adamcyborg2007's Reading List
3 stories
𝐇��πˆπ’ π‹πŽπ•π„π‹π˜ 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑 | 𝐂 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 23,371
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 26
Jelita Nurabella bukan wanita yang mudah ditakluki . Bibirnya manis menutur kata , tetapi hatinya bagai tembok yang tidak bisa dirobohkan . Raja Aqeel , lelaki yang dingin dan penuh misteri , datang menghampirinya , menyusun langkah demi langkah untuk menakluknya . Namun , Jelita bukan wanita yang mudah tunduk pada pesona seorang lelaki , apatah lagi lelaki seperti Aqeel yang seakan memiliki dunia di genggamannya . Dia jual mahal , berpaling setiap kali Aqeel cuba mendekat . Hatinya sudah berikrar , dia tidak akan jatuh semudah itu , tidak akan menjadi seperti wanita lain yang tersungkur di hadapan pesona Raja Aqeel . Namun , lelaki itu tidak pernah mengenal erti putus asa . Dalam diam , dalam lirikan yang penuh makna , dalam tutur kata yang sering membuatkan dadanya bergetar tanpa sedar , Aqeel terus menyerang pertahanan yang dia bina sekian lama . Dan tanpa dia sedar , hatinya mulai retak . Dalam detik yang tidak dirancang , dalam renungan yang terlalu dalam , dia jatuh . Perlahan-lahan , keangkuhannya runtuh , digantikan dengan debaran yang tidak mampu dia dustakan lagi . Namun , apabila cinta hadir , hadir pula ketakutan yang lebih dahsyat , takut kehilangan . Jika dahulu dia percaya dia mampu pergi tanpa menoleh , kini setiap langkahnya hanya mahu menuju ke arah lelaki itu . Raja Aqeel , yang dahulunya hanya permainan dalam rencana hidupnya , kini menjadi satu-satunya lelaki yang dia ingin genggam selamanya . "i love you , mio universo," bisik Raja Aqeel di telinganya , dan pada saat itu , Jelita tahu , dirinya bukan lagi seorang wanita yang berdiri teguh melawan cinta , tetapi seorang wanita yang akhirnya menyerah kepada lelaki yang dia cuba tolak selama ini . NOTE !! > no copy !! > segala kesalahan bole pm !! > no hating allowed !! > spam auto block !! song : Kisah Cinta Kita - Hafiz suip
UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook] by lunariaa99
lunariaa99
  • WpView
    Reads 2,394
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 9
Jodoh itu aturan DIA. Uthman Yunus tak pernah menyangka zaman bujang dia akan berakhir dengan seorang gadis yang jelas sudah 'rosak' maruahnya. Namun kerana mimpi, Uthman anggap ada asbab Allah SWT temukan mereka berdua. Malam itu, Uthman Yunus antara saksi yang menangkap Yuhara berkhalwat dengan teman lelakinya. Disebabkan perbuatan itu, Yuhara mula menyimpan dendam terhadap Uthman. "Kalau bukan sebab kau, ayah takkan buang aku. Kau punca aku kena tangkap khalwat malam tu. Sekarang ni aku dah mengandung. Ayah dah buang aku. Iqram pula dah lari. Siapa yang nak bertanggungjawab??" - Yuhara "Saya, saya yang akan bertanggungjawab. Berubahlah, Yuhara. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk awak." - Uthman Yunus Uthman hulurkan tangan waktu Yuhara dalam kesusahan. Namun bukan semudah itu untuk Yuhara padamkan dendam dalam hatinya. Sementelah usia dia baru 18 tahun. Hati dia kuat memberontak ketika ini sehingga dia nekad mahu membakar rumah Uthman Yunus. "Umi ustaz dah dikejarkan ke hospital. Api dah berjaya dipadam, mujurlah tak merebak jauh. Cuma umi ustaz mengalami sesak nafas. Kecederaan pada kaki juga agak teruk. Ustaz doa banyak-banyak ya? Moga-moga umi ustaz selamat." - Ismael Nyawa Puan Aisyah jadi taruhan. Namun tiada sesiapa yang mampu menjadi saksi kejadian. Perbuatan terkutuk Yuhara masih menjadi rahsia. Saat itu juga kesal hadir menjelma dalam hati seorang Yuhara. Tambahan pula dia tahu, Puan Aisyah disahkah lumpuh gara-gara terjun menyelamatkan diri ketika rumahnya sedang terbakar.
Aku Yang Salah [EDITING] by Nyctophiliatbh
Nyctophiliatbh
  • WpView
    Reads 213,105
  • WpVote
    Votes 3,661
  • WpPart
    Parts 74
π€πŒπŒπ€π‘ π™π”π‡π€π˜π‘ - "Pembunuh macam kau tak layak untuk mengemis cinta dan kasih sayang dari aku. Kau yang patut mati bukan Irina. Mereka disatukan bukan atas cinta tetapi kerana dendam dan kebencian yang sudah lama membara dalam relung hati. Perkahwinan dia dambakan memberi kebahagiaan hanyalah satu jerat sengsara yang perlahan-perlahan membunuh jiwa. Bagaimana Ammar hendak menerima Hadeeqah sedangkan hatinya masih bertaut setia pada Irina. Sulit untuk melepaskan pemergian Irina dengan ikhlas. Umpama bersangka buruk pada suratan takdir yang telah merampas separuh nyawanya pergi. 𝐇𝐀𝐃𝐄𝐄𝐐𝐀𝐇 πˆπ‹π˜π€ππ€ - "Sampaikan cinta awak kepada wanita yang akan bahagiakan awak selepas ini". Tanpa sedari hubungan mereka terlalu hancur dimana gadis itu terpaksa menerima segalanya. Bagaimana mungkin kita jatuh cinta namun tidak ditakdirkan untuk bersama kerana cinta itu tidak seharusnya memiliki. πŸ“ŒMy own idea πŸ“Œ No plagiarism πŸ“ŒRekaan semata-mata