Teha🟧🟧🟧🟧
102 stories
[SU] BUKAN UNTUK DICINTAI. por celestialunee
celestialunee
  • WpView
    LECTURAS 29,993
  • WpVote
    Votos 2,690
  • WpPart
    Partes 52
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐁𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐈𝐀. ❴ THIRD BOOK OF HER SERIES, #3 ❵ ❛ Mencintai dengan harapan untuk dicintai. ❜ 𝑲𝒂𝒓𝒍𝒂 𝒀𝒂𝒔𝒎𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒂𝒖𝒓𝒆𝒏𝒕. Kisah lalunya tidaklah secantik wajah jelitanya. Anak perempuan tunggal kesayangan orang tua, Karla hidup dalam kemewahan serta bertuhankan ego. Penting diri juga narsistik. Terlalu banyak dosa lampau dan aib yang mahu dia kuburkan. Namun, syukur saat tuhan hadirkan satu demi satu sahabat dunia akhirat yang mampu menerima serta menyayanginya lebih dari masa lalunya. 𝑬𝒎𝒚𝒓 𝑵𝒂𝒖𝒇𝒂𝒍. Jejaka yang hidupnya penuh dengan penyesalan. Menyesal kerana tidak mampu menyelamatkan siapa-siapa sahaja yang dia sayangi. Seperti disumpah, siapa-siapa sahaja yang menjadi tempat nyamannya akan segera menemui ajal. Sehingga Emyr lelah dengan kehidupan dan memilih untuk membawa halu tuju sendiri. Tanpa mencari mana-mana tempat sandaran. ❛ A broken woman know how to love, but not who to love. A broken man know who to love, but not how to love. ❜ - LA DOULEUR EXQUISE. ❴ The heart-wrenching pain of wanting the affection of someone unattainable. ❵ © 2024 Villainalana 𝗔𝗹𝗹 𝗥𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗿𝘃𝗲𝗱
[C] DERITA YANG KAU BERI. por celestialunee
celestialunee
  • WpView
    LECTURAS 243,076
  • WpVote
    Votos 8,491
  • WpPart
    Partes 70
⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE SECOND OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia ditindas namun dia juga memilih untuk membidas. Elvina mampu bahagia namun dirinya sendiri yang memilih untuk hancurkan segalanya. وَاصْبِرْ فَاِنَّ اللّٰهَ لَا يُضِيْعُ اَجْرَ الْمُحْسِنِيْنَ 11:115. Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan. ━━━━━━━ ✿ ━━━━━━━ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂 & 𝑬𝒔𝒉𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒌𝒉𝒂𝒚𝒍 𝑭𝒂𝒕𝒆𝒉 𝑹𝒂𝒚𝒉𝒂𝒏 & 𝑾𝒂𝒓𝒅𝒂 𝑻𝒉𝒂𝒍𝒊𝒂 ━━━━━━━ ✿ ━━━━━━━ 𝗽𝘂𝗯𝗹𝗶𝘀𝗵 : 22 september 2022 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 : 19 September 2022 𝗘𝗻𝗱 : 27 December 2023 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : Completed © 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗟𝘂𝗻𝗮 𝗔𝗹𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗹𝗹 𝗥𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗿𝘃𝗲𝗱 #1 in revenge - 29 october 23 #19 in revenge - 22 february 24
TENTANG KITA - REVAMP (C) por snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    LECTURAS 780,754
  • WpVote
    Votos 31,079
  • WpPart
    Partes 56
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED] por SidMedea
SidMedea
  • WpView
    LECTURAS 509,793
  • WpVote
    Votos 15,542
  • WpPart
    Partes 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apalagi jika sebahagian keluarganya menyisihkannya. Berbagai cara dia lakukan, tidak lupa juga berdoa kepada Allah SWT untuk membuka pintu hati keluarganya supaya menerima dan memaafkan dirinya. Kesalahan itu bukanlah kesalahan yang dia lakukan tetapi dia di fitnah. Namun, keluarganya sukar mahu mempercayai lagi-lagi dengan bukti yang kukuh menunjukkan dia adalah si pelaku itu. Namun dia seorang lelaki yang sabar dan penuh tekad untuk mengharungi ujian itu. Biarlah dia terjatuh banyak kali, selagi dia mampu berdiri kembali, dia akan berdiri. Dia akan bangkit. Dia akan harungi ujian itu.
