Guns n' Roses
3 stories
The Heir Project by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 1,212
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 28
3rd book | Guns n' Roses | Marc Ares Xavier | Marc Ares Xavier, atau lebih dikenali sebagai Max, memutuskan untuk bersara sebagai penyiasat upahan setelah dia dikhianati oleh tunangnya. Max memutuskan untuk mengambil jalan mudah dan menggoda seorang wanita kaya bernama Cordelia. Harta Cordelia akan diwasiatkan ke atas namanya tidak lama lagi. Misi Max tidak mudah dengan sikap anak-anak perempuan Cordelia yang sering kali menjadi penghalang. Hera, Artemis dan Athena membuatkan Max gila dengan perangai mereka. Namun, ada sesuatu yang bukan sekadar misteri di rumah Cordelia. Max menemukan satu rahsia yang dia sendiri tidak pernah agak. Mahu menarik diri, sudah terlambat. Hidupnya kini terhimpit dengan misteri di 'bilik bawah tanah' rumah agam Cordelia. Tanpa sedar, Max sebenarnya sudah menjadi target keempat-empat orang wanita itu sejak awal. Adakah Max ingin melarikan diri, atau turut serta dengan permainan gila ini?
Don't Call Me Angel (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 9,332
  • WpVote
    Votes 880
  • WpPart
    Parts 59
2nd book | Guns n' Roses | Sara Angeline | Angel terpaksa mencari kerja lain setelah syarikat lamanya muflis secara misteri. Peluang muncul apabila dia diterima bekerja di Eden Group, sebuah syarikat elit yang hanya dipenuhi dengan kaum lelaki yang berkuasa, karismatik dan misteri. Bermula dari CEO, CTO, COO dan CFO, Angel ditugaskan untuk menjadi setiausaha untuk keempat-empat lelaki itu silih berganti. Dengan syarat, Angel menetapkan yang tiada perkara 'aneh' yang dipinta, dan syaratnya diterima. Pelbagai karenah majikannya yang perlu Angel hadapi, tapi kecekapan dan dedikasinya membuahkan hasil. Namun dunia yang dia masuki jauh lebih rumit daripada yang dijangka. Setiap langkahnya diperhatikan, setiap gerak gerinya diuji. Angel sedar bahawa dia bukan sekadar setiausaha, tapi terjebak dalam permainan politik, rahsia dan strategi yang tak pernah dia bayangkan. Di sebalik kemelut kuasa dan permainan politik yang mengaburi mata semua, mereka terleka dengan satu perkara. Nampak seperti 'malaikat,' tapi Angel merupakan kesilapan terbesar yang dibawa masuk.
Most Wanted Mom (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 117,384
  • WpVote
    Votes 5,215
  • WpPart
    Parts 70
1st book | Guns n' Roses | Annaliese Jasmina | Ann ialah seorang wanita yang baru diberhentikan kerja selepas dituduh menyeleweng saham syarikat dan mempunyai skandal besar dengan seorang ahli perniagaan misteri. Dibesarkan di rumah anak yatim dan terbiasa memikul tanggungjawab sejak kecil, hidupnya kini terumbang-ambing. Gosip yang tersebar luas menjadikan namanya tercemar, dan tiada satu pun syarikat sanggup menerimanya semula. Dalam keadaan terdesak, Ann menemukan satu tawaran pekerjaan yang pelik iaitu jawatan sebagai seorang 'ibu' diperlukan dengan segera. Tanpa banyak soal, dia menerima tawaran itu selepas bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Haal, yang dianggapnya sebagai penyelamat. Tanpa membaca terma secara mendalam, Ann menandatangani kontrak yang kelihatan mudah, tapi mengikat. Namun, setibanya di rumah agam milik Haal, Ann segera sedar bahawa peranannya tidak seperti yang dibayangkan. "Terima kasih encik Haal sebab beri peluang untuk saya menjadi 'ibu' kepada anak-anak encik Haal," ANNALIESE JASMINA "Bila masa saya kata saya ada anak?" - HAAL "Habis tu saya kena jadi 'ibu' untuk siapa kalau bukan anak encik Haal?" - ANNALIESE JASMINA "Oh about that. Kenalkan adik-adik saya. Kami semua ada mommy issues. Jadi, awak akan jadi 'ibu' untuk kami semua. Welcome Ann," - HAAL "Huh...?" - ANNALIESE JASMINA "Hi our new mommy!" - ACE "Hi Ann," - ZEN "...." - KEN Dia tidak tahu bahawa langkahnya ke rumah itu akan membawanya ke dalam sebuah kisah yang bakal menguji batas kewarasan dan naluri keibuannya. Mampukah Ann bertahan menjadi 'ibu' yang tidak pernah dimintanya?Atau adakah dia sedang terperangkap dalam sesuatu yang jauh lebih gelap?