TBR 𓍯
11 قصة
FROZEN HEARTS ✦ | OG بقلم aamrrhh
aamrrhh
  • WpView
    مقروء 53
  • WpVote
    صوت 14
  • WpPart
    فصول 3
Kai Astro + Mya Mikayla ♥︎
𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐎𝐆] بقلم eyreshaa_
eyreshaa_
  • WpView
    مقروء 25,495
  • WpVote
    صوت 2,023
  • WpPart
    فصول 72
[Stand Alone] | Perfect Series. 𝐔𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐳𝐝𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐚 & 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐪𝐢𝐥𝐚 "Takdir itu tak pernah salah, tapi sentiasa sempurna apabila bertemu dengan orang yang tepat," - Hanya kerana percaturan keluarga, akhirnya mereka disatukan. Kahwin tanpa cinta, itu yang dihadapi oleh Shaneen Aqila dan Zareel Idham. "Kau kena ingat, kita kahwin sebab mama." - Zareel Idham "Saya cintakan awak, Zareel." - Shaneen Aqila Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama tujuh bulan saja. Dan akhirnya, Shaneen Aqila bebas daripada cengkaman yang menyeksa seluruh raganya. "Saya nak berpisah." - Shaneen Aqila Setelah bertahun-tahun meninggalkan bandar itu, siapa sangka Shaneen dipertemukan semula dengan Izdihar Raffa. Seorang lelaki yang tidak kenal erti lelah, putus asa demi mendapatkan cinta yang terumbang ambing. Izdihar tidak mengalah begitu sahaja, dia inginkan Shaneen Aqila sebagai isterinya. Kerana dari awal pertemuan, Izdihar Raffa memilih Shaneen Aqila. "Awak kahwin dengan saya. Saya janji awak akan bahagia, Neen." - Izdihar Raffa "Saya dah trauma dengan perkahwinan, Iz." - Shaneen Aqila Kerana itulah dinamakan takdir yang sempurna. Berpisah jauh sekalipun, jika ditakdirkan bersama, pasti akan bersatu juga. "Terima kasih sentiasa ada dengan saya. Saya sayangkan awak." - Shaneen Aqila START : 16 February 2026 END : ALL RIGHT RESERVED EYRESHAA 2025 cover cantik by umyhaise sayang x
When We Love Again بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 360,811
  • WpVote
    صوت 28,955
  • WpPart
    فصول 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
MY LOVE SIGNAL [OG] بقلم leesophielia
leesophielia
  • WpView
    مقروء 3,128
  • WpVote
    صوت 353
  • WpPart
    فصول 7
[SPORT ROMANCE 4] 'Born for the Ice.' Mereka pernah dijulang. Mereka pernah menjadi kebanggaan. Namun hanya kerana satu insiden tragis yang berlaku lima bulan lalu, nama Ice Squad United jatuh menjunam. Kepercayaan hilang. Reputasi musnah. Apa yang dibina bertahun-tahun lamanya, runtuh sedikit demi sedikit. Kehadiran Jihan Denara sebagai Konsultan Komunikasi dianggap sinar baharu buat kelab itu. Dia dipertanggungjawabkan untuk memulihkan semula imej Ice Squad United yang semakin tercalar. Mudah? Langsung tidak. Kerana bukan semua orang mahukan perubahan. Terutama sekali para pemain. "You seem nice. But I don't do girlfriends." - EISA MUQRI "Jangan risau. I don't do boyfriends, either!" - JIHAN DENARA Bagi Jihan, Eisa ialah manusia paling menyebalkan yang pernah ditemuinya. Degil, kapten poyo dan terlalu yakin bahawa dunia perlu bergerak mengikut rentaknya. Namun apabila mereka dipaksa bekerjasama demi menyelamatkan imej pasukan yang sedang berdepan pelbagai kontroversi, garis antara benci dan suka mula menjadi kabur. Semakin banyak masa dihabiskan bersama, semakin sukar untuk mereka menafikan tarikan yang wujud. Tetapi dalam dunia sukan profesional, cinta bukan sekadar soal perasaan. Kerana kadangkala, isyarat yang paling sukar untuk dibaca bukan datang dari gelanggang. Tetapi dari hati sendiri. START : 2 JULAI 2026 END :
Aydeen's Untold Heart (Completed) بقلم Missailynn
Missailynn
  • WpView
    مقروء 454,869
  • WpVote
    صوت 31,045
  • WpPart
    فصول 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C بقلم missdiraa
missdiraa
  • WpView
    مقروء 449,880
  • WpVote
    صوت 19,194
  • WpPart
    فصول 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  بقلم missdiraa
missdiraa
  • WpView
    مقروء 239,428
  • WpVote
    صوت 12,751
  • WpPart
    فصول 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
OG | The Last Vows بقلم qtlittlediary
qtlittlediary
  • WpView
    مقروء 6,852
  • WpVote
    صوت 1,052
  • WpPart
    فصول 51
book 3 | velvet rage series "I don't trust you, Yagami Mizuki." "And you think I trust you? Funny." Dia adalah gadis yang selalu menjadi perbualan hangat di negara timur laut asia. Apa yang dia dambakan, wajib jadi sebuah kenyataan. Secara sukarela mahupun paksaan, dia tidak akan henti separuh jalan. Si perjaka pula, tidak sepatutnya menjadi watak utama dalam cerita ini. Memang gila. Bagaimana dia boleh terpalit dalam masalah yang dia sendiri tak tahu hujung pangkalnya? Demi Tuhan, dia bersumpah maruahnya telah dipermainkan. Mana mungkin lelaki waras sepertinya sanggup conteng arang pada muka sendiri. "Kalau you dah tak sanggup... you ada pilihan." - Mizuki "Tapi aku tak mampu nak lepaskan kau." - Suhair Ikatan yang terjalin atas dasar kebencian mentah tidak akan kekal lama. Itu bukan sumpahan alam pada mereka, tapi janji yang mereka tulis sendiri. Gadis yang sentiasa mengemis cinta, tiba-tiba dicintai seseorang? Mustahil. Angan-angan itu kedengaran terlalu indah. Start: 1st January 2026 Ends: ⚠️ typo di mana-mana ⚠️ grammar errors ⚠️ slow-paced storyline. ⚠️ trigger warning alert! some scenes may be distressing. reader guidance is advised.
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [SLOW UPDATE] بقلم hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    مقروء 58,187
  • WpVote
    صوت 4,100
  • WpPart
    فصول 43
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]