best
65 stories
Dia Milikku (Og) by syshlurve_
syshlurve_
  • WpView
    Reads 1,214
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 16
Hud Haqif, anggota GGK yang dingin dan tidak rapat dengan sebarang wanita. Pertemuan tanpa sengaja dengan Eina Erlina iaitu adik kepada sahabat baiknya.Cinta yang bermula dari perhatian kecil, perlahan lahan menjadi terlalu kuat untuk disembunyikan. "Macam mana kalau aku cakap yang aku jatuh cinta dengan adik kau?" - Hud Haqif "Adik aku?" - Eirsyad Fawaysh Pertemuan di Kem Sungai Udang, Melaka yang tidak dirancang membuatkan mereka bersatu hingga ke akhir hayat. Eina Erlina seorang wanita jelita yang bekerja menjadi seorang guru tadika kemas di Pasir Gudang, Johor. Mampukah Haqif menjaga hati dan melindungi orang yang mula menjadi segalanya baginya?
AYDRIC ZANE: HIS ONLY EXCEPTION by flowerssflyy
flowerssflyy
  • WpView
    Reads 1,245
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 8
Aydric Zane || Elisya Hayana Aydric Zane - seorang pelumba Formula 1 yang dikenali dengan sifatnya yang tegas, kompetitif dan sukar mengalah. Di atas litar, Aydric sentiasa mengejar kemenangan dan tidak pernah gentar dengan persaingan. Di luar litar pula, dia terkenal dengan perangai lawaknya dan egonya yang agak tinggi. Namun, di sebalik sikap kerasnya itu, Aydric merupakan seorang lelaki yang sangat protective terhadap orang yang disayanginya. Dia mungkin tidak pandai mengungkapkan perasaan dengan kata-kata, tetapi setiap tindakannya sentiasa menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu dalam hidupnya. Elisya Hayana - pengasas dan pemilik Hayana Bridal, sebuah jenama busana pengantin eksklusif yang dibina daripada minat dan usaha kerasnya sendiri. Seorang wanita yang feminin, yakin dan berdikari, Elisya tidak pernah mahu kejayaannya bergantung pada nama sesiapa,termasuk suaminya sendiri. Dia juga seorang yang tegas, berani bersuara dan tidak mudah mengalah. Terutamanya apabila berdepan dengan Aydric. Mereka adalah dua jiwa yang sama-sama keras kepala. Aydric dengan egonya. Elisya dengan pendiriannya. Pertengkaran kecil sudah menjadi perkara biasa dalam rumah tangga mereka. Namun, di sebalik setiap pertengkaran, ada perhatian yang tidak pernah mereka abaikan. Aydric mungkin lelaki yang paling sukar ditundukkan di atas litar, tetapi di rumah, Elisya Hayana tetap menjadi satu-satunya wanita yang mampu membuatnya mengalah. Dan Elisya pula mungkin sudah mempunyai empayar yang dibinanya sendiri, tetapi bagi Aydric, Elisya bukan sekadar wanita yang dicintainya. She is the woman he is most proud to call his wife.
ZAVIER RHYS : RACING IN LOVE [C] by flowerssflyy
flowerssflyy
  • WpView
    Reads 78,756
  • WpVote
    Votes 4,483
  • WpPart
    Parts 61
Zavier Rhys || Elara Reyna Zavier Rhys. A Mercedes Formula One driver with a cold and composed personality. His life revolves around racing, leaving no room for love or relationships. But everything changes when he meets Elara Reyna,the woman who makes him question everything he thought he knew about love. They started with a fake relationship. A marriage without love. A promise made only to protect themselves. Elara Reyna never expected to rely on Zavier Rhys, but when her family problems became too much to handle, he was the only person she could turn to. To Elara, Zavier was just someone she needed. But to Zavier, she slowly became someone he couldn't live without. Two people who entered a marriage without feelings... Will their marriage survive the secrets, misunderstandings, and pain? Will they continue pretending? Or will they finally discover the love that was never part of their plan? Because sometimes, the person you use as your shelter becomes the person you call home.
KAEL QAYS: SHADOWS BETWEEN US [C] by flowerssflyy
flowerssflyy
  • WpView
    Reads 16,522
  • WpVote
    Votes 678
  • WpPart
    Parts 44
Khalisya Dyanne pernah percaya bahawa cinta pertama adalah cinta yang akan kekal selamanya. Namun, semuanya berubah apabila dia mengetahui bahawa bekas kekasihnya telah bertunang secara diam-diam dengan pilihan ibunya, meninggalkan Dyanne dengan hati yang penuh kecewa dan persoalan yang tidak terjawab. Dalam fasa cuba menyembuhkan luka, hadirnya Kael Qays, sahabat kepada abangnya, mula mengganggu ketenangan hati Dyanne. Sama ada secara sengaja atau tidak, Kael sentiasa muncul dalam hari-harinya menjadi seseorang yang perlahan-lahan membuat Dyanne mempersoalkan kembali tentang perasaannya sendiri. Namun, bukan hanya Kael yang menyimpan cerita. Ethan Haayder, sahabat baik Dyanne yang sentiasa memahami dirinya, turut menyimpan sebuah rahsia yang mungkin mampu mengubah segalanya. Di saat Dyanne cuba mencari jawapan dalam kekeliruan hatinya, hanya Nayla Amanda, sahabat karibnya, yang tidak pernah meninggalkan sisinya. Dia menjadi tempat Dyanne bersandar ketika kenangan lama masih menghantuinya dan masa depan kelihatan begitu sukar untuk dipilih. Antara cinta yang pernah hilang dan seseorang yang baru hadir membawa harapan, siapakah yang akan menjadi pilihan hati Dyanne? Adakah dia akan terus terperangkap dalam masa lalu, atau berani membuka lembaran baharu bersama seseorang yang mampu membuatnya bahagia semula?
