Dluluza_'s Reading List
23 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 386,246
  • WpVote
    Votes 22,447
  • WpPart
    Parts 48
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 408,148
  • WpVote
    Votes 31,000
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Hayya & Larlaith by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 8,372
  • WpVote
    Votes 544
  • WpPart
    Parts 15
Hayya tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Larlaith di Stanford University akan mengubah seluruh dunianya. Mereka bermula sebagai dua insan asing yang berbeza latar belakang dan berbeza kepercayaan namun menemukan keserasian yang tidak pernah mereka cari selama ini. Semakin mereka mengenali satu sama lain, semakin sukar untuk menafikan perasaan yang tumbuh antara mereka. Namun cinta tidak selalu bermaksud memiliki kerana di antara Hayya dan Larlaith, ada satu garisan yang tidak boleh dilanggar dan akhirnya mereka harus memilih antara mengkhianati satu sama lain atau mengkhianati agama mereka.
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 724,401
  • WpVote
    Votes 14,900
  • WpPart
    Parts 55
Tengku Ian Mikael | Nur Izzah Raihana Start: May 2024 End: August 2024
𝐌𝐫𝐬 𝐀𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐙𝐚𝐟𝐟𝐫𝐚𝐞𝐥 | EDITED VERSION C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 302,909
  • WpVote
    Votes 6,475
  • WpPart
    Parts 40
Tengku Ayden Zaffrael | Aisha Aireen
MY GREY GUY by adawiyahasmadi
adawiyahasmadi
  • WpView
    Reads 2,183,302
  • WpVote
    Votes 57,686
  • WpPart
    Parts 58
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) FIRST BOOK! -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadis-gadis di luar sana jatuh hati kepadanya. Bagaimana tidak kalau wajah kacukan perancis dan melayu itu menjadi tatapan mereka. Paling istimewa ialah matanya yang berwarna kelabu menjadi tumpuan orang ramai. Kaya ? Hanya petik jari terus dapat apa yang dia mahukan. Nama pun CEO kan ? MADIENA DELISHA seorang gadis yang hanya berasal dari kampung. Seorang yang lemah lembut dan yang paling tidak terduga perangai polosnya. Hanya seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gadis kampung ini untuk menampung kehidupan sehariannya. ... Bang ! Bang ! Bang ! Siapa sangka wajah kacak itu mempunyai sisi gelap yang amat menakutkan. Hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu. "I will not let go of those who have touched what should be mine.." - Luth Aelden Evrard. "I-I'm sorry.." "Kepala bapak kau sorry !" -Henry Dzakwan. "Bapak dia dah mati lah Henry.." -Aryan Gilbert. "Dia dah mula dah.." -Felix Adry. "Stupido.." -Markuez Raymond. Bang ! Bang ! Bang ! ... ⚠️ karya tersendiri. ⚠️ siapa copy esok santau aku sampai. ⚠️ tak ada watak GAY dalam cerita ni tau, baca dulu baru judge :)
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 739,828
  • WpVote
    Votes 22,740
  • WpPart
    Parts 28
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 671,978
  • WpVote
    Votes 32,865
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 385,994
  • WpVote
    Votes 13,958
  • WpPart
    Parts 47
[1st story] RAYYAN ADYAN x NAYLA ALEENA Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" HARITH "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." RAYYAN ADYAN Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." Rayyan Adyan Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
IMPERFECT MEMORY (COMPLETED) by LiyaaLyn
LiyaaLyn
  • WpView
    Reads 105,291
  • WpVote
    Votes 5,353
  • WpPart
    Parts 71
UNEDITED VERSION !!! warning : messy structures, cringe and typos everywhere. Aza Qarizh x Nurain Medina "Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?" Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu terlebih dahulu pergi menghadap ilahi. "Who are you?" - Nurain Medina. "Who am I?" - Aza Qarizh. Munculnya lelaki bernama AZA QARIZH membuatkan perasaan Nurain Medina berbelah bahagi terhadap Qash Arsyad Ikhtiari. Dengan sifat dingin dan melindungi Nurain Medina membuatkan gadis itu merasakan sesuatu di dalam hatinya. "I am Aza Qarizh." Aza Qarizh. Seorang lelaki yang tidak dikenali meminta bantuan Medina untuk pulihkan ingatannya. Tapi, mana mungkin? Mereka langsung saling tidak mengenali apatah lagi memori bersama. "Mustahil kau tak kenal aku. Kalau tak macam mana gambar kau boleh ada dalam phone aku?" -Aza Qarizh "Tapi itu tidak bermaksud yang dulu kita kenal satu sama lain!" -Nurain Medina Bengang dengan Qarizh yang keras kepala, Nurain Medina tekad untuk membantu walaupun dia masih buntu dengan cara apa yang harus dia pakai untuk pulihkan ingatan lelaki itu. Bermula atas dasar niat untuk menolong beralih menjadi sepasang suami isteri yang saling mencintai. Saat hati saling memerlukan, ikatan janji terlakar. "Janji jangan tinggalkan Medina?" "Aku janji." Janji telah dimetrai. Namun siapa sangka sebelum ini sebenarnya lelaki itu telah bekeluarga! Sudah mempunyai seorang isteri yang dia tidak tahu dimana keberadaan isterinya sehingga bertekad untuk tinggalkan Nurain Medina. Dunia kejam? Kerana ini hanya tempat persinggahan sementara kawan. Start: 221222 End: 041125 cover by : @tsweetestrain #1 in action - 11/3/2025 #1 in love - 18/3/2025 All right reserved © LiyaaLyn