wantheone
- Reads 1,708
- Votes 302
- Parts 36
Damian Akasyah x Wanisya Lyliana
Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kena kahwin. Wanisya Lyliana seorang gadis yang kuat berangan-angan dan suka terhadap lelaki fictional. Dia mempunyai high standard dalam memilih lelaki yang dia mahukan. Namun hidupnya berubah apabila dia tiba-tiba berjumpa dengan lelaki idamannya di dunia realiti. Bagaikan mimpi jadi realiti.
Damian Akasyah seorang lelaki yang sangat tampan, tinggi, mempunyai tubuh badan yang segak dan kaya cukup memenuhi lelaki yang dia mahukan tetapi apakan daya Lylia seorang yang suka berfikiran sangat jauh, dia tak boleh menerima Damian kerana baginya Damian terlalu sempurna untuk dirinya.
Lylia akan selalu berfikir dia tidak cukup bagus untuk Damian kerana status dan penampilan dirinya tak sama level dengan Damian. Dia akan sentiasa berasa insecure dengan diri sendiri bila melihat orang yang cantik dan hensem. Lylia mengeraskan hatinya sendiri, dia tak nak buka pada sesiapa untuk sekali lagi kerana dia takut pada dirinya sendiri.
Lain ceritanya pula pada Damian yang perlahan-lahan mencintai Lylia tanpa dia sedar dan mahukan lakukan apa saja untuk dirinya. Obsesi terhadap Lylia mula menyelubungi dirinya. Sedikit demi sedikit Damian mula sedar akan Lylia yang menutup dan mengeraskan hatinya untuk dia. Dapatkah Damian mencairkan hati Lylia yang sejuk seperti Antartika? Dapatkah Lylia merasakan dirinya dicintai sekali lagi? Semuanya akan terjawab disini.
Please vote and share! Comment what you like about it 😉
~On going~
Update bila rajin. No deadline
TW! STRONG LANGUAGE BANYAK MENCARUT. ADA ADEGAN 18 KE ATAS!
Start: 9/4/2025
‼️SPOLIER‼️
Buku ini akan diterbitkan. Siapa yang suruh? Saya yang nak buat sendiri. Takkan dijual tapi kalau jual mungkin kena pre-order
❗TYPO ALERT❗
I'm too lazy to check back, so be smart and understand. If there is a typo and you don't understand, you can comment. Terima kasih kerana sudi bekerjasama.