Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
nhnhsnh.fav.novel
8 stories
[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED] by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 11,081,006
  • WpVote
    Votes 263,287
  • WpPart
    Parts 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah ini mewarisi anak mata ibunya iaitu Datin Quin Avin. Anak mata yang berwarna hazel cair itu mendapat perhatian ramai orang. Ciri-ciri yang ada mendorongnya untuk kekal sebagai model sementara di brand berjenama dari Malaysia iaitu Q. AV's yang dimiliki sepenuhnya oleh Datin Quin Avin. Dalam diam, rupa-rupanya dia telah lama diperhatikan oleh seseorang. "Touch her and i'll kill you. Did you hear that ?" -Aryan Froy Louise. Jejaka bermata biru yang dianggap sempurna oleh semua gadis itu tiba-tiba muncul dalam hidup Quin Avrin. Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata. Siapakah dia yang sebenarnya? Hidup di dunia yang penuh dengan darah bukanlah satu dugaan bagi Aryan, tetapi ianya dianggap sebagai takdir. Pilihan berada di tangannya, sama ada mahu membunuh atau dibunuh. "He's not a killer, but I am" -Ariq Frandy Louise Adik kepada si hero sentiasa menimbulkan masalah. Tetapi dia jugalah yang akan menyelesaikan masalah. Itulah dia, lelaki yang digelar Fran. Published under Fajar Pakeer (June 2022) Sem Malaysia - RM28 Sabah / Sarawak - RM31 [Action + Romance + Comedy] Slow-Fast Story Idea hak cipta milik © ariaseva Start: 19th January 2018 End: 10th March 2018 (wattpad) ⚠️ Untuk pembaca matang. ⚠️ Jangan terkejut jika anda lebih meminati adik hero berbanding dengan hero. Kerana saya juga begitu. ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita. ⚠️ Cerita ini adalah rekaan semata-mata. ps: Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa
Jejaka Idaman Raihana [OG] by sarfynnn
sarfynnn
  • WpView
    Reads 2,753
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 13
Raihana tidak pernah menyangka jejaka yang pernah dia bertengkar di kafe kerana salah faham akan menjadi suaminya.Dan lebih tidak disangka, perkahwinan itu bakal menjadi penjara paling sunyi dalam hidupnya. Tengku Rykal Raez, kacukan Russian, adalah lelaki yang dihormati dan digeruni.Di mata dunia, pewaris keluarga elit. Namun di balik nama dan kuasa, dia ketua muda dunia mafia-seorang lelaki dingin, tanpa emosi, tanpa kelemahan. Perkahwinan mereka bukan kerana cinta, tetapi demi kepentingan keluarga dan keselamatan empayar gelap yang diwarisi. "Aku mungkin tak cintakan kau, tapi kau tetap milik aku. Once you step into my world, you're my wife forever." -Rykal Raihana masuk ke dunia Rykal sebagai isteri, namun tidak pernah diterima sebagai wanita yang dicintai. Setiap sikap dingin dan jarak yang dicipta Rykal perlahan-lahan memadamkan harapannya. Dia berhenti menunggu, berhenti berharap, namun hatinya tetap bergetar tanpa sebab. "Saya tak patut rasa begini... tapi kenapa hati saya tetap berdebar bila awak dekat?" -Raihana Saat Raihana menjauh, Rykal tersedar-dia telah jatuh cinta. Namun dunia mafia tidak membenarkan cinta hidup lama. Musuh menghampiri, rahsia terbongkar, dan Raihana kini bukan sekadar isteri-dia sasaran. "Kalau awak benar-benar sayangkan saya, tunjukkan... sebelum terlambat." -Raihana "Aku nak kau tahu... kau penting bagi aku, dan aku akan sentiasa ada untuk kau." -Rykal Adakah cinta yang datang terlalu lewat masih layak diberi peluang? Atau luka yang tidak pernah dicipta akan tetap kekal?
