Thenranbalqisss_
Kau yang buat aku jatuh hati pada kau
Alyah Humaira Γ Affan Danish
Muhammad Syed Affan Danish bukan lelaki sempurna. Dia dingin, ego, dan sering menyembunyikan masalahnya dengan senyuman. Sebagai seorang anggota polis berpangkat Inspektor, di sebalik sikap santainya, Affan terperangkap dalam konflik keluarga yang tidak pernah selesai - tekanan, kekecewaan, dan keputusan silam yang menghantui hidupnya.
Nurul Alyah Humaira pula seorang gadis lembut yang terlalu mudah percaya. Seorang doktor bedah profesional yang terkenal satu hospital. Dia menyimpan rasa benci yang bercampur cinta, terutama selepas satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Malam yang sepatutnya dia bergelar sebagai tunang orang dirampas begitu sahaja.
Hubungan mereka bermula dengan pertengkaran, sindiran, dan jenaka yang menutup luka. Namun apabila rahsia mula terbongkar, cinta yang lahir daripada kesilapan bertukar menjadi beban. Kehadiran orang ketiga, pengkhianatan, dan kecurangan membuatkan Alyah belajar bahawa tidak semua cinta patut dipertahankan.
Affan cuba menebus kesilapannya ketika semuanya sudah terlambat. Di saat dia akhirnya sedar siapa yang benar-benar dicintai, Alyah memilih untuk pergi - bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana terlalu sakit untuk terus tinggal.
Dalam kisah ini, cinta bukan tentang bahagia.
Ia tentang penyesalan, kehilangan, dan hati yang tidak sempat diperbaiki.
Kadang-kadang, yang paling menyakitkan bukanlah perpisahan...
tetapi hakikat bahawa mereka saling mencintai namun pada waktu yang salah.
saya minta maaf segala kekurangan dalam cerita ini. β‘