Mafia
5 stories
Tengku Airiel Zafran: His Fail Love [COMPLETE] by thefloriana
thefloriana
  • WpView
    Reads 11,613
  • WpVote
    Votes 429
  • WpPart
    Parts 52
Pada siang hari, dia adalah Tengku Airiel Zafran, pewaris muda berusia 29 tahun yang memimpin sebuah syarikat terkenal dan dihormati. Namun apabila malam menjelma, dia berubah menjadi Tuan Zafran, seorang ketua mafia yang ditakuti, tidak berperikemanusiaan dan dingin tanpa belas kasihan. Dua identiti. Dua dunia. Satu rahsia gelap yang tiada siapa tahu. Namun segalanya berubah apabila seorang lelaki gagal membayar hutang dalam masa yang dijanjikan. Dalam amarah dan dendam, Tuan Zafran akhirnya bertemu dengan anak perempuan si penghutang. Seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Pada awalnya, niatnya hanya satu iaitu menjadikan gadis itu sebagai tebusan. Tapi lama-kelamaan, kehadiran gadis itu mula mencairkan hati yang selama ini penuh dengan kekejaman dunia gelap. Gadis itu hadir membawa cahaya ke dalam dunia Tuan Zafran yang kelam. Namun, mampukah kasih yang tumbuh dalam bayang-bayang dan bahaya akan kekal selamanya? Atau adakah masa silam Tuan Zafran akan menghancurkan segala-galanya? Selamat membaca.. ⚠Peringatan kepada semua bahawa cerita ini tidak ada kaitan dengan dunia luar. Jika anda mendapati kesamaan dari segi nama atau jalan cerita, itu hanya satu kebetulan. ⚠No copy! Isi dan jalan cerita semua dari otak author sendiri.. Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dengan membaca cerita floriana. Harap semua menikmati..
[C] MRS ARYAN ISKANDAR by lyaauroraa
lyaauroraa
  • WpView
    Reads 868,348
  • WpVote
    Votes 24,963
  • WpPart
    Parts 53
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you". - Aryan Iskandar Namun siapa sangka lelaki bermulut manis ini seorang mafia yang berpengaruh dan kejam. He is sweet but.. also cruel. "Don't mess up with me or I will kill you with my own hand". - Aryan Iskandar "Jangan tinggalkan saya lagi. I want to be with you until my last page." - Raisya Zahira Aryan Iskandar + Raisya Zahira Romance + Mafia + Action + Sweet Nantikan... Start : 13/07/2022 End : 19/9/2022
Ma Sweet Mafia!  by popieyaa
popieyaa
  • WpView
    Reads 5,389,673
  • WpVote
    Votes 206,896
  • WpPart
    Parts 47
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: cerita ni agak tah pape, sebab saya first time buat cerita ni masa i form 4 yall.. hope korang faham. thankyouu sudi baca ❤️
Mafia Itu Suamiku by RaraMierah
RaraMierah
  • WpView
    Reads 47,150
  • WpVote
    Votes 1,272
  • WpPart
    Parts 30
Aira Adriana tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Sebagai wanita moden yang berdikari, dia punya impian dan masa depan yang ingin dibina dengan usaha sendiri. Namun, semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang paling ditakutinya-Adrian Hayden, seorang mafia yang kejam dan penuh misteri. "Aku tak cintakan kau." "Kau akan jatuh cinta, cepat atau lambat." Perkahwinan ini bukan pilihan Aira, tetapi Adrian tidak pernah memberi ruang untuk dia melarikan diri. Dia mengawal segalanya-hidupnya, keputusannya, malah perasaannya sendiri. Namun, Aira bukan wanita yang mudah tunduk. Dia melawan, menolak, dan cuba mencari jalan keluar dari perangkap lelaki itu. Tapi Adrian bukan lelaki biasa. Setiap langkahnya dikira, setiap keputusannya penuh dengan rahsia. Dan semakin lama Aira mengenalinya, semakin dia sedar bahawa Adrian bukan sekadar seorang mafia... ada luka, dendam, dan sejarah kelam yang disembunyikan di sebalik mata tajamnya. Antara benci dan cinta, kuasa dan kebebasan, dendam dan kasih sayang, mampukah Aira bertahan dalam dunia gelap yang kini menjadi penjaranya? Atau... adakah dia akan jatuh dalam perangkap Adrian, bukan sebagai tawanan, tetapi sebagai wanita yang mencintainya?
Mr. Mafia CEO (COMPLETE) by _VioletQuartz
_VioletQuartz
  • WpView
    Reads 77,836
  • WpVote
    Votes 1,499
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025