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED] por SidMedea
SidMedea
  • WpView
    LECTURAS 215,352
  • WpVote
    Votos 6,391
  • WpPart
    Partes 58
"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik. " Ujar Yuzma bila sampai dibilik kecemasan. Tangannya laju mencapai kapas yang telah jururawat sediakan. Luka dibahagian dahi pesakit itu dikesat dengan kapas. Doktor yang bertugas dengannya mengambil alih dibahagian kaki mangsa tersebut yang patah. Kening Yuzma berkerut bila pesakit itu tidak merasai apa-apa kesakitan tapi mata pesakit itu begitu ralit merenungnya. Alat bantuan pernafasan dipakaikan ke mulut pesakit tersebut. "Doktor cantik.... " Yuzma terhenti. Pesakit itu dipandang. Matanya merenung wajah pesakit itu yang mulai memucat. Bacaan yang terpapar pada skrin monitor ditepi katil mulai menurun membuatkan Yuzma dan rakan sejawatnya haru biru. "Mangsa tak sedarkan diri! " Tidak sampai beberapa saat, bunyi bingit mulai kedengaran. Doktor Yuzma kalut bertindak pantas menyelamatkan nyawa pesakit itu sambil dibantu rakan sejawatnya dan beberapa orang jururawat.
Langit Senja Kita | C por theamandaa
theamandaa
  • WpView
    LECTURAS 7,230
  • WpVote
    Votos 372
  • WpPart
    Partes 59
1st Our Twilight Sky ✨Arden x Amanda✨ Arden Mikael, anggota pasukan elit VAT69, kembali ke bandar asalnya selepas satu operasi berisiko tinggi. Di situ, dia bertemu semula dengan Alya Amanda, tukang masak dan pelayan restoran yang menjadi tempat persinggahannya setiap kali pulang. Di tengah langit senja yang indah, dua dunia berbeza bertemu - dunia penuh disiplin dan misi rahsia, dan dunia sederhana yang dipenuhi aroma masakan dan senyuman tulus. Namun ketenangan itu diuji apabila sebuah ancaman misteri menggugat keamanan bandar mereka. Arden terpaksa memilih antara tugas menjaga negara dan keinginannya melindungi Amanda. Bersama-sama, mereka belajar bahawa keberanian bukan sekadar menentang bahaya, tetapi juga berani mempercayai harapan. --------------------------------------------------- Alya Amanda, ialah seorang yang baik hati, lemah lembut dan sikap polosnya. Dia seorang pekerja pelayan dan tukang masak di sebuah restoran kecil milik keluarganya. Arden Mikael, ialah seorang yang dingin, tegas dan berani dalam setiap perkara yang dilakukannya. Dia adalah seorang anggota Polis dibahagian VAT69. --------------------------------------------------- ⚠️ Segala watak, tempat, dan peristiwa adalah rekaan penulis semata-mata. Sebarang persamaan hanyalah kebetulan. Jika mendapat kesalahan bahasa ataupun rasa cringe saya minta maaf sebab saya baru permulaan menulis karya ini, jgn lupa vote dan share tau tq. Dilarang plagiat atau ss sebab semua ini idea daripada saya sendiri. Start : 20/9/2025 End : 20/10/2025
[C] I'm yours?  por NahilahBadriyah
NahilahBadriyah
  • WpView
    LECTURAS 151,656
  • WpVote