Somewhere Between Us | OG by llaeyraa
llaeyraa
  • WpView
    Reads 986
  • WpVote
    Votes 180
  • WpPart
    Parts 15
I didn't expect we'd meet again."─ TAR 𝓣𝓔𝓝𝓖𝓚𝓤 𝓐𝓨𝓓𝓔𝓝 𝓡𝓨𝓐𝓝 ⪼ Tengku Ayden Ryan - seorang CEO muda yang namanya cukup dikenali di serata Eropah dan Asia. Pewaris keluarga berada, namun berjaya membina empayar perniagaannya sendiri sehingga syarikatnya menjadi antara yang terkemuka di dunia. Tenang, berkarisma dan sukar didekati. Dia tidak mudah memberikan perhatian kepada sesiapa. Namun, bertahun-tahun lalu, hatinya pernah jatuh kepada seorang junior Form 3 bernama Adreana Arissa. Dan kini, takdir menemukan mereka semula⪻ ⋆. ୨୧˚⋆ "Why did you ever fall in love with me?" ─ AA 𝓐𝓓𝓡𝓔𝓐𝓝𝓐 𝓐𝓡𝓘𝓢𝓢𝓐 ⪼ seorang gadis yang terkenal dengan kelembutan dan senyumannya yang menenangkan. Bekerja sebagai seorang designer, dia mempunyai sisi kreatif yang kuat serta mulut yang boleh tahan laser apabila sudah mula membalas kata. Arissa langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang pernah mengusiknya ketika zaman sekolah itu masih menyimpan perasaan terhadapnya sehingga kini. Dan lebih mengejutkan, Ayden tidak pernah berhenti mencintainya. Start - 18 Julai 2026 End - ᗴᑎᒍOY 🙆‍♀️🤍💗
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,677,768
  • WpVote
    Votes 259,659
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️ by escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    Reads 3,819,115
  • WpVote
    Votes 143,168
  • WpPart
    Parts 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywattpad #2 in wattpadmelayu #2 in action #2 in marriage #3 in malaystories Start : 11 November 2023 End : 21 Januari 2024
𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂] by eyreshaa_
eyreshaa_
  • WpView
    Reads 76,857
  • WpVote
    Votes 4,058
  • WpPart
    Parts 76
[Stand Alone] | Perfect Series. 𝐔𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐳𝐝𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐚 & 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐪𝐢𝐥𝐚 "Takdir itu tak pernah salah, tapi sentiasa sempurna apabila bertemu dengan orang yang tepat," - Hanya kerana percaturan keluarga, akhirnya mereka disatukan. Kahwin tanpa cinta, itu yang dihadapi oleh Shaneen Aqila dan Zareel Idham. "Kau kena ingat, kita kahwin sebab mama." - Zareel Idham "Saya cintakan awak, Zareel." - Shaneen Aqila Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama tujuh bulan saja. Dan akhirnya, Shaneen Aqila bebas daripada cengkaman yang menyeksa seluruh raganya. "Saya nak berpisah." - Shaneen Aqila Setelah bertahun-tahun meninggalkan bandar itu, siapa sangka Shaneen dipertemukan semula dengan Izdihar Raffa. Seorang lelaki yang tidak kenal erti lelah, putus asa demi mendapatkan cinta yang terumbang ambing. Izdihar tidak mengalah begitu sahaja, dia inginkan Shaneen Aqila sebagai isterinya. Kerana dari awal pertemuan, Izdihar Raffa memilih Shaneen Aqila. "Awak kahwin dengan saya. Saya janji awak akan bahagia, Neen." - Izdihar Raffa "Saya dah trauma dengan perkahwinan, Iz." - Shaneen Aqila Kerana itulah dinamakan takdir yang sempurna. Berpisah jauh sekalipun, jika ditakdirkan bersama, pasti akan bersatu juga. "Terima kasih sentiasa ada dengan saya. Saya sayangkan awak." - Shaneen Aqila START : 16 February 2026 END : 29 August 2026 ALL RIGHT RESERVED EYRESHAA 2026 cover cantik by umyhaise sayang x
𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 277,506
  • WpVote
    Votes 6,125
  • WpPart
    Parts 70
Kashaf Farrel | Haifa Umaira in editing