Marryannedolce's Reading List
Истории 118
Dhia...Cintaku на QuinnCosmos
QuinnCosmos
  • WpView
    Прочтений 68,248
  • WpVote
    Голосов 1,221
  • WpPart
    Частей 42
Demi janjinya kepada arwah kakak tercinta, Dhia Humaira sanggup mengetepikan semua impian masa depannya bagi menjadi seorang ibu buat anak saudaranya, bayi comel yang diberikan nama Irfan Haziq. Seluruh perasaan kasihnya tumpah buat bayi yang telah bergelar anak yatim kerana kehilangan ibu sewaktu melahirkannya. Maka sejak dari itu, Dhia Humaira mengambil alih tugas menjaga anak saudaranya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila ibu mertua arwah kakaknya melamar Dhia Humaira untuk menjadi menantunya bagi menggantikan tempat arwah kakaknya, Dhia Sofea. Rela dalam paksa, Dhia Humaira menerima pinangan tersebut kerana dia tidak sanggup berpisah dengan anak kesayangannya, Irfan Haziq. Dhia Humaira sanggup untuk menjadi isteri buat abang iparnya, Izzat Haris yang langsung tidak pernah disangkakan akan menjadi suaminya. Izzat Haris : Seluruh jiwa dan perasaan cintanya hanya tersimpan buat Dhia Sofea. Siapa yang pernah menyangka mereka hanya mampu menyulam bahagia setahun cuma apabila isteri tercinta terlebih dahulu dijemput Ilahi saat melahirkan cinta hati pertama mereka. Lalu Izzat Haris bertekad bahawa dirinya tidak akan mungkin mencari pengganti Dhia Sofea dan mencintai wanita lain kerana arwah isterinya tiada galang gantinya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia terpaksa menerima adik iparnya, Dhia Humaira sebagai isteri atas desakan ibunya. Hati dan jiwanya ikut sama memberontak, tidak rela untuk menjadi suami buat gadis yang tidak pernah dicintainya. Dua hati yang tidak pernah saling mencintai, mampukah menemui cinta dan kemanisan di dalam rumahtangga yang dibina? Mampukah Dhia Humaira bertahan dalam ikatan suci walau hakikatnya suaminya tidak pernah langsung mencintai dirinya? Mampukah Izzat Haris untuk membuka kembali ruang kosong di hatinya buat Dhia Humaira dan membina kebahagiaan bersama wanita tersebut? Atau adakah mereka hanya akan menemui kebahagiaan dalam sebuah perpisahan? All copyright reserved. Idea adalah 100% daripada perahan otak penulis.
Bukan Aku (Complete) на AirisNawra91
AirisNawra91
  • WpView
    Прочтений 65,003
  • WpVote
    Голосов 1,358
  • WpPart
    Частей 69
"No?!" "Yes! No!!" Keadaan memaksa Hani mengaku dia sudah berkahwin untuk dia mendapatkan kerja secepatnya. Ashraff pula rasa dikhianati dan dalam masa yang sama lega dan tidak salah untuk dia memulakan langkah memikat Hani. Setelah mengenali Hani, baru dia tahu yang banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh gadis itu. Bukan sekadar menjaga anak buahnya, Hani perlu menjaga hubungan keluarga dengannya. Ashraff bertekad untuk membantu Hani dalam segala hal. Sehingga satu kejadian berlaku, Ashraff bingung dengan perasaannya terhadap Hani. Tapi apakan daya, kata-kata yang telah diucap begitu tajam dan buat Hani terluka dan membawa diri. Ashraff pula masih dengan egonya sehingga kebenaran terbongkar. Begitu banyak onak dan duri Hani untuk bahagia. Adakah Ashraff dapat memegang hati Hani kembali? Kepulangan Hani dengan karakter yang berbeza, berjumpa kembali dengan Ashraff bukan keinginannya. Masih ada harapankah buat Ashraff untuk memenangi hati Hani kembali? Masih adakah cinta buat Hani pada Ashraff setelah dilukai? Teruskan membaca! 2 Nov 2024 - 1 Jan 2025
Aku Pertama Dia Terakhir на saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Прочтений 405,801
  • WpVote
    Голосов 13,898
  • WpPart
    Частей 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka buat hal sendiri. Tapi kalau berkaitan dengan sahabatnya? Dialah yang paling maju ke hadapan. Dia seorang yang tak berminat untuk ambil tahu tentang cinta. Kenapa? Mungkin dia sudah serik selepas putus tunang setahun yang lalu. Namun disaat itu, muncul seorang lelaki yang menyukainya dan ingin menjadikan dia sebagai seorang isteri. Lelaki itu adalah EMIR HAKEEM. Majikan kepada kawannya. Lelaki itu memang kacak. Lagi nampak kacak bila ada kumis dan janggut tipis. Namun, dia menolak lamaran lelaki itu. Dia seorang yang tidak suka dipaksa dan lelaki itu pula suka memaksa. Menerima kunjungan lelaki itu ke rumahnya di kampung membuatkan dia bertambah geram. Disangkakan lelaki itu datang untuk meminang. Jika pernikahan yang lelaki itu mahukan, apa salahnya sekali sekala buat benda gila. "Kenapa awak cakap dekat ayah yang kita dah terlanjur?" - Emir Hakeem. "Itu je idea yang saya ada untuk kita nikah cepat," - Hanan Auliya. Dia menipu tentang perkara yang langsung mereka tak buat. Apabila dia mengetahui tujuan sebenar lelaki itu ke rumahnya, mulalah timbul rasa serba salah. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan menebus semula kesalahannya itu. "Awak cakap nak buat saya jatuh cinta. Just do it. I'm ready to fall for you," -Hanan Auliya. Janji yang dia telah buat pada dirinya sendiri. Mahu mencintai lelaki yang sudah sah bergelar suami kepadanya. Tetapi, bagaimana jika cinta itu tak pernah hadir dalam hatinya? Cinta itukan tak boleh dipaksa. Jadi mampukah HANAN AULIYA mencintai suaminya EMIR HAKEEM? Atau mungkin ada hati yang akan terluka hanya kerana menanti cinta yang tak pernah berputik?
Bahagia Yang Aku Tunggu на saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Прочтений 357,509
  • WpVote
    Голосов 12,254
  • WpPart
    Частей 72
3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?
Isteriku Form 5 ✔ на hazatulmunirah
hazatulmunirah
  • WpView
    Прочтений 942,359
  • WpVote
    Голосов 29,643
  • WpPart
    Частей 62
[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pilot yang bekerjaya dan diminati ramai para wanita kerana wajahnya yang kacak. Satu peristiwa hitam telah berlaku sehingga menyebabkan dia berkeras hati untuk tidak mencintai wanita. "Kahwin ? seriously ibu." - ARIANA "Sukar untuk aku sukakan kau." - ISYHAD Namun, segalanya berubah apabila ARIANA sah menjadi isterinya. Muncul pelbagai halangan dan rintangan yang menggugat ikatan perkahwinan mereka. Tanpa sedar ada musuh dalam selimut yang cuba untuk memporak-perandakan mahligai cinta yang baru dibina. Mampukah ARIANA memecahkan tembok di dalam hati si dia ? Adakah dari cinta sekali lagi berubah menjadi benci ? "Abang i'm sorry." - ARIANA FIRST STORY BY H.MUNIRAH START : 6 NOVEMBER 2017 END : 21 OKTOBER 2018
Takdir Dia на nurinnzulkifli
nurinnzulkifli
  • WpView
    Прочтений 366,453
  • WpVote
    Голосов 12,124
  • WpPart
    Частей 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?
Bukan Untuk Dimiliki на appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Прочтений 4,638,344
  • WpVote
    Голосов 258,970
  • WpPart
    Частей 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Suratan Takdir Untukku на liaatishaa
liaatishaa
  • WpView
    Прочтений 5,199,609
  • WpVote
    Голосов 115,790
  • WpPart
    Частей 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2 на izaniejeje
izaniejeje
  • WpView
    Прочтений 663,205
  • WpVote
    Голосов 14,934
  • WpPart
    Частей 37
kehidupan dalam rumah tangga tak semestinya manis selalu. Pasti ada pahitnya. kehidupannya sungguh bahagia bersama suami dan anak-anak. namun kehadiran orang ketiga ingin meruntuhkan masjid yang sudah lama terbina menyebabkan kehilangan kepercayaan antara mereka. "Aku akan kahwin dengan dia sama ada kau terima atau tidak!! Nur Alyah Bt Jefery aku ceraikan kau dengan talak satu" ucap Encik Izzudin
First Kiss  на kimkichi
kimkichi
  • WpView
    Прочтений 477,192
  • WpVote
    Голосов 4,779
  • WpPart
    Частей 56
Kisah kaka dalam menempuh segala dugaan. Dia cuba..cuba untuk jadi kuat dengan bantuan suaminya amin yang selalu ada dengannya. Sehinggalah satu tahap. Tahap dimana nabil berjaya meretakkan rumah tangga mereka. Akibat nabil, amin yang dulunya penyayang, penyabar, lemah lembut dengan isterinya..sekrang sudah menjadi seorang yg pembenci, ego, kasar serta dayus. Kaka masih setia dengan amin walaupon sentiasa dimaki hamun dan dilayan kasar. Sampai bila kaka akan setia dengan amin? Sampai bila amin berperangai seperti itu?
+ еще 7