    Votos 1,904
  • WpPart
    Partes 26
Satu kejadian yang tak pernah disangka berlaku. Mengapa atau siapa puncanya tidak diketahui. Kejadian yang mengubah segalanya. Dari si periang kepada si penggemar setia air mata. Datang sinar membangkitkan semangat tanpa dia sedari. Namun kongkongannya itu agak merimaskan. "Tak baik ingkar..." "Dengar cakap saya..." "Jangan!" "Kan saya dah cakap." "Tak boleh." "You are mine! So listen!" Rahsia besar yang tersimpan. Tanpa diduga kejadian berulang namun ini memang takdir. Benarlah segala yang berlaku ada hikmah... Kebahagiaan mula dikecapi. Namun kekalkah ia tanpa kejujuran sepenuhnya? Kisah suka... "Cantik tak yang ni?" satu gelang perak berbunga sakura ungu diangkat. Ringkas tapi elegan. "Cantik. Untuk siapa?" Iqbal hanya tersengih. "Kekasih Halal saya." Kisah duka... "Tapi janganlah hukum Bella macam ni. I just want both of you back. That's all, please... " makin lebat pula air mata yang turun. Mungkin sedikit tawa? "Uish kak chik. Kita main ikan esok eh? Lagipun adik tak ada ringtone bunyi ikan. Cengkerik, katak ada tapi takut ikan makan telefon adik." Hazim menjawab sambil bermain ciku cak dengan ikan. Tak sangka ikan tu layan dia. Eh, dia sorok belakang batu tapi sorok kepala je. Ingat badan dia slim kot? Start : Err one day from 365 days in 2019? End : September 20, 2020 Nota tapak kaki : Cerita ni cringe skala 10, pelik, idk how to describe. Cerita ni sangat terpaling tak diterima kalau masuk twitter kena kecam. Tapi ini cerita pertama saya jadi saya biarkan di sini sebagai kenangan☺️
Aryanna Sufya por _unniesab_
_unniesab_
  • WpView
    LECTURAS 42,329
  • WpVote
    Votos 1,275
  • WpPart
    Partes 45
Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup Aryanna tak keruan. Lebih memeritkan, pertemuan itu berlaku kerana adiknya. "Akak. Kenalkan..Ferhat. Ferhat Qushairi." - Zehra Wajah yang tak ingin diingat kembali, kini muncul semula di depan matanya. Kisah lalu mula bermain di fikirannya. "Aryanna...awak ke tu?" - Ferhat Qushairi "Awak pernah cakap yang awak tak nak tengok saya lagi. Kenapa sekarang awak datang cari saya?" - Aryanna Sufya Keadaan telah mengubah segalanya. Begitu juga dengan perasaan Ferhat terhadap Aryanna. Wajah yang dulu dibenci, kini bertukar menjadi wajah yang paling dirindui. "Saya sedar...yang saya dah mula cintakan awak." - Ferhat Qushairi Apabila hati mula memilih, muncul pula sang jejaka yang tidak disangka-sangka ingin menyunting Aryanna sebagai isteri. "Anna.. Awak ingat lagi kan, janji saya? Saya akan kahwini awak, bila saya balik Malaysia." - Iqram Asfad Kehadiran Iqram telah membuatkan Aryanna keliru. Dia perlu memilih antara lelaki yang pernah dicintainya atau lelaki yang sedang mencintai dirinya. Bagaimana pula nasib Zehra, setelah kisah cinta mereka terungkai? Dapatkah Ferhat mengejar cinta Aryanna atau sebaliknya?
