinya, menjemputnya kembali untuk menuntut janji silam.Adakah Noelle bakal menjadi mangsa korban seterusnya, atau mampukah dia memutuskan sumpahan saka itu buat selama-lamanya?"Setiap dua puluh tahun, Rumah Merah perlukan darah keturunan asal untuk kekal 'hidup'. Dan malam ini, kamu adalah tetamu istimewanya..." #Seram #Misteri #Sumpahan #Saka #ThrillerMelayu #WattpadMalaysia #GhostStory #Hantu #Horror
Mi Querida (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 531
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 1
Tengku Daniel Louis - Lelaki tinggi lampai yang tidak pernah serius tentang semua perkara. Dia hidup dengan jenaka, kekacauan dan dunia yang penuh bahaya di bawah nama Holy Dragon. Dia dikenali sebagai orang yang paling sukar untuk jatuh cinta tetapi segalanya berubah apabila ditemukan dengan seorang gadis yang percaya bahawa dirinya hanyalah kesilapan dunia. Erla Diana - Gadis yang dilabelkan sebagai anak luar nikah dan tidak diingini oleh semua orang tetapi tidak bagi Tengku Daniel. Tanpa sebarang alasan, lelaki itu hanya memilih Diana. Pertemuan antara mereka sedikit demi sedikit mengubah hidup Diana. Dari seorang gadis yang hidup seperti robot, dunianya tiba-tiba menjadi lebih bising dan lebih emosional. Semuanya disebabkan seorang bos yang suka menaikkan darahnya. "Jadi, kalau Tengku Adrean tu ice...bos ni apa?" - Erla Diana "I'm the fire..." - Tengku Daniel Louis "Bos ni bukan fire. Bos ni...gas. Banyak bunyi, banyak angin." - Erla Diana "Wow. You're getting brave." - Tengku Daniel Louis "Bos suruh saya stay honest. Inilah diri saya yang sebenar." - Erla Diana Tanpa mereka sedari, setiap pertengkaran kecil dan sindiran tajam, tumbuh satu rasa yang lebih dalam daripada sekadar hubungan bos dan pekerja. Malah Diana sendiri tidak sedar bahawa lelaki yang selalu dia kutuk itu perlahan-lahan mula mengubah dunianya. "Dasar bapak hantu. First time tengok macam boleh pakai, bila tengok hari-hari dah macam sakai je perangainya,"- Erla Diana. Bagi Tengku Daniel, memilih Diana mungkin akan membawa mereka ke kancah bahaya. Dalam dunia yang penuh musuh, bayang-bayang kejahatan akan sentiasa mengintai dan dalam dunia Tengku Daniel Louis, cinta bukan sekadar perasaan. Ia adalah sesuatu yang perlu dilindungi walaupun dia terpaksa melawan seluruh dunia. Mungkin bagi orang lain, cinta akan menjadikan seseorang itu lemah. Tapi bagi Tengku Daniel, cinta menjadikan dia lebih bahaya apabila musuh mula menghampiri orang yang dia sayang.
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 10,702,036
  • WpVote
    Votes 88,927
  • WpPart
    Parts 15
TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos 2022 Finish: 04 Januari 2023 All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2022
ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️  by nurshyn
nurshyn
  • WpView
    Reads 202,398
  • WpVote
    Votes 9,320
  • WpPart
    Parts 57
[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelajar perempuan. Dia bukan jenis yang tidak kenal erti cinta tetapi dia tergolong dalam golongan yang tidak suka mengungkap akan rasa suka. Hanya 'seorang' saja yang akan tetap bertahan dalam hati Ris Ayyad. Abang pengawas, rawr. Siapa pemilik hati si abang pengawas? start; 16December2020 end; 18May2021 ©nurshyn
MI ENEMIGO -HE IS MY RIVAL- by crazy_zaaa
crazy_zaaa
  • WpView
    Reads 363
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 10
Kisah seorang gadis yang bernama Zaara Hannah bersama 6 sahabat sejatinya yang merupakan ahli sepasukan bola jaring yang terhebat di sekolah iaitu pasukan The Fireball Ladies, dan seorang jejaka yang bernama Rayyan Hafiz bersama 6 sahabat karibnya juga ahli pasukan yang terkenal di sekolah iaitu pasukan bola sepak, The Star Boyz FC. Tapi, oleh disebabkan ketua kepada kedua pasukan tersebut yang tinggi egonya dan tak mahu kalah saing, mereka bermusuhan karna Zaara tidak sengaja melanggar Hafiz dan tidak sengaja menumpahkan coffee latte pada jersi yang dipakai oleh Hafiz yang baru sahaja habis training di padang Star Academy High School. "Woi! Habis kotor jersi aku! Kau nak sental ker?!" -Rayyan Hafiz- "Tepi sikit la, aku nak cepat ni!" -Zaara Hannah- •Apakah yang akan terjadi setelah kejadian yang tidak disengajakan itu? ~enemies to lovers~
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,018,347
  • WpVote
    Votes 27,917
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?