🌹🤍
10 stories
Holy Dragon: Unbroken Bonds by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 15,399
  • WpVote
    Votes 1,363
  • WpPart
    Parts 3
Holy Dragon: Unbroken Bonds bukan sekadar kisah pertarungan fizikal, tetapi pertarungan emosi, prinsip dan kepercayaan. Bila dunia sudah tidak mengenal kebenaran, mampukah mereka kekal berdiri sebagai satu keluarga... atau akan hancur bersama rahsia yang selama ini mereka lindungi? Di bawah pimpinan Tengku Adrean Ruiz, organisasi ini bukan sekadar pengedar senjata sah. Mereka adalah penjaga kepada keseimbangan dunia gelap yang beroperasi di antara undang-undang dan kehancuran. Dalam dunia yang tak mengenal belas kasihan... hanya satu perkara yang membezakan mereka daripada musuh, iaitu kesetiaan yang tidak boleh dijual beli. "Don't ask if I'll protect them. Ask yourself what happens if I don't." -Tengku Adrean Ruiz, Joven Maestro "Mess with my brothers, and I won't throw warnings...only knives." - Tengku Daniel Louis, Knife Thrower "I laugh, I joke, I kill. Not always in that order." - Megat Hafiz, Assassin "In silence, I watch. In precision, I strike."- Thariq Ridzuwan, Demonio "You can hack the system. But you can't hack loyalty." - Ir Haider, Hacker "I may be the youngest. But I shoot to protect what they built." - Kevin Kyle
Married To My Nemesis by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 2,815
  • WpVote
    Votes 228
  • WpPart
    Parts 1
Adinda Lathifah memilih ketenangan di sebuah kafe buku kecil miliknya yang bernama Dinda's Chapter, jauh daripada cinta lama yang pernah menghancurkan kepercayaannya. Aathif Noah pula adalah seorang Offshore Civil Engineer yang tidak pernah berhenti berada di sisi Adinda. Jiran yang suka mengusiknya sejak kecil itu kembali sebagai lelaki yang tenang, matang dan terlalu peka untuk seorang yang kononnya sekadar mahu "mengacau". Apabila masa lalu Adinda muncul semula dengan tuntutan dan ancaman, Aathif tidak menjanjikan dunia, dia hanya berdiri, melindungi dan menunggu. Aathif berdiri di hadapan tanpa drama dan tanpa janji kosong. Dia tidak memujuk dengan kata manis. Dia melindungi dengan kehadiran. Di antara trauma lama dan perasaan yang semakin jelas, Adinda harus memilih untuk terus hidup dalam bayang ketakutan atau percaya pada cinta yang tidak pernah memaksa namun menunggu. Kerana ada cinta yang tidak perlu menjerit, ia cukup hadir dan tidak pernah pergi.
PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD) by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 408,364
  • WpVote
    Votes 31,885
  • WpPart
    Parts 38
# 1st Kingdom Chronicles | 𝕴𝖓𝖉𝖊𝖗𝖆𝖑𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku memang seorang puteri. Nama diberi Puteri Sarahana Sayang Binti Putera Riayatun Shah. Aku puteri yang dambakan sebuah kesederhanaan. Aya kata aku unik. Aku nak jadi cinderella. Tapi aku tak ada ibu dan kakak tiri untuk melengkapkan cerita. Aku nak jadi Snow white. Tapi aku tiada ibu tiri yang perangai macam penyihir. Aku nak jadi macam... Eh kau. Bersyukurlah Puteri Sarahana oii! Ada umi yang baik hati walaupun suka membebel. Ada baba yang sporting walaupun tegas. Dan ada abang-abang dan adik-adik lelaki yang ramai walaupun hampeh. Di luar istana, nama aku Sarahana. Orangnya baik. Lemah lembut? Sopan santun? Boleh tahanlah. Tapi dalam istana, aku adalah seorang Puteri. Yang suka memberontak. Degil. Langgar peraturan. Langgar curfew. Well that's normal. Semua penghuni istana dah masak dah dengan perangai aku. Dan dengan penuh rasa terpaksa, aku kena praktikal di Istana Besar. Tak menarik pun kisah istana ni. Bagi