Dia, Mimpi Sempurna (Completed) por evelleyren
evelleyren
  • WpView
    LECTURAS 61,267
  • WpVote
    Votos 2,274
  • WpPart
    Partes 55
Aleia Irdina seorang anak tunggal yang sentiasa dengar permintaan mamanya. Bagi Leia, mama adalah kunci syurganya. Mama jugalah segala-galanya buat Leia. Jadi dia harus sentiasa membahagiakan mamanya. Sehingga diminta kahwin dengan pilihan Puan Lailatul juga, Leia masih turuti walaupun dia terpaksa. "By hook or by crook mama nak Leia kahwin dengan anak kawan mama."- Puan Lailatul. Begitulah sifat Puan Lailatul. Tegas. Namun dia masih seorang yang penyayang kerana Leia adalah satu-satunya harta yang paling beharga arwah suaminya tinggalkan untuknya. Dia juga kadang kala sebersalah mahu menyuruh anaknya turut segala permintaannya. Namun dia juga terpaksa. Demi kebaiakan Aleia. "Mama! Habis kalau Leia tak berkenan, Leia boleh putuskan pertunangan? Tapi rasanya takkan boleh kan. Mesti mama dah atur majlis kahwin untuk Leia pula selepas ini."- Aleia Irdina Dijodohkan dengan Umar Arshah, iaitu jejaka yang pernah dia selamatkan. Tidak Leia menyangka yang mamanya menjodohkannya dengan Shah. Leia pada awalnya memang telah jatuh suka dengan perangai Shah ketika kali pertama mereka bertemu. Dan takdir menemukannya kembali. "Leia berkenan dengan pilihan mama. Boleh cepatkan sikit tak majlis kahwin Leia?"- Aleia Irdina Namun setiap hubungan yang tercipta pasti bakal ada badai yang melanda. Tatkala rahsia yang disimpan oleh Shah tersingkap. Leia ragu-ragu dengan takdir hidup yang dia pilih. "Pergilah kejar bahagia awak sendiri." - Umar Arshah. Benarkah pilihan mama menjadikan Umar Arshah sebagai suaminya? Leia sendiri keliru. Apakah bahagia yang Leia cari? Nantikan kisah perjalanan hidup Aleia Irdina dan Umar Arshah dalam coretan "Dia, Mimpi Sempurna".
FOREVER YOURS por MissAnthrophobia
MissAnthrophobia
  • WpView
    LECTURAS 206,949
  • WpVote
    Votos 4,953
  • WpPart
    Partes 89
Kerana sikap ego dan pentingkan diri papanya, Natasha Alaia membesar dalam keluarga yang tidak sempurna. Kematian Puan Sharifah, mamanya memberikan satu impak besar kepada dirinya. Pertemuan semula dengan Uncle Ian kesayangannya memberikan satu sinar di hidupnya. Ian Iskandar yang handsome, caring, protective, dan sweet nak mampos. "Sha kena kuat, Uncle akan selalu ada dengan Sha. My forever cupcake." Perbualan Tokpa dan papanya didengari secara tidak sengaja, mengungkap satu kebenaran selama ini tersimpan. Uncle kesayangannya, Ian Iskandar Zander bin Abdullah Zander bukan berbinkan Mansor! Hubungan Natasha dan Tuan Azman, papanya, pulih bila papanya berjanji menjadi bapa yang lebih baik. Agak tiba-tiba namun Natasha hanya terima dengan senang hati. Ketentuan takdir apabila Tuan Azman dan Datuk Mansor meninggal dalam kemalangan hanya kerana seseorang Dia sebatang kara. Uncle Ian berjanji untuk menjaganya. Tapi bagaimana? Lelaki itu bukan pakcik saudaranya! Bukannya mereka boleh duduk serumah. Tak pasal kena serbu JAIS nanti. Namun, wasiat yang ditinggalkan Tokpanya mengubah hidup mereka berdua. Nasib syarikat arwah Datuk Mansor berada di tangan mereka berdua. Hendak tidak hendak, kena diturutkan. "Kalau Sha viral sebab nikah dengan pakcik sendiri macam mana, tak pasal kena kecam." "Sha ingat Sha retis? Takde masa orang nak kesah." Dari panggilan Uncle bertukar Abang, perasaan sayang bertukar cinta. Hubungan mereka semakin mesra hari ke hari tapi muncul gadis bernama Aliya mengeruhkan keadaan. Lebih teruk lagi atas tindakan Ian Iskandar sendiri. Natasha kecewa. "Sampai bila-bila, aku benci kau dengan mak kau." Muncul pula kehadiran first love Ian Iskandar datang menagih janji makin menyerabutkan hidup Natasha. Ian mula goyah dengan janji sendiri, Natasha sudah tawar hati. Dapatkah Ian Iskandar dan Natasha Alaia mempertahankan cinta mereka?