✦ second chance romance
2 stories
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,756
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 3
[4th romance] Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula.
When We Meet Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 387
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 1
[5th romance] Stand Alone: Prekuel & Spin Off Nea Dasha terjaga dari koma dengan ingatan yang terpadam. Dia keliru, hilang arah, dan hanya mampu berpaut pada cebisan memori yang masih bersisa. Satu hal yang pasti, lelaki bernama Tengku Raykarl tidak mungkin ada tempat dalam hidupnya. Dia tahu, lelaki itu pernah menghancurkan hatinya demi sebuah taruhan. Namun kenyataan di hadapannya begitu berbeza. Raykarl kini berdiri di sisi, menjaga tanpa lelah, dan... mengaku sebagai suami. Mustahil. Mustahil dia akan mengikat janji seumur hidup dengan lelaki yang suatu ketika dahulu mempermainkan cintanya. Tetapi semakin hari, semakin sukar untuk Nea menolak kehadiran Raykarl. Ada kesungguhan yang tulus, ada penyesalan yang dalam, ada cinta yang seolah-olah tak pernah padam. Di antara luka lama yang menghantui dan peluang baru yang menuntut untuk dipercayai, Nea harus memilih dan membuka hatinya semula kepada lelaki yang pernah memusnahkannya, atau terus hidup dalam bayangan silam yang tak berkesudahan.