nrfrhanyyy
Muhammad Harith Zafran, 32 tahun. Seorang duda yang pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga. Sejak perceraian itu, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula. Baginya, hidup sendiri jauh lebih mudah daripada perlu berkongsi hidup dengan seseorang.
Sehinggalah keluarganya memperkenalkan Nur Alesya Humaira, seorang pelajar universiti berusia 25 tahun.
Perkahwinan itu bukan sesuatu yang dipaksa. Harith sendiri bersetuju selepas kedua-dua keluarga berbincang. Cuma, persetujuan itu tidak bermaksud dia mempunyai perasaan terhadap Alesya.
Bagi Harith, Alesya hanyalah perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Dan bagi Alesya, Harith hanyalah lelaki yang perlu dihormati sebagai suami.
Mereka berkahwin dengan satu persetujuan mudah - tidak perlu memaksa hati untuk mencintai.
Namun selepas beberapa bulan hidup bersama, sesuatu mula berubah.
Harith mula menunggu Alesya pulang. Mula mengambil tahu tentang jadual kuliahnya. Mula terasa tidak senang apabila Alesya terlalu rapat dengan lelaki lain. Perkara kecil yang dahulunya tidak pernah mengganggunya, kini mampu membuatkan emosinya berubah.
Alesya sendiri mula menyedari perubahan itu.
"Awak sebenarnya sayang saya?"
Harith hanya memandangnya lama sebelum menjawab,
"Kalau aku tak sayang, kenapa aku kisah?"
Masalahnya, semakin Harith mencintai Alesya, semakin kuat keinginannya untuk memastikan perempuan itu sentiasa berada di sisinya.
Alesya mahu ruang.
Harith mahu dia dekat.
Alesya mahu menjalani hidupnya seperti biasa sebagai seorang pelajar.
Harith pula mula sedar bahawa dia sudah terlalu terbiasa dengan kehadiran isterinya.
Dan apabila Alesya mula menjauh, Harith akhirnya berdepan dengan satu ketakutan yang paling dia cuba elakkan sejak awal perkahwinan mereka-
kehilangan isterinya untuk kali kedua.
Adakah perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat? ataupun separuh jalan?