zacoanimki
5 stories
She, My Exception (REVAMP) by daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Reads 696,169
  • WpVote
    Votes 13,955
  • WpPart
    Parts 27
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?
Sisakan Aku Waktu |  TERBIT by sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Reads 296,250
  • WpVote
    Votes 1,974
  • WpPart
    Parts 4
Adam Fawaaz, dianugerahkan tuhan satu kelebihan; dia dapat melihat kisah silam setiap manusia yang bertentang mata dengannya. Namun itu adalah hal yang paling dia benci tentang dirinya. Baginya, ia merupakan suatu sumpahan dari tuhan. Sehingga takdir menemukannya dengan Qayla. Dan ketika itu, keajaiban terbesar dalam hidupnya berlaku. Dia.... Tidak dapat melihat kisah silam gadis itu disaat mata mereka bertaut. "Why are you different Qayla?" Dia ingin tahu lebih banyak tentang gadis itu. Dia ingin tahu kenapa gadis itu istimewa.
TENGKU ZAEL HALVARD: MY CARIÑO by carino_darlingzz
carino_darlingzz
  • WpView
    Reads 11,463
  • WpVote
    Votes 222
  • WpPart
    Parts 20
Kalau aku kata kau milik aku, Cariño... jangan persoalkan. Sebab aku tak pernah berkongsi. Tengku Zael Halvard bukan sekadar CEO kepada Halvard Legacy Holdings - dia juga pemilik dunia gelap yang tak terjangkau akal manusia biasa. Lelaki berdarah campuran Melayu-Sepanyol itu menyimpan rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang berani hidup di antara bayang-bayang dan peluru. Dingin, kejam, dan mematikan - dia mencipta empayar dari darah, kuasa, dan bisnes yang tak sah di sisi undang-undang. Namun segala aturan hidupnya yang sempurna runtuh bila Aulia Maisarah hadir kembali dalam hidupnya - seorang gadis biasa yang pernah menjadi saksi tragedi yang telah menghancurkan keluarganya. Demi satu rahsia lama, dia memaksa Aulia menjadi isterinya. "Nikah dengan aku, atau tengok keluarga kau musnah." Aulia terpaksa akur. Tapi perkahwinan itu bukan tiket ke bahagia. Ia adalah perang emosi. Dia diseksa dengan dingin, dibakar dengan cemburu, dan dipenjara dalam istana mewah yang sepi. Tengku Zael bukan suami biasa. Dia seorang pemilik. Dan Aulia? Hanya "Cariño" yang perlu tunduk, diam, dan belajar mencintai luka. Namun dalam ketegangan itu, cinta yang tidak sepatutnya mula bercambah. Luka masa silam terbongkar satu per satu. Siapa sebenarnya Aulia dalam sejarah hitam keluarga Halvard? Dan kenapa walau dalam marah dan dendam, hati Zael tetap pulang kepadanya? "Aku benci tengok kau menangis... Tapi aku lebih benci bila kau senyum pada orang lain." Bila cinta bertembung dengan dendam, siapa akan menang? Adakah cinta akan memaafkan segalanya? Atau adakah kisah mereka berakhir dengan darah... dan air mata?
DANISH HAIZIQ |✓ by aikadaisy
aikadaisy
  • WpView
    Reads 494,950
  • WpVote
    Votes 18,367
  • WpPart
    Parts 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jutawan! Wajahnya sentiasa dingin. Senyuman? Tiada! Hidupnya hanya ada kerja kerja dan kerja. Disebalik wajah kacak itu ada sisi gelapnya sendiri. Hauraina Arrien- Seorang gadis yang polos. Dia cantik tetapi naif. Dia bijak tetapi senang diperdaya. Selepas kehilangan ibu bapanya, dia dijaga oleh mak sedaranya. Ingatkan dia boleh dapat kasih sayang selepas ibu bapanya tiada. Rupa rupanya dia telah melangkah masuk ke dalam neraka ciptaan mak saudaranya. Hari-hari di seksa sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk lari dari neraka ciptaan mak sedaranya Itu! Dia berjumpa dengan seorang lelaki dingin. Lelaki itu yang menolongnya semasa dia dikacau di kawasan sunyi. "What are you doing here?"- Danish Haiziq "Saya tiada Hala tuju... Boleh awak bantu saya?" - Hauraina Arrien. Hidup Hauraina berubah 100% apabila bersama dengan Danish Haiziq. Walaupun layanan lelaki itu sangat dingin tetapi lelaki itu seorang yang caring. Lama kelamaan satu perasaan muncul di dalam hati mereka... Perasaan Apakah Itu? Cinta? "Aku taknak kau duduk sini sebagai pembantu rumah aku lagi" - Danish Haiziq "Maaf.. saya sedar saya hanya menumpang" -hauraina arrien "Aku nak kau jadi isteri aku Arrien" - Danish Haiziq. Perjalanan hidup mereka penuh dengan ujian. Apa lagi bila sesuatu yang di rahsiakan oleh Danish terbongkar. Adakah hubungan mereka bertahan?
RAFFAT RUZAIN (SU) by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 68,938
  • WpVote
    Votes 5,467
  • WpPart
    Parts 25
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ 𝘏𝘦 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘴𝘬𝘦𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦, 𝘣𝘶𝘵 𝘨𝘰𝘥 𝘴𝘦𝘯𝘵 𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘢𝘪𝘯 𝘵𝘰 𝘳𝘦𝘮𝘪𝘯𝘥 𝘩𝘪𝘮 𝘩𝘦'𝘴 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘭𝘪𝘷𝘦. Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang lahir dalam bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam luka. Dia membesar dengan satu prinsip. "Kalau sayang itu menyakitkan... aku tak nak rasa." Tapi dia tak sedar, dalam hati dia tu...dia cuma rindu untuk disayangi. "Dan Dialah yang menyatukan dua hati yang sebelumnya saling asing." (Surah Ali-Imran: 103) Raffat berjaya, dia banyak bantu orang, tapi hatinya tetap kosong. Ramai orang cuba untuk dekat dengannya, tapi tak ada satu pun yang benar-benar memahaminya. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna... tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang keras. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang mengunci pintu hati. "Aku jahat. Aku tak layak untuk sesiapapun." -RR "Awak tak jahat, awak cuma takut untuk tersakiti lagi." -? Dan setiap kali dia rasa nak mengalah, ayat ni selalu berbisik dalam hatinya: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Ash-Sharh: 5-6) Dalam dunia ni, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. START: 25 OCT 2025 END: ? ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ ⚠️JANGAN LETAK EXPECTATION TINGGI SANGAT, NANTI KECEWA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️