og books
4 cerita
1 | Aayden's Amore [ EDITING & SLOW UPDATE ] oleh Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Membaca 595,051
  • WpVote
    Vote 4,054
  • WpPart
    Bab 9
[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pendiam. Camelia Razqya hidup bersama nenek setelah kehilangan kedua orang tuanya. Dia menyangka nenek menyayangi dan akan menjaganya dengan baik. Tetapi tidak. Hidupnya tersiksa apabila dijadikan orang gaji oleh neneknya sendiri. Dia kekal bertahan kerana perasaan sayang terhadap neneknya melebihi segalanya. Lagipula, dia tiada siapa-siapa selain Puan Khadijah. Dia kekal bertahan sehingga ... "Mulai harini, kau keluar dari rumah ni! Aku dah tak nak jaga kau lagi, menyusahkan aku je." - Puan Khadijah "Kenapa nenek buat Camelia macam ni nek, apa salah Camelia dekat nenek? Camelia pun sayang ibu dengan ayah. Camelia pun taknak diorang tinggalkan Camelia nek hikss..." - Camelia Razqya Namun Camelia merasa sedikit lega apabila Auliya membawanya untuk tinggal bersama. Pertemuan kali pertama bertentang mata dengan Aayden Nadhif merubah segala-galanya. Walaupun Aayden seorang yang beku dan kasar, Camelia bersyukur kerana Aayden tidak pernah berkasar dengannya. Sikap gelabah dan comel Camelia Razqya membuatkan Aayden angau sendirian. Dia yang tidak pernah jatuh cinta kepada mana-mana perempuan merasa sedikit terusik apabila melihat wajah cantik dan polos Camelia. "Saya tak layak untuk tuan Aayden, saya pembantu rumah je." - Camelia Razqya "Ada aku suruh kau jadi pembantu rumah ke? Aku suruh kau jadi suri rumah aku je, little pumpkin." - Aayden Nadhif Bagaimanakah lelaki beku ini ingin menambat hati gadis polos? Mampukan Aayden mengembalikan senyuman manis di bibir Camelia seperti dahulu? Mature content Harsh words Not a mafia story ‼️
ONTI GUN : MILIK UMAN oleh Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Membaca 22,313
  • WpVote
    Vote 2,377
  • WpPart
    Bab 34
Anggun Baiduri x Qief Al Hakim [ COMPLETE : BACAAN AWAL ] Kehilangan cinta pertama bukanlah perkara yang mudah untuk Qief lupakan. Tambahan pula, Siti Humairah pergi meninggalkannya setelah berjuang melahirkan zuriat sulung mereka, Nu'man Al Fateh. Qief makan masa hampir 3 tahun untuk pulih dari luka lalu. Kini tanggungjawabnya ialah membahagiakan Nu'man. Namun permintaan Nu'man padanya kali ini membuat Qief termenung sendirian. "Uman nak Onti Gun jadi mama Uman." - Nu'man. "Jangan nak merepek, Nu'man Al Fateh." - Qief Mampukah Anggun menjentik hati Qief yang sudah beberapa tahun tertutup rapat? Doakan lulus penilaian, ada rezeki kita jumpa kita versi novel ✨
Holy Dragon: Unbroken Bonds oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 15,970
  • WpVote
    Vote 1,384
  • WpPart
    Bab 3
Holy Dragon: Unbroken Bonds bukan sekadar kisah pertarungan fizikal, tetapi pertarungan emosi, prinsip dan kepercayaan. Bila dunia sudah tidak mengenal kebenaran, mampukah mereka kekal berdiri sebagai satu keluarga... atau akan hancur bersama rahsia yang selama ini mereka lindungi? Di bawah pimpinan Tengku Adrean Ruiz, organisasi ini bukan sekadar pengedar senjata sah. Mereka adalah penjaga kepada keseimbangan dunia gelap yang beroperasi di antara undang-undang dan kehancuran. Dalam dunia yang tak mengenal belas kasihan... hanya satu perkara yang membezakan mereka daripada musuh, iaitu kesetiaan yang tidak boleh dijual beli. "Don't ask if I'll protect them. Ask yourself what happens if I don't." -Tengku Adrean Ruiz, Joven Maestro "Mess with my brothers, and I won't throw warnings...only knives." - Tengku Daniel Louis, Knife Thrower "I laugh, I joke, I kill. Not always in that order." - Megat Hafiz, Assassin "In silence, I watch. In precision, I strike."- Thariq Ridzuwan, Demonio "You can hack the system. But you can't hack loyalty." - Ir Haider, Hacker "I may be the youngest. But I shoot to protect what they built." - Kevin Kyle
𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 { 𝗢𝗚 } oleh thenrrasya
thenrrasya
  • WpView
    Membaca 9,910
  • WpVote
    Vote 409
  • WpPart
    Bab 52
SINOPSIS Dia bukan gadis biasa. Dan aku... bukan lelaki yang waras. Bermula dengan satu pandangan, aku tahu-aku mahukannya. Bukan sebagai kekasih, bukan juga sebagai isteri... tapi sebagai milikku sepenuhnya. Atheera, gadis pendiam yang selalu duduk di baris belakang kelas. Tiada siapa peduli tentangnya, kecuali aku. Dalam diam, aku perhatikan setiap gerak-gerinya. Dan bila dia mula rapat dengan lelaki lain... aku tahu, aku perlu bertindak. Bagi dunia, aku pelajar cemerlang. Tapi dalam fikiranku, aku cipta dunia di mana hanya ada aku dan dia. Dan sesiapa yang cuba masuk, akan lenyap. Ini bukan kisah cinta. Ini kisah obsesi, kegelapan, dan keinginan yang tak pernah ada batas. Dan aku akan pastikan, dia hanya akan jadi milik aku. Sampai mati. Di balik senyuman manis dan kehidupan mewah, tersembunyi rahsia yang gelap dan obsesi yang mematikan. Dia hanya ingin memiliki hatinya, tapi obsesi itu membawa lebih dari sekadar cinta - ia menuntut seluruh jiwanya. Dalam dunia di mana kuasa dan nafsu bertembung, dia tidak akan berhenti sampai wanita itu menjadi miliknya sepenuhnya. Namun, hati yang dikejar bukanlah mudah untuk ditakluk. Ada rahsia, pengkhianatan, dan dendam yang tersembunyi di balik setiap langkah mereka. Ketika cinta berubah menjadi permainan berbahaya, di mana setiap senyuman boleh menjadi tipu daya, dan setiap janji membawa pengkhianatan, siapa yang akan bertahan? Adakah obsesi mampu membawa kebahagiaan, atau hanya kehancuran? Novel version coming soon ❤ Start : 21/8 /2025 ✨ End : idk la