fereissae
SERI AISAR: Antara Haruman dan Bau.
Satu Jajahan Besi. Satu Sentuhan Seri.
Seri Inara sudah biasa dengan kecaman. Menjadi sebahagian daripada lima beradik The Seri's bermakna setiap langkahnya diperhati, setiap silapnya dicaci. Namun, apabila dia memutuskan untuk membuka Seri Essence di dalam pusat sukan paling elit di kota, dia tahu dia bukan sekadar berdepan dengan netizen, tapi berdepan dengan "Singa" yang sebenar.
Aisar Saqeef tidak perlukan haruman lavender. Dia tidak perlukan muzik instrumental yang mendayu. Baginya, AS Sports Center adalah medan perang, bukan tempat untuk memanjakan diri. Baginya, Inara hanyalah seorang lagi influencer yang mahu menumpang glamor dunia sukan untuk 'konten' semata-mata.
"Keluar dari sini, Inara. Tempat ni untuk orang yang tahu erti sakit, bukan untuk orang yang cuma tahu jaga muka." - Aisar Saqeef.
"Kalau awak rasa awak sorang saja yang tahu pasal sakit, awak silap. Kadang-kadang, luka yang paling dalam tak ada darah, Aisar." - Seri Inara.
"Ini pusat sukan, bukan set drama. Aku tak nak bau wangi-wangian kau ni buat budak-budak aku jadi lembik." - Aisar Saqeef.
"Ketenangan bukan bermaksud lembik, Encik Aisar. Malah, pemulihan yang betul akan buat atlet awak lebih kuat." - Seri Inara.
Satu pertaruhan dimulakan. Sebulan untuk Inara membuktikan bahawa kecantikan itu juga satu kekuatan. Namun, semakin Inara cuba merawat fizikal para atlet di situ, semakin dia ditarik masuk ke dalam rahsia yang disembunyikan Aisar di sebalik jersi nombor sembilannya.
Bila ego yang keras mula cair dengan kelembutan, dan bau peluh mula kalah dengan wangian essential oils... adakah Aisar akan terus menghalau, atau dia yang sebenarnya paling dambakan ketenangan itu?
Kerana di tengah hiruk-pikuk sorakan gol, ada hati yang sedang mencari 'Seri'.
"Bagi Inara, haruman adalah sebuah seni yang menenangkan jiwa. Bagi Aisar, bau peluh adalah sebuah kejujuran di atas padang."