aya_71011
Alya Adriana pernah menjadi anak kesayangan keluarga. Namun segalanya berubah sejak kelahiran adiknya, Mia. Dari seorang anak yang disayangi, Alya mula dipinggirkan, seolah-olah kewujudannya tidak lagi penting.
Masa kecilnya dipenuhi bahagia namun masa dewasa dipenuhi sunyi dan luka. Alya membina hidup sendiri sebagai seorang business woman. Dia percaya kejayaan mampu menutup rasa ditolak oleh darah daging sendiri.
Namun, takdir sekali lagi mengujinya.
Satu fitnah kejam menjatuhkan maruahnya apabila dia ditangkap basah bersama seorang lelaki yang paling dibencinya - Faleeq, bekas pembuli semasa sekolah rendah. Demi menjaga nama keluarga, Alya dipaksa berkahwin dengan lelaki itu.
Dalam hidupnya, Alya hanya mempunyai lima orang sahabat sejati Salah seorang daripadanya ialah Tengku Mikail, lelaki yang diam-diam mencintainya sejak sekian lama. Namun cinta Mikail terhalang oleh takdir apabila Alya dirampas oleh Faleeq.
Kemuncak deritanya berlaku apabila Alya kehilangan cahaya matanya - kandungan yang dinanti tidak sempat melihat dunia. Hancur hatinya, musnah seluruh harapannya.
Dalam kesakitan dan kecewa, Alya menghilangkan diri. Dia menyekat semua orang daripada hidupnya, memilih untuk lenyap daripada dunia yang tidak pernah memilihnya.
Kehilangannya membuatkan semua tersedar. Keluarga dan lelaki yang pernah menyakitinya mula mencari Alya. Penyesalan hadir terlalu lewat, saat mereka sedar gadis yang selalu mereka abaikan itu sebenarnya adalah insan yang paling setia menunggu kasih sayang.
namun semuanya sudah terlambat...
AMARAN BIJAK MEMILIH BACAAN NOVEL INI
MENGANDUNGI UNSUL UNSUL DEWASA AND KEKERASAN.