Army vibe
7 stories
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C | by iusedtowritenowidont
iusedtowritenowidont
  • WpView
    Reads 290,800
  • WpVote
    Votes 8,293
  • WpPart
    Parts 44
"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk berjauhan dengan orang tu. Macam sekarang, ia temukan saya dengan orang yang betul" -L.Rayyan Anaqi "Kepuasan! Aku tak suka tengok kau hidup! Lepas kau mati, isteri kau pula kita orang akan bunuh. Berjalanlah di taman syurga bersama-sama" "Abang! Bangunlah! Janganlah takutkan Mayra!" -Mayra Adelia
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 61,726
  • WpVote
    Votes 1,977
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 552,011
  • WpVote
    Votes 22,592
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐂 by Ninqistina
Ninqistina
  • WpView
    Reads 82,970
  • WpVote
    Votes 3,134
  • WpPart
    Parts 78
'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain, seorang jejaka yang ceria berpangkat mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Zalliesya Riehana, seorang gadis dingin berpangkat leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dua insan yang mempertahankan negara, namun dipertemukan secara tidak diduga di rumah Puan Rosmah. "Siapa laki tu?" - Zalliesya "Cucu angkat yang Nek kata haritu. Adrith Dzulkarnain namanya." - Puan Rosmah Pertemuan singkat itu cukup untuk membuatkan hati Adrith terusik, seolah-olah jatuh cinta pada pandangan pertama. Namun bagi Zalliesya, kehadiran Adrith hanya menimbulkan rasa rimas buatnya. Disangka pertemuan itu yang pertama dan terakhir tetapi takdir mempermainkan mereka. Adrith dan Zalliesya diarahkan bekerjasama dalam satu misi berbahaya-menangkap lanun jahat yang mengancam perairan negara. "By the way kan weh! Aku dengar cerita yang kita akan bekerjasama dengan tudm untuk tangkap lanun tu." -Eizanis "Aku pun dengar benda yang sama. Betul ke?" -Aieman Misi selesai, namun segalanya berubah apabila Asyraaf, sahabat baik mereka, melamar Zalliesya secara mengejut. Dan tidak lama selepas itu, Asyraaf disahkan meninggal dunia akibat kanser yang selama ini dirahsiakan sehingga kes pembunuhan yang dijangka punca kematian tersebut. Salah faham mula tercipta. Dalam kesedihan dan amarah, Zalliesya menuduh Adrith sebagai punca kematian sahabatnya itu kerana dia tahu yang dalam pada masa yang sama, Adrith juga suka akan dirinya. Cinta yang sepatutnya diputik bertukar menjadi kebencian, dan kebencian itu menyalakan api dendam. Zalliesya nekad-perkahwinan bukan lagi tentang cinta, tetapi balasan atas sebuah kehilangan. "Assalamualaikum Hana. Abang datang ni." -Adrith. "Kau jangan bermimpi yang aku akan balas cinta kau. Aku kahwin dengan kau untuk balas dendam ja." -Zalliesya Start: 2 November 2024 End: 20 April 2025
KAPTEN JANE: BINTANG LANGIT MALAM (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,909
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 8
Seorang langit. Seorang lagi laut. Bila dua dunia ni bertembung, tiba-tiba hati pula yang tak ikut SOP. Kapten Aysannur bukan calang-calang wanita. Juruterbang pejuang, tegas, dominan, dan keras kepala-semua sebab dia belajar untuk jadi kuat sejak kecil. Tapi kuat macam mana pun, bila impiannya ke pasukan elit bentala digagalkan oleh seorang tentera laut, dia hilang sabar. Lelaki itu? "By the way, aku Tazan-my call sign." - Raef "Tarzan? Yang bergayut atas pokok tu?"- Aysannur Itulah Left. Komander Raef Aarfan-lawan jadi tunang, tunang jadi teka-teki. Aysa tak pernah rancang nak jatuh cinta, tapi takdir tak pernah minta izin. Antara operasi rahsia, latihan bersama dan satu insiden cemas di Kepulauan Natuna... Aysa mula melihat sisi Raef yang dia tak sangka ada. Lembut di balik tegas. Setia di balik selamba. "Aysannur, sudikah kau permudahkan urusan kita... dan validkan rasa aku?" - Raef Tapi cinta bukan senang bila masing-masing bertugas demi negara. Bila Aysa dipanggil ke Lubnan dan Raef pula dihantar ke medan, mereka diuji sekali lagi, antara tanggungjawab dan rasa, antara laut dan langit. Ini bukan sekadar cerita cinta tentera. Ini tentang dua insan yang belajar menerima, melepaskan dan memilih untuk tetap kembali... kepada satu sama lain.