lusyayangg's Senarai Bacaan
3 stories
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026) by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 1,252,029
  • WpVote
    Votes 38,938
  • WpPart
    Parts 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahun tanpa khabar, mereka bertemu kembali. Aryssa cuba melarikan diri dari lelaki itu kerana terasa jauh jurang pencapaian hidup mereka berdua. 'Jom jadi isteri aku Aara.' Satu ajakan gila dari lelaki yang dahulunya beku, tetapi kini sudah berubah 360 darjah. 'Aku rasa, kita tak boleh teruskan pertunangan ni Ad.' Terungkainya satu rahsia di sebalik kisah silam Ku Adlee Raiz dan Aara Aryssa. Membuatkan Aryssa tidak yakin akan hubungan yang bakal dibina. 💚 Ku Adlee Raiz - Green flag hero, soft spoken, manja dan clingy! 🤍 Aara Aryssa - Independent girl, soft yet strong. ***** 🌼 Konflik ringan & happy ending. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Mana saya tanda (MC) di tajuk bab, itu bukan medical cert ya. Tapi Mature Content. Tak lah mature sangat tapi saya hormat pembaca yang mungkin baru bersekolah ketika ini? Hahaha! 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita pertama saya, please go easy on me! 🌼 Maafkan saya kalau cerita ni panjang sangat. Kalau bosan, sila pergi dari sini. Tapi harap tak bosan haha
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 833,395
  • WpVote
    Votes 29,592
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐢𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 ( 14/12/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐛𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 ( 24/7/2023 ) 🥉 Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