Mr. Mafia CEO | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 114,003
  • WpVote
    Votes 2,131
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓  by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 4,029,640
  • WpVote
    Votes 23,789
  • WpPart
    Parts 13
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 - The cruel husband Sudah terbit di bawah syarikat penerbitan Kaseh Aries. DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta matinya pada Tengku Aqila Dayana. AISYA ARIANA - Gadis yang mempunyai perwatakan persis Danish Uqael, dalam lembutnya ada juga terselit kasar. Dalam senyumannya ada terselit bibir yang mampu melontarkan kata-kata sinis. Cinta pertamanya pada Danish Uqael namun kehadirannya seakan tidak disambut oleh lelaki itu. "Kau perangkap aku kan?" - Danish Uqael. "Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau!" - Aisya Ariana. Silap langkah, masuk ke dalam mulut si harimau yang mampu menyakitinya setiap masa. KEWUJUDAN CERITA : 2021
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 178,341
  • WpVote
    Votes 10,454
  • WpPart
    Parts 23
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 2 - His Healer DYLAN MIKAEL - Disebalik namanya yang gah, tersembunyi seorang lelaki penuh misteri. Renungan matanya tajam, setajam bilah pisau yang baru diasah, manakala wajahnya dingin, seolah-olah tiada secalit perasaan. Setiap arahan yang terbit dari bibirnya mampu menggoncang jiwa anak-anak buahnya, bagai nyawa mereka digenggam dalam tangannya. Di mata dunia, dia kelihatan sempurna, tiada cela, tiada cacat. Namun tanpa sesiapa sedari, Dylan menyimpan sebuah rahsia... rahsia kelam yang terlalu tragis untuk diceritakan. NURUL HUMAIRA QISTINA - Gadis polos yang terpaksa menelan derita hidup sebaik sahaja kedua ibu bapanya pergi meninggalkan dunia. Di sebalik senyuman yang sentiasa menghiasi wajah, tersembunyi kekurangan yang tidak pernah diminta. Dia seorang gadis bisu, yang hanya mampu reda menerima segala ujian yang menimpa. Rapuh, namun tidak pernah rebah. Diamnya menyimpan kekuatan, dan dalam sunyinya, dia terus melangkah dengan hati yang tabah. "Touch her, and you'll learn exactly what's worse than death." - Dylan Mikael. Pertemuan yang tak diduga, namun takdir telah menulis kisah mereka sejak awal. Dylan dan Humaira dipertemukan dalam keadaan yang jauh dari sempurna namun itulah permulaan sebuah perjalanan yang tak terjangka. Dia ditakdirkan untuk menjadi pelindung buat gadis bisu itu, yang penuh kelemahan tetapi sarat dengan ketulusan. Dan si gadis pula, perlahan-lahan menuntun hatinya kembali ke arah cahaya menuju siapa dirinya yang sebenar. Nantikan, Mrs. Dylan Mikael
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 2,744,002
  • WpVote
    Votes 97,247
  • WpPart
    Parts 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan Mikael. Cekap dan sangat peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan dirinya menjadi aset penting buat Dylan Mikael dan Danish Uqael. DANIA MARISA - Gadis muda yang mempunyai sifat gila-gila yang sangat keterlaluan. Sikap selambanya sangat menyakitkan kepala sesiapa sahaja yang menjaganya. Adik kepada Dylan Mikael dan juga Danish Uqael. "Saya ditugaskan oleh Tuan Dylan untuk jemput Cik Dania." - Zariel Zaquan. "You pijak baby I sampai patah! Dasar bapak gajah!" - Dania Marisa. Pertemuan tidak dirancang namun jiwa dan hati sudah diancam dengan rasa cinta tanpa sedar. Agaknya, mampukah Zariel melayan kerenah Dania? Dan adakah mereka hanya bergelar majikan dan pekerja sahaja? Nantikan, Mrs. Zariel Zaquan.
