AyieWhutt's Senarai Bacaan
9 stories
Rangkulan Jin by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 54
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 8
"Setiap lidah akan terkunci. Setiap kepala akan sujud menyembah kepadanya." Muzaffar dan keluarganya diarahkan mendiami Villa de Amour selepas menandatangani kontrak dengan ganjaran lumayan. Syaratnya mudah- tiga bulan menetap tanpa berpindah. Kehadiran mereka mula mengusik sesuatu yang sudah lama bersarang di vila itu. Ayumi pula kerap diganggu lembaga berpakaian pengantin dan mula didatangi mimpi-mimpi aneh. Pertemuannya dengan Que membuka jalan ke dalam lipatan rahsia, sebuah kebenaran yang tidak pernah diluahkan. "Awak kata awak nak tahu siapa sebenarnya diri saya, kan?" - Que Kehilangan Ayumi mencetuskan huru-hara. Villa de Amour kembali menjadi saksi kekacauan yang menyelubungi Muzaffar sekeluarga. Ayumi sedar yang dia telah terhumban ke masa silam Villa de Amour, melangkaui 36 tahun ke belakang. Satu per satu mimpi aneh yang dialaminya berlaku pada zaman itu dan menguak tirai misteri yang terbenam sekian lama. Ayumi cemas apabila nyawanya menjadi taruhan. "Ini amaran aku! Jika kau cuba melawan, nyawa Tengku Ramdan pula akan menjadi galang gantinya." - Sabrina "Saya tak bohong. Saya berkata benar. Saya bukan Kamalia, tapi Ayumi." - Ayumi Mampukah Muzaffar sekeluarga bertahan di vila itu selama tiga bulan? Dapatkah Ayumi pulang ke dunianya semula? Apakah rahsia yang menyelubungi Villa de Amour selama ini?
Azazil by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 731
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 24
Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan huru-hara serta kacau-bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran! Sehingga tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan oleh Azazil. Pada masa yang sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah, seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yusrizal juga turut muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tanpa mereka sedar, nyawa mereka menjadi taruhan. "Manusia ... selama-lamanya makhluk yang lemah dan terkutuk!" - Azazil "Syaitan selam-lamanya berada dalam kebatilan. Allah akan bantu aku memerangi kau, Azazil!" - Firman Oleh: Eqbal Mohaydeen Rating Goodreads: 4.37
Sumpahan Ling Chi by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 103
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 6
Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan. Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup. Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia? "Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri." ~ INSPEKTOR SABIRIN "Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis." ~ FIONA "Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan." ~ DAMIEN Oleh: S. Kausari
BAYANGAN by MurniAqilaNovelis
MurniAqilaNovelis
  • WpView
    Reads 7,016
  • WpVote
    Votes 206
  • WpPart
    Parts 26
BLURB BAYANGAN - MURNI AQILA Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi. Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri. "Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak." - Nizam "Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni." - Fauziah "Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang." - Irwan "Saya rasa awak ni macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam." - Hajar ********** Berminat nak beli novel ini? Copy link di bawah ini dan google: https://shopee.com.my/(BAHARU-%E2%80%BC%EF%B8%8F)-NOVEL-SERAM-BAYANGAN-MURNI-AQILA-i.38290312.6420256795
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,495
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
YANG TIDAK PERNAH PULANG by Arapadzil
Arapadzil
  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
Di hujung sebuah lorong sunyi, terdapat sebuah rumah yang tidak pernah berlampu dan tidak pernah menerima tetamu. Apabila seorang lelaki terpaksa melaluinya pada senja, dia mendengar satu suara yang sepatutnya sudah lama hilang dari dunia ini. Suara ibunya. Sejak malam itu, gangguan bermula - mimpi yang berulang, kenangan yang berubah, dan satu persoalan yang semakin jelas: Ada yang tidak pernah pulang. Dan ia sedang menunggu. Yang Tidak Pernah Pulang ialah kisah seram psikologi tentang trauma, kehilangan, dan dosa silam yang enggan dilepaskan. Ia bukan sekadar cerita hantu, tetapi kisah tentang apa yang tinggal apabila manusia gagal berdamai dengan masa lalu.
PENJAGA 2 ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 99,249
  • WpVote
    Votes 9,183
  • WpPart
    Parts 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul dibalik badannya. - Mereka bersedia, merungkai misteri Melati. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe And kalau korang belum baca Penjaga 1 lagi, sis cadangkan korang baca dulu supaya lebih paham dan tak blur okay? Thanks, love Aim.
PENJAGA ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 185,460
  • WpVote
    Votes 15,200
  • WpPart
    Parts 34
"Walau ada satu mata kasar yang tidak mampu melihat, namun ada mata yang terganggu tidak sedari, -dan air terjun miliknya yang tersentuh tanpa sengaja, telah membuah amarah yang perlu dibalas mereka," Sebuah pengembaraan yang sepatutnya membuah seribu kisah gembira akhirnya berubah menjadi tragedi tatkala mereka tersilap langkah. Menelusuri pelbagai cabaran agar mereka tidak lagi terikat dengan sumpahan itu. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe. Highest rank : #1 in Seram #2 in Mystery and Thriller Penjaga 2 is ready for you guys !!! P/s: storyline agak berterabur
LINTAH by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 47,903
  • WpVote
    Votes 2,731
  • WpPart
    Parts 27
RM 28.00 OFF 15% RM 23.80 (Harga tidak termasuk postage) Link Website: https://mall.karangkraf.com/lintah.html Whatsapp: 019-229 7227 Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa...