Ayranazkhan's Reading List
195 stories
HALF LOVE HAYDEN [REVAMP] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 1,256,858
  • WpVote
    Votes 10,737
  • WpPart
    Parts 8
Hayden Muqriz pernah menjadi lelaki di sebalik kejayaan Draxen Holdings. Seorang pemimpin yang disegani, sehingga satu kemalangan dua tahun lalu meragut sebahagian besar ingatannya dan memisahkan dia daripada dunia yang pernah dia bina. Kini, dia kembali ke pejabatnya.Namun kepulangannya membawa satu kebenaran yang sukar diterima. Syarikat yang pernah menjadi miliknya sudah berubah, adiknya, Zayden, menyimpan terlalu banyak rahsia, dan seorang wanita bernama Elmira Yasmeen muncul membawa tuntutan terhadap janji yang pernah diberikan kepadanya. Bagi Hayden,Elmira hanyalah seseorang yang berkait dengan kehidupan adiknya. Seseorang yang mungkin menjadi sebahagian daripada pengkhianatan yang berlaku ketika dia tiada. Namun semakin banyak rahsia terbongkar, semakin sukar untuk dia membezakan antara dendam dan perasaan. Demi membalas segala yang telah dirampas daripadanya, Hayden membuat keputusan untuk mengikat Elmira dalam sebuah perkahwinan. Tetapi dia tidak pernah menyangka wanita yang ingin dia jadikan alat untuk membalas dendam itu akan menjadi satu-satunya orang yang mampu mengubah hidupnya. "Sepatutnya aku benci kau, Elmira Yasmeen. Tapi kenapa semakin aku cuba menjauh, semakin aku rasa kau satu-satunya orang yang aku perlukan?" -Hayden Muqriz "Awak boleh marah saya, Hayden. Awak boleh benci saya kalau itu buat awak rasa lebih baik... tapi jangan pernah suruh saya pergi. Sebab saya dah terbiasa ada dekat sisi awak." -Elmira Yasmeen Antara dendam yang belum terlerai dan cinta yang tidak pernah dirancang, Hayden Muqriz bakal belajar bahawa tidak semua perkara yang hilang perlu dicari semula... kerana ada yang kembali untuk mengubah seluruh hidupnya. "Love doesn't need a reason, no one know how and why they fall in love, and now i'm in love with you" - HAYDEN MUQRIZ REVAMP EDITION start : 18 febuarary 2023 end : 26 july 2023
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,425,198
  • WpVote
    Votes 78,767
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Cahaya terakhir kita by Reannafleur
Reannafleur
  • WpView
    Reads 790
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 35
Nama yang diberikan kepadanya ialah Ryad Aiman. Aiman membawa makna yang beriman atau yang diberi keselamatan. Namun ironinya, Aiman membesar sebagai seorang lelaki yang memiliki nama yang indah, tetapi hidup dengan iman yang longgar. solat sekadar rutin, doa tanpa penghayatan, dan agama yang tidak pernah benar-benar difahami kerana di dilindungi oleh masyarakat yang tinggi darjatnya, terlalu banyak hartanya sehingga alpa dengan dunia. Di dunia nyata, dia hidup dalam kemiskinan ilmu agama, bermain-main dengan waktu, dan sering menangguhkan perkara yang sepatutnya didahulukan. Namun ada suatu peristiwa yang merubah Aiman tiga ratus enam puluh darjah. Peristiwa yang mampu membuat dia sedar bahawa pentingnya untuk dia menghargai ilmu yang telah dia ada. ‼️Read at your own risk
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook by jyeons
jyeons
  • WpView
    Reads 62,220
  • WpVote
    Votes 5,948
  • WpPart
    Parts 1
"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons
MY GREY GUY by adawiyahasmadi
adawiyahasmadi
  • WpView
    Reads 2,116,851
  • WpVote
    Votes 56,270
  • WpPart
    Parts 57
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) FIRST BOOK! -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadis-gadis di luar sana jatuh hati kepadanya. Bagaimana tidak kalau wajah kacukan perancis dan melayu itu menjadi tatapan mereka. Paling istimewa ialah matanya yang berwarna kelabu menjadi tumpuan orang ramai. Kaya ? Hanya petik jari terus dapat apa yang dia mahukan. Nama pun CEO kan ? MADIENA DELISHA seorang gadis yang hanya berasal dari kampung. Seorang yang lemah lembut dan yang paling tidak terduga perangai polosnya. Hanya seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gadis kampung ini untuk menampung kehidupan sehariannya. ... Bang ! Bang ! Bang ! Siapa sangka wajah kacak itu mempunyai sisi gelap yang amat menakutkan. Hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu. "I will not let go of those who have touched what should be mine.." - Luth Aelden Evrard. "I-I'm sorry.." "Kepala bapak kau sorry !" -Henry Dzakwan. "Bapak dia dah mati lah Henry.." -Aryan Gilbert. "Dia dah mula dah.." -Felix Adry. "Stupido.." -Markuez Raymond. Bang ! Bang ! Bang ! ... ⚠️ karya tersendiri. ⚠️ siapa copy esok santau aku sampai. ⚠️ tak ada watak GAY dalam cerita ni tau, baca dulu baru judge :)