BEHIND HER BROKEN SMILE : AKU INGIN BAHAGIA - [OG] HIATUS by Myss_Alia
Myss_Alia
  • WpView
    Reads 6,758
  • WpVote
    Votes 454
  • WpPart
    Parts 22
Di dunia yang lain, pasti seorang perempuan yang digelar 'HEROIN' disanjung tinggi dan menjadi watak utama setiap masa. Malangnya, ini bukan tentang kisah yang sempurna. Setiap halaman menyimpan cerita yang mungkin tidak sama dengan yang lain. -1st love story books (Ameena Aralyn X Aysar Al-Mateen)- Ameena bukanlah seorang perempuan yang akan menang dari segi kemewahan. Tidak, jauh sekali. Dia membesar tanpa pilihan. Anak yatim, serba kekurangan dan kurang kasih sayang. Di dalam suasana yang gembira iaitu "Hari Ibu' semua orang pasti akan memeluk dan menghargai ibu mereka. Namun dia? "Mak....mak bangunlah mak! Jangan tinggalkan kaklong sorang-sorang. Siapa nak masakkan makanan sedap-sedap untuk kaklong? Kejut kaklong bangun? okey kaklong janji akan jadi anak yang baik tolong mak buat kerja. Mak bangun ya?" Ibunya baru pergi menghadap Ilahi, ayahnya sudah menggatal mencari pengganti. Dia diperlakukan kasar dan didera. Ayahnya ingin membantu? cintanya hanya pada isteri baru. Aysar Al-Mateen, seorang Doktor Pakar Bedah. Tegas dan berprinsip. Baginya kesetiaan dan cinta hanya diberi kepada mereka yang layak dan tulus. Bukan seperti perempuan yang mengejarnya hanya kerana pangkat dan statusnya iaitu 'anak Tan Sri'. Namun kehadiran Ameena mengubah sesuatu dalam dirinya. Tanpa dia sendiri sedar, Aysar memilih untuk melindungi dan menjaga gadis itu dengan caranya sendiri. "Stop complaining dan ikut je arahan aku. As long as you with me, I will protect you and give you what ever you want". Dapatkah Aysar mengubati luka Ameena? Adakah penamatnya akan menjadi bahagia untuk mereka atau takdir menentukan sebaliknya? Benarkah ibu tirinya betul-betul mencintai ayahnya atau dia ada agenda tersendiri? Adakah keluarga Aysar akan menerima Ameena? Let's find OUT
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐬𝐤𝐞𝐝 𝐆𝐢𝐫𝐥 (OG) by fiya_sha
fiya_sha
  • WpView
    Reads 69,191
  • WpVote
    Votes 4,581
  • WpPart
    Parts 62
Semua orang tahu keluarga Tan Sri Dato' Redza Shah dan Puan Sri Rania Nazeera hanya mempunyai tujuh orang anak lelaki. Namun, ada satu nama yang disembunyikan. Seorang anak perempuan. Satu-satunya puteri. Dan dia bukan sekadar biasa. Di sekolah, dia hanyalah bayang yang dilalui. Tetapi di balik topeng... dia legenda yang dicari. Tak ada siapa pernah tahu, bahawa "The Masked Girl" itu ialah dirinya. Mereka menyangka dirinya sekadar bayang yang tidak terlihat. Namun di balik diamnya, sepasang mata itu sedang merakam setiap detik yang berlaku. Identitinya boleh disembunyikan... tetapi tidak untuk selamanya. Kerana setiap rahsia punya waktu untuk terbongkar. Dan apabila dunia tahu siapa dirinya yang sebenar, hidupnya tidak lagi seindah yang dibayangkan. Namun, jangan lupa tujuh abang itu sentiasa ada, menjadi benteng terakhir yang rela hancur demi melindunginya. Tujuh abang yang terkenal itu dipanggil 'Shah sibbling' antara mereka adalah Riyaz Shah, Zafran Shah, Rayyan Shah, Firash Shah, Mikael Shah, Emir Shah Dan Danial Shah. Tapi ingat... some secrets are closer than you think. "Nayreen... Nayreen... you think I could ever forget you, sayang? Setiap bayangan pun ada ceritanya dan aku tahu... akhirnya kau akan tetap pilih aku." Lelaki itu ketawa kecil. - Z.Q - "Nayreen...? So you remember... after all this time... even I'm wearing my mask?" - Sofea Nayreen - ⚠️ Perhatian! Kisah ini hanyalah imaginasi semata-mata daripada saya dan mungkin agak mengarut. Jika imaginasi ini tidak kena dengan cita rasa anda, maka jangan baca. Sekian, dan maaf andai ada persamaan dengan cerita lain itu mungkin tidak disengajakan. ada BAB yang terdouble (tak sengaja)korang buat tak nampak jelah okay? Welcome to ma cringe story ^^ Start: 20/7/2025 End: ???