Pelan Series
2 stories
Pelan Dendam #2 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 5,634
  • WpVote
    Votes 713
  • WpPart
    Parts 18
Pelan Series #2 Tengku Tisha Eleena tidak pernah percaya pada kebetulan. Tetapi dia percaya pada Reeza Arfan. Dan itulah kesilapan paling mahal dalam hidupnya. Sejak pertemuan mereka di dalam gerabak Orient Express, hinggalah ke hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari paling bermakna buat dirinya, Tisha tidak pernah menyedari satu perkara. Setiap senyuman lelaki itu. Setiap perhatian kecil yang tidak pernah dimintanya. Dan setiap kata-kata yang diam-diam membuatkan dadanya sesak dengan perasaan yang sukar dijelaskan. Semuanya telah dirancang dengan terlalu teliti oleh Reeza. Tisha menikahinya kerana terdesak. Reeza pula menikahinya kerana sebuah rancangan. "Selagi aku ni suami kau, aku akan pastikan perkataan bahagia tak pernah wujud dalam hidup kau." - Reeza Arfan Saat lafaz akad diucapkan, satu pihak sedang meraikan kemenangan dalam diam. Manakala satu pihak lagi baru menyedari bahawa jalan untuk berpatah balik sebenarnya sudah lama tertutup, tanpa dia sedar sejak bila semuanya bermula.
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 160,898
  • WpVote
    Votes 12,386
  • WpPart
    Parts 45
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."