favourites <3
9 stories
HIS GIRL | C by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 176,169
  • WpVote
    Votes 6,991
  • WpPart
    Parts 45
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea COMING SOON ♻️ TENGKU HAIYAN MIKAEL: HIS GIRL AFFAN HAQEEM: HIS LOSS FAIQ MUKHRIZ: HIS REFUGE TUAN MAHER RAEES: HIS SACRIFICE TUAN MAHER NADHIR: HIS PROMISE saya tak akan unpublish story ni, saya cuma buat story lain untuk setiap watak. tapi after saya siapkan story cinderella milik tuan ceo dulu. thank you🤍 start: 1/2024 end: 11/2025
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 36,896
  • WpVote
    Votes 3,182
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 || 𝐒𝐔 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 5,007
  • WpVote
    Votes 343
  • WpPart
    Parts 8
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟐 Hairiz Mikael adalah seorang lelaki yang dingin sama seperti ayahnya Haikal Rafael. Bertubuh tegap serta memiliki personalitinya jauh lebih berbeza dari Haikal. Hatinya yang beku itu mampu cair kerana seorang gadis kampung bernama Haliza. Nuraliza seorang gadis yang miskin terpaksa bergantung hidup pada abang kandungnya Damian yang dulunya bersikap baik terhadapnya. Akibat sesuatu peristiwa, hidup Haliza berubah apabila dia di tuduh pembunuh oleh abang kandungnya sendiri kerana dia penyebab mama kandung mereka mati sampai sanggup menjualnya di kelab malam. Siapa sangka disebalik kejadian kecil itu mampu mengubah nasib Nuraliza kerana dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menyelamatkannya. "Tolong saya encik." - Nuraliza "Aku beli dia." - Hairiz Mikael ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 4,141
  • WpVote
    Votes 1,419
  • WpPart
    Parts 11
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴... ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang jelita dan mampu memikat hati para jejaka dengan satu kali pandangan mata sahaja. Juga seorang gadis yang pernah percaya bahawa cinta itu abadi. Dia membina mimpi, dia menanam harapan, dia mencintai dengan seluruh jiwa. Namun, dalam satu hela nafas, kepercayaannya diruntuhkan. Dunia yang pernah berwarna kini kelam... 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang kacak dan juga dingin dengan gadis-gadis di luar sana. Siapa sangka, lelaki dingin ini juga mempunyai belahan jiwanya sendiri. Sejak zaman sekolah lagi, dia hanya memerhati Aisya dari jauh. Dia bukan jenis yang bersuara, tapi hatinya... penuh dengan kasih. Seorang lelaki yang nampak dingin di luar, tapi hatinya setia dan tulus - menunggu gadis yang tidak pernah hilang dari doanya. Malam reunion yang sepatutnya menjadi saksi bahagia bertukar menjadi malam luka. Satu gambar - cukup untuk meruntuhkan segala benteng hati Aisya. Dia melarikan diri, tenggelam dalam duka, mencari ruang untuk bernafas. Dan Haidar, bagaikan bintang yang enggan padam, tetap setia menerangi jalannya. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟 𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah hati yang retak dijahit semula dengan benang kasih? Atau adakah Aisya harus belajar melepaskan cinta yang ditulis di langit takdir? 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 ; 𝟐𝟔 𝐌𝐀𝐑𝐂𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐄𝐍𝐃 :
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 608,914
  • WpVote
    Votes 18,929
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 147,274
  • WpVote
    Votes 8,532
  • WpPart
    Parts 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
Fahrin Mikael: Love and Addiction (completed) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 1,894,047
  • WpVote
    Votes 188,428
  • WpPart
    Parts 78
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | 𝐂 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 310,034
  • WpVote
    Votes 20,797
  • WpPart
    Parts 36
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲  by Noodlesbelaik
Noodlesbelaik
  • WpView
    Reads 1,439
  • WpVote
    Votes 520
  • WpPart
    Parts 19
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 (New version of 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒎𝒖) 𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 Nur Nayla Nafisa hidup dalam dunia yang penuh dengan tuduhan dan rahsia yang gelap. Dituduh sebagai pembunuh keluarganya sendiri atau lebih tepatnya,pembunuh kepada abang kembarnya sendiri.Dia berdiri seorang diri, memikul beban yang tidak pernah dia pinta. Setiap langkahnya dipenuhi bayang-bayang dendam dengan kesunyian yang membelenggu hatinya. Tengku Aariz Welch, pewaris keluarga berkuasa dalam dunia yang gelap, sudah lama menyimpan rahsia di dalam hatinya. Dari saat mereka bertemu di sekolah menengah, Aariz telah terpaut pada Nayla - walaupun dia sering menyembunyikan rasa itu disebalik sikap dingin dan usikan manja. "Nak abang cakap jujur? Dari dulu abang dah simpan hati dekat awak. Tapi, awak ni degil sangat, selalu buat abang sakit kepala," Aariz selalu menyakat, sambil panggil Nayla 'sayang' dan 'cik kak', tapi siapa sangka, di sebalik usikan itu tersimpan kasih yang tulus. Ketika La Sombra Bianca - ubat misteri yang mengikat rahsia kelam Nayla sejak kecil - muncul kembali, mereka terjerat dalam permainan bahaya yang menguji cinta dan kepercayaan mereka. Nayla sering tertanya-tanya, kenapa Aariz masih memilih dia walaupun mereka sering bergaduh dan Aariz hampir menyerah. "Sebab, sayang... selagi hati abang pilih awak, awak je yang layak dalam hati abang. Bukan sesiapa pun," Kata Aariz dengan lembut dan matanya penuh harapan. Mampukah mereka berdua bertahan di tengah badai rahsia dan luka? Atau melodi indah itu akan terhenti sebelum sempat menjadi sebuah lagu cinta abadi? "Sayang, jangan lari dari abang. Dalam dunia gelap ini, awak adalah melodi terindah yang tak pernah saya sangka saya akan temui."