FATH AL FURQAN: Guru Private ( SLOW UPDATE )  by fasiona_
fasiona_
  • WpView
    Reads 39,448
  • WpVote
    Votes 1,354
  • WpPart
    Parts 43
My First karya📝 Fath Al Furqan ♥ Shah Melissa FATH AL FURQAN: Seorang lelaki yang agak dingin tapi mesra dengan orang yang ia selesa. Namun wajah nya jika sekali pandang saja sudah boleh buat para kaum hawa jatuh cinta. Suatu hari ini dia terpaksa harus menjadi guru praktikal matematik di sekolah menengah kerana kehendak nenek nya. Pada mulanya dia tidak bersetuju, tapi kerana sayang pada nenek nya akhirnya dia akur saja. SHAH MELISSA: Seorang wanita yang comel akan ketembaman nye. Walaupun badan nya yang agak berisi tapi muka nya tetap menampak kan yang diri nya comel. Dia masih seorang pelajar sekolah menengab yang sebentar lagi akan menduduki SPM. Tapi satu saja subjek yang dia tidak mahir. Iaitu subjek matematik. Namun siapa sangka kehadiran FATH AL FURQAN membuat kan SHAH MELISSA mempunyai guru Private. Dan itu membuat kan dia lebih mahir subjek matematik selepas diajar oleh FATH AL FURQAN. Tapi sewaktu beberapa hari saja lagi SPM hendak dijalan kan, FATH AL FURQAN sudah berhenti sebagai guru praktikal di sekolah menengah itu. Dan itu juga membuatkan dia sudah tidak lagi menjadi guru private SHAH MELISSA. FATH AL FURQAN terpaksa pulang ke New Zealand kerana sesuatu yang terjadi. Namun siapa sangka. 7 tahun kemudian takdir menemukan mereka kembali. SHAH MELISSA yang sudah tamat degree dan penampilan nya yang semakin cantik. Tambah lagi badan nya yang sudah pun mengecil. Tapi pertemuan mereka itu sangat lah tidak di jangka-jangka kerana kedudukan mereka. Dan ada satu perkara yang membuat kan SHAH MELISSA agak kecewa kerana FATH AL FURQAN secara resmi nya sudah bertunang dengan seorang wanita. Jadi adakah mereka akan bersama akhir nya? Kalau nak tahu kene lah baca. Dan NANTIKANN... ⚠ cerita ini hanya rekayasan saje ⚠ 100% rekaan sendiri ⚠ dilarang meniru karya ini Jika banyak typo sila beritahu ye. Dan kalau banyak bende merepek mohon maaf ye. Harap korang semua enjoy dengan my first karya. ENJOY❤
Cinta pertama by haelhelena
haelhelena
  • WpView
    Reads 948
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 6
Di saat hatinya masih sayang dan cinta, realiti kehidupan memaksa Aiyani mengorbankan perasaan demi lelaki yang dia cinta. Dan di saat hatinya masih sayang dan cinta, Aiyan pula terpaksa menghormati keputusan wanita yang dia sayang untuk mengakhiri segalanya. Dua hati yang saling mendamba. Dua jiwa yang masih saling memerlukan. Namun akhirnya, terpisah kerana jurang darjat yang tidak pernah mereka pinta. Sampai bila cinta mereka harus menjadi korban kepada perbezaan dunia? Adakah wajar untuk mereka melangkah pergi, meskipun hati enggan melepaskan? "Dari tadi saya perasan yang awak ni macam takut-takut saja nak berhadapan dengan saya. Kenapa, Aiya? Adakah saya dah jadi orang asing dalam hidup awak?" - Aiyan Azzaimi "Then, what are we if it is not stranger? Wujud ke orang yang anggap dia punya ex sebagai kawan atau apa-apa hubungan yang seangkatan?" - Aiyani Safiya Dan... jika takdir memberi peluang kedua, adakah ia mampu menyatukan kembali dua hati yang masih setia? Atau mungkinkah semua itu hanya akan kekal sebagai memori yang mustahil diulang? Kerana cinta pertama, selalunya menjadi luka yang paling sukar dilupakan.
Nayla Madeeha [SLOW UPDATE] by Areynaad
Areynaad
  • WpView
    Reads 116,675
  • WpVote
    Votes 6,739
  • WpPart
    Parts 12
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝑫𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏'𝒔 : 𝑴𝒚 𝒏𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis yang tak pernah berhenti mencuri hatinya. Gadis yang baik dan manis walaupun gatal. "Nayla is just my past." "Kalau awak reject saya, saya terjun. I never play with my words!" START:24JULY2022 END :
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL  by mochies_
mochies_
  • WpView
    Reads 4,645,315
  • WpVote
    Votes 279,172
  • WpPart
    Parts 61
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya seperti budak 2 tahun Dan paling mengejutkan ialah apabila si ketua mafia yang kejam , Aidan Lutfi mahu menikahi si gadis kecil itu , Arya Amanda "abang hensem tolong sikatkan rambut Arya boleh? ibu dengan ayah kena ikat macam mana nak mintak tolong sikatkan rambut Arya hm" Arya Amanda " babygirl.. " Aidan Lutfi HLA- HIS LITTLE ANGEL