akulah. "Maaf tapi awak seorang sahaja yang kena tarik masuk bahagian protokol pemakaian diraja." Serius lah? Ah sudah. Pandai betul praktikal ni bergurau dengan aku. "Beta tak mahu panggil awak babygirl. Bukan tesoro. Bukan juga honey. But i shall call you my espresso." Tak sweet betul Putera Mahkota ni. Apa barang panggil aku espresso? "Tapi kenapa espresso Tuanku?" "Espresso is my favorite. And so are you." Apakah? Aku tak tahu sama ada aku patut... A) Jatuh cinta? B) Berdiri macam patung? Atau... C) Gelak terguling? Putera Mahkota saja nak berlawak dengan aku agaknya. "I've fallen for you." Tapi Putera Mahkota itu jatuh cinta dengan aku yang 'di luar istana'. Dia belum tahu lagi macam mana perangai aku di dalam istana. Kalau dia tahu, dia tetap akan suka aku ke. "Raja tak lengkap tanpa permaisuri. Oleh sebab itu bonda dan ayahanda beta datang merisik Tuan Puteri Sarahana Sayang. Untuk menjadi isteri beta." Start: 3 May 2020 End:--
TENGKU MAFIA : ANTARA DENDAM & CINTA [ C] by sofiaa1305
sofiaa1305
  • WpView
    Reads 2,190
  • WpVote
    Votes 105
  • WpPart
    Parts 30
Dalam dunia gelap penuh dendam dan rahsia, Tengku Adam Zyan dan Tengku Sofia Lavinia Raeesa diuji cinta mereka yang sebenar. Terperangkap dalam kekuasaan mafia dan perselisihan keluarga, mereka harus memilih antara dendam yang membara atau cinta yang tulus. Di tengah kekacauan, muncul Tengku Izz Xander, Tengku Rina Aleesya Aurora, Tengku Shuhada Celeste Amara, Tengku Husna Evelynn Azalea, Tengku Aryssa Belle Adriana, dan Tengku Qesysha Elanora Sofia - setiap satu membawa kisah dan misteri tersendiri yang mengikat nasib keluarga ini. Akankah mereka berjaya menyelamatkan hubungan yang semakin rapuh, ataukah takdir telah menulis jalan yang berbeza untuk mereka? Saksikan kisah penuh pengorbanan, kepercayaan, dan janji dalam *TENGKU MAFIA: ANTARA DENDAM & CINTA*.
Farrel Kirana: Mission X [SU]  by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 17,023
  • WpVote
    Votes 1,461
  • WpPart
    Parts 7
[ FROM THE WHITE'S STORY | BOOK 1 ] Jejaka yang lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan, baginya bercinta hanya membuang masa. "Me? No!" - Farrel Aqasha Perkahwinan aturan keluarga dibantah sama sekali. Dia yakin tiada siapa dapat meluluhkan hatinya lagi kerana satu-satunya perempuan yang dicintai sudah berpunya. "And... who are you?" - Kirana Khan Menjadi pengawal peribadi tidak pernah terlintas dalam kotak fikirannya, apatah lagi bersetuju dengan cadangan gila maktok. "Alright I get it. Only for six months. But after this, no more." - Farrel Aqasha Enam bulan. Enam bulan yang cukup menyesakkan bagi seorang Farrel Aqasha. Enam bulan yang amat merimaskan bagi Kirana Khan. Dia punya misi yang tiada siapa tahu. Semuanya tersusun kemas disebalik topeng di wajah. Hutang nyawa dibalas nyawa. Kehadiran dia dalam hidupnya memudahkan kerja. "Betrayal hurts the most when it comes from someone you trusted with all your heart." - Kirana Khan ⚠️a continuation from zander mia ⚠️cliche ⚠️strictly no plagiarism
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,946,494
  • WpVote
    Votes 210,262
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 45,858
  • WpVote
    Votes 3,482
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
[Ebook] Mr. Headhunter Raya by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 15,130
  • WpVote
    Votes 757
  • WpPart
    Parts 2
Mr. Headhunter edisi raya 2025
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 150,375
  • WpVote
    Votes 8,582
  • WpPart
    Parts 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-