Lyairdeena
Aurora dan Alexander bukan sekadar kenalan biasa - Mereka kawan lama, yang pernah bergurau, bertengkar, dan berkongsi rahsia zaman muda mereka. Namun, siapa sangka, selepas bertahun - tahun, mereka akan bertemu semula... Bukan di sekolah, bukan di pejabat biasa... Tetapi di dunia yang penuh kuasa, wang, dan bahaya.
"Aurora... nampaknya kita kembali dalam keadaan yang... Agak rumit."
- ALEXANDER AMBROSE FRANCISCO
"Rumit? Kau kata aku kawan lama, tapi sekarang... Apa jadi?"
- AURORA ADRIANO
Ya. Mereka kini bukan hanya kawan. Aurora secara tiba-tiba menjadi isteri Alexander. Perkahwinan ini bukan kerana terpaksa... Tetapi kerana cinta, strategi, keselamatan, dan kuasa keluarga mafia mereka.
Hidup mereka kini penuh dengan mesyuarat rahsia, projek besar, wang yang mengalir deras, dan musuh yang menunggu di setiap sudut. Aurora yang dahulu manja dan ceria, kini harus belajar bermain dengan permainan orang dewasa, sementara Alexander... Lelaki dingin yang penuh kawalan itu, perlahan-lahan membuka sisi lain pada Aurora - Sisi yang hanya dia dan Aurora seorang sahaja yang boleh lihat.
"Kau ni... selalu buat aku rasa nak tergelak, tapi juga nak menjerit pada masa yang sama!"
- AURORA ADRIANO
"Itulah kau, Aurora. Dan percayalah, tiada sesiapa boleh hadapi kau seperti aku."
- ALEXANDER AMBROSE FRANCISCO
Antara perancangan perniagaan rahsia, persaingan antara keluarga mafia, dan masa lalu mereka yang tak pernah selesai, Aurora dan Alexander perlahan-lahan menyedari satu perkara.
Adakah Aurora mampu mencintai Alexander dalam dunia yang penuh bahaya dan kuasa?
Atau, adakah perkahwinan ini hanya akan membawa mereka ke jalan yang bahaya dan tidak terduga?