😛
3 histoires
TRUTH OR DARE par MatchaaStraawberry
MatchaaStraawberry
  • WpView
    Lectures 161
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Chapitres 4
Sebuah permainan yang awalnya hanyalah gurauan, kini berubah menjadi mimpi ngeri bagi Kumpulan pelajar itu. Hari-hari yang dulunya dipenuhi kebahagian, kegembiraan, dan tawa kini bertukar menjadi hari-hari yang sarat dengan kecurigaan antara satu sama lain. "Truth or Dare" Setiap "Truth" membongkar rahasia yang selama ini di simpan. Setiap "Dare" terasa semakin berbahaya seolah-olah ada seseorang yang mahu mereka merasai apa itu ketakutan. Namun, walau ketakutan mula menyelinap masuk ke dalam hidup mereka, mereka tetap berpegang pada satu perkara iaitu tetap bersama. Persahabatan yang terjalin tidak mudah goyah, walaupun setiap daripada mereka mula menyimpan rasa curiga yang tidak terucap. "apa pun yang terjadi kita perlu berkerjasama agar tiada lagi korban antara kita" Setiap kali permainan "Truth or Dare" muncul suasana menjadi tegang ketakutan menyelimuti mereka. Di tengah ketakutan mereka tetap saling melindungi, dan berusaha untuk tidak membiarkan ketakutan memisahkan mereka. Walaupun hati kecil mereka berbisik bahawa sesuatu yang gelap sedang menanti di balik tirai permainan ini. Hari demi hari, satu persatu nyawa yang hilang di antara mereka. "bukan semua rahsia patut dibongkar, bukan semua cabaran patut disahut" Dan di sebalik semua itu, satu perkara jelas permainan ini bukan sekadar tentang memilih "Truth" atau "Dare". Ia adalah ujian kepada keberanian, kejujuran, dan kepercayaan mereka, kepercayaan yang kini diuji hingga ke tahap maksimum, tanpa mereka tahu siapa yang memegang kuasa sebenar di sebaliknya. "Apabila permainan dimulakan, kebenaran akan membunuh dan keberanian hanya mempercepatkan kematian" Di dunia 'Truth or Dare' ini, setiap rahsia boleh menjadi senjata, dan setiap keberanian boleh menjadi kematian. ~~~ MatchaStrawberry 🍵🍓 start- 14 Feb 2026 end-
Mr. Perfectly Fine ( REVAMP ) | OG par mryein
mryein
  • WpView
    Lectures 8,174
  • WpVote
    Votes 1,127
  • WpPart
    Chapitres 14
𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐢𝐫 || 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚 Hanya dua hati yang pernah saling mencintai... memilih untuk berpisah. Sofea tidak pernah menyangka perkahwinannya dengan Rayyan Emir akan berakhir dengan satu ayat yang terlalu mudah diucapkan... cerai. Bukan kerana orang ketiga, bukan kerana benci. Tetapi kerana keletihan yang perlahan-lahan mematikan cinta mereka. "Abang dah cakap Sofea... Abang tak boleh teruskan perkahwinan ni lagi." - Rayyan Emir Bin Mohd Danial "Jangan sebab abang dah penat dengan saya... dah putus asa dengan saya, abang pilih keputusan ni. Jangan sampai suatu hari nanti... abang menyesal dengan keputusan yang abang pilih untuk lepaskan saya." - Sofea Zahira Binti Abdullah Dua tahun berlalu, Sofea cuba membina semula hidupnya. Dia belajar menerima takdir, memperbaiki dirinya, dan berdiri tanpa lelaki yang pernah menjadi seluruh dunianya. Namun, takdir mempunyai cara tersendiri untuk mempermainkan manusia. Apabila mereka dipertemukan semula dalam sebuah mesyuarat kerja, Sofea sedar satu perkara... melupakan Rayyan tidak pernah semudah yang dia sangkakan. "Meet me after work hour. Please?" - Rayyan Emir Bin Mohd Danial "I'm sorry, did he just?" - Sofea Zahira Binti Abdullah Rayyan pula mula menyedari bahawa keputusan yang pernah dia anggap betul mungkin sebenarnya kesilapan terbesar dalam hidupnya. Namun, dapatkah Rayyan menawan semula hati yang sudah dia sakiti? Atau dia akan diberi peluang kedua?
The Unlock: My Heart par Eyynasyz_
Eyynasyz_
  • WpView
    Lectures 1,610
  • WpVote
    Votes 202
  • WpPart
    Chapitres 18
Merupakan kisah seorang gadis yang menghidap Androphobia. Kejadian itu berlaku saat dia berumur 8 tahun. Beberapa tahun kemudian... "Dik kau ada nampak barang aku?" Tanya Tengku Elven Lufian kepada Adik kembarnya. Tanpa sedar tangan Elven telah jatuh ke atas bahu Adiknya. Membuatkan Tengku Elvina tersentak terkejut. Tanpa menunggu lama Tengku Elvina lufyaa cepat-cepat menepis kuat tangan Abang nya. "Kan aku dah cakap, Jangan.Sentuh.Aku. macam tu, Aku tak suka!" Tengku Elvina berkata keras dengan penuh amaran. Perlahan-lahan dia menarik nafas dalam-dalam dan hembus. "Sorry, abang tak sengaja.." kata Tengku Elven sambil mengankat kedua-dua belah tangannya.Tanda bersalah. Tengku Elvina menjeling tajam ke arah abang kembarnya... Sejak kejadian hitam dulu Tengku Elvina sangat menjadi over protective keatas dirinya. Sesiapa yang menyentuhnya tanpa kebenarnya, silap-silap besok sudah arwah dibuatnya. Sehingglah dia berjumpa dengan Zavian Alexander, seorang lelaki yang diguruni oleh orang ramai dengan sifat dinginnya dan penuh bergaya. CEO kepada Royal Company. Kisah mereka bermula semasa majlis makan malam sambutan CEO baharu iaitu Zavian yang kini berpegang jawatan sebagai Pemilik Sah kepada Royal Company. Ayahnya telah menyerahkan syarikat itu kepada anak lelakinya. Zavian Alexander Tengku Elven dan Tengku Elvina datang untuk mewakilkan ayah mereka. Tengku Kevin tidak dapat hadir kerana dia perlu menyelesaikan masalah yang menimpa Syarikat nya yang berada diluar Negara. Buk!.. "Argh!" Gumam Tengku Elvina.