before oct 30 2026
38 stories
rahsia Sekolah lama (C) by velkysyuh
velkysyuh
  • WpView
    Reads 259
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 6
Bangunan sekolah lama itu sepatutnya kosong. Tetapi apabila Alya dan tiga rakannya iaitu Farid, Nina dan Haziq secara tidak sengaja terkunci di dalamnya selepas waktu sekolah, mereka mula sedar bahawa tempat itu menyimpan sesuatu yang lebih daripada sekadar habuk dan bilik kosong. Sebuah buku lama yang penuh dengan teka-teki membawa mereka menelusuri lorong sunyi, bilik rahsia dan petunjuk yang ditinggalkan oleh seorang pelajar yang hilang secara misteri bertahun-tahun dahulu. Semakin jauh mereka mencari jawapan, semakin jelas bahawa misteri itu bukan sekadar cerita lama yang dilupakan. Ada rahsia yang pernah cuba disembunyikan oleh sekolah itu. Dan kini, rahsia tersebut mula terbongkar sedikit demi sedikit. Tetapi persoalannya, adakah mereka akan berjaya keluar dari sekolah lama itu sebelum misteri tersebut menelan mereka juga?
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 363,290
  • WpVote
    Votes 29,106
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 351,084
  • WpVote
    Votes 20,111
  • WpPart
    Parts 46
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
DIA CITRA CINTAKU ( IDOL SERIES 2) { COMPLETED} by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 4,551
  • WpVote
    Votes 1,003
  • WpPart
    Parts 92
Ballerina , merupakan cita-citanya sejak remaja . Beraksi di atas pentas , di hadapan khalayak ramai . Bermain piano , sebagai hobi . Setelah ayahnya , Datuk Syed Alwi Ikram dijadikan sebagai inspirasi. Ardini Nadeena , seorang gadis yang berangan-angan tinggi untuk bergelar sebagai anak seni . Malangnya , cita-citanya tidak direstui oleh sang ibunya , Datin Nurin Hafilda . " Ibu tak nak kamu jadi anak seni ." - DATIN NURIN HAFILDA . Ardini sedar , dia dipilih kasih oleh ibunya. Dia cuba sehabis baik untuk merebut hati sang ibunya. Sambung belajar , bukannya dalam bidang kegemarannya . Namun , demi kasih seorang ibu - dia sanggup. " Kalau itu yang ibu nak , Dini akan tunaikan . Asalkan , ibu boleh terima Dini ." - ARDINI NADEENA. Sampai satu saat , hatinya terpaut dengan cinta . " Ardini Nadeena , you satu group assignment dengan I , boleh ?" - MALIQUE IRWAN . Malique Irwan , rakan sekelasnya yang buat pertama kali mencuri hatinya . Dalam diam , Ardini menyimpan rasa . Dengan lelaki itu , dia mempunyai semangat baru . Mendapat dekan setiap sem adalah tujuannya setelah melihat prestasi Malique yang bijaksana dalam akademik . Apabila dia ketahui , lelaki itu menjadi salah seorang ahli dari sebuah kumpulan yang terkenal di Malaysia , En-Dynamic - dia menjadi penyokong setia . Perkembangan Malique , sering diikuti dalam diam . " Saya sedia menjadi supporters awak , Malique Irwan ." - ARDINI NADEENA Pada malam anugerah , takdir mereka bertemu kembali... " Ingat lagi tak saya ? Saya classmates awak masa degree." - ARDINI NADEENA "Ardini , is that you ?" - MALIQUE IRWAN Dia gambaran cinta buat Ardini. Dalam tidak sedar , Ardini juga telah mencuri hati buat Malique . " Ardini Nadeena , you made me fall for you." - MALIQUE IRWAN Kerana Dia , Citra Cintaku.
Terungkapnya Janji [C] by hiznawaidas
hiznawaidas
  • WpView
    Reads 145,799
  • WpVote
    Votes 9,164
  • WpPart
    Parts 44
[Rename from: Janji yang Terlafaz] "Saya nak propose awak. Marry me. I promise yang saya takkan ungkit pasal anak sepanjang perkahwinan kita. Dan awak boleh tutup mulut orang yang sibuk bertanya bila awak nak kahwin" -Khayla Fateema. "What do you want from me? Or should I say, what will benefit you from this contract?" - Thaqif Rasyad. Perjanjian yang membawa kepada perkahwinan. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri mengapa perkahwinan itu perlu terjadi. Janji yang dilafazkan perlahan-lahan memakan diri sebaik saja akad digenggam. Antara bahagia atau terluka, hanya itu pilihan yang ada.
His Dark Majesty by NightSrita
NightSrita
  • WpView
    Reads 235
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 6
~my 1st romance story~ Kael Draven X Elara Vance Kerajaan Noctaris hidup dalam ketakutan di bawah pemerintahan Raja Kael Draven, seorang raja yang digelar "His Dark Majesty" kerana kuasa gelap yang dimilikinya. Demi memenuhi ramalan kuno, Kael terpaksa mengahwini Elara Vance, seorang gadis yang menyimpan kuasa cahaya yang mampu mengubah takdir dunia. Pada mulanya, mereka saling membenci. Namun, apabila ancaman besar mula mengancam kerajaan, mereka terpaksa bekerjasama dan perlahan-lahan membuka hati masing-masing. "Jangan fikir aku akan jatuh cinta kepada awak, Tuanku," kata Elara sambil merenung tajam. Kael tersenyum sinis. "Bagus. Kerana aku juga tidak perlukan cinta." Namun, takdir mempunyai rancangan lain. Di sebalik peperangan, rahsia, dan kegelapan yang semakin mendekat, lahirlah sebuah cinta yang mampu menyelamatkan atau menghancurkan seluruh kerajaan. 🖤👑✨ NOTES: Please support and vote for my first story. I am a new author here. THANK YOU FOR ALL READERS! TIKTOK: @dreaming_81
DIMENSI KITA [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 65,465
  • WpVote
    Votes 3,394
  • WpPart
    Parts 72
Portal dua dimensi hanya terbuka seketika, tetapi cukup lama untuk mencuri satu jiwa dan menggantikannya dengan jiwa yang tidak sepatutnya. Helena memandang suaminya, Radin Eshan, lelaki yang pernah menakutkannya dan melihat seseorang yang bukan dia. Lelaki itu lembut, tenang, dan menyentuh hatinya dengan cara yang Radin tak pernah mampu lakukan. Dia tidak tahu, dalam tubuh suaminya itu hidup Nidar, jiwa asing dari dunia lain, yang datang hanya untuk pergi semula. Dan di dimensi lain, Radin berlari mencari jalan kembali, sedang Helena jatuh cinta pada lelaki yang bukan milik dunianya. Cinta ini sementara. Cinta ini salah. Dan cinta ini... ditakdirkan untuk hancur. Lalu siapa yang harus dia lepaskan terlebih dahulu? lelaki yang kembali, atau lelaki yang hilang?
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 606,769
  • WpVote
    Votes 43,214
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Hello, Yesterday!  by cappuc_cino
cappuc_cino
  • WpView
    Reads 1,992,716
  • WpVote
    Votes 270,071
  • WpPart
    Parts 35
#KKNSeries4 "Dua tahun untuk mencinta, lima tahun untuk melupa, satu detik untuk meruntuhkan segalanya." 🍂🕊️ Lima tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali dalam situasi yang tidak pernah terduga. Samira ingin tetap menjadi asing tanpa kenal nama, sementara Rajata tidak lagi sama. Pria itu datang, menuntut jawab atas kepergian Samira yang tiba-tiba. Di antara benci dan rindu yang saling beradu, mampukah Samira tetap bertahan pada pilihannya, atau justru menyerah pada sisa perasaan yang mungkin saja tidak pernah benar-benar dia lupa?