SyhaTales_
"Daneena Haneen?" "Is that you?"
Mana mungkin dia melupakan seorang gadis yang mengejarnya waktu sekolah dahulu. Sewaktu itu, usia mereka baru dalam linkungan 11 tahun. Seorang gadis bernama Keyra Hazel Dareena Haneen, yang baru sahaja pindah ke sekolah baharu. Pada hari pertama sekolah lagi, perhatian gadis itu hanya pada seorang budak lelaki bernama Aaidan Arian.
Takdir menyatukan mereka semula pada usia yang sudah meningkat dewasa. Pertemuan itu tidak dapat diduga. Mereka dipertemukan ketika mereka sudahpun berjaya mencapai kerjaya masing-masing.
Aaidan Arian, seorang tukang masak terhandal di sebuah restoran, namanya terkenal di seluruh media sosial. Aaidan mempunyai keluarga yang tidak beberapa sempurna. Ibu dan bapanya berpisah ketika dia masih kecil. Soal cinta? Pintu hatinya masih terkunci rapat selagi dia tidak dapat mengetahui keberadaan gadis yang dia kenali semasa sekolah dahulu.
Keyra Hazel Dareena Haneen, gadis itu sudah berjaya membuka satu kafe kecil di tengah bandar. Namanya yang sangat unik menjadi perhatian di sekolah mahupun orang sekeliling. Namun, dengan nama yang unik ini mampu membuatkan lelaki itu cair dengan sikap yang tidak pernah berhenti mencintainya. Namun, Aaidan sengaja mengaburi mata sendiri.
start : 1/1/2026
end : ?
( SLOW UPDATE )