blackheart_rose
TENGKU DANIEL XANDRA
X
NATASYA ADRIANA
"Kerana satu kesilapan, seribu kebaikan terkubur selamanya."*
Natasya Adriana - Seorang bekas Leftenan daripada unit rahsia. Selepas melalui peristiwa hitam yang menghancurkan hidupnya, dia akhirnya bangkit mencari sinar baharu. Namun luka lama itu masih berdarah. Trauma membuatkan dia takut pada sentuhan, takut pada kepercayaan, takut pada dirinya sendiri.
Tengku Daniel Xandra- Jejaka misteri yang digeruni. Bukan sekadar pengurus Xandra Hotel yang dingin dan berkuasa, malah dia menyimpan identiti lain yang jauh lebih menakutkan. Di sebalik nama Xandra, tersembunyi Kapten Unit Tindakan Khas Xandragon. Tangan yang sama memeluk Natasya, tangan yang sama pernah meragut banyak nyawa.
Pertemuan yang tidak disengajakan itu menjadi tanda tanya.
Adakah Tengku Daniel cahaya yang akan menyinari kegelapan hidup Natasya Adriana?
Atau adakah dia bakal membawa Natasya ke lembah keperitan yang lebih dalam?
Kerana dalam dunia mereka, cinta itu peluru. Kepercayaan itu bom jangka.
Dan musuh sudah mula menarik picu.
Satu kesilapan bukan sekadar luka.
Ia boleh mengubur mereka berdua - selamanya.