mimah_4628's Reading List
37 stories
PENDAMPING YANG SEMPURNA [HIATUS] by MsDyyn
MsDyyn
  • WpView
    Reads 13,366
  • WpVote
    Votes 649
  • WpPart
    Parts 17
Bermula daripada pertemuan yang tidak disangka, terbentuklah perasaan yang tiba tanpa diduga. Itulah kisah yang terjadi di antara Nur Jasmeen Irish dan Muhammad Fawwadz Zaquan. "Aduh aku dah lambat sangat ni! Habislah aku kena bebel dengan supervisor," - Irish BUKK!! "Allahuakbar! Eh sorry sorry! Maaf tak tengok jalan tadi!" - Irish "Eh tak-apa tak-apa. Awak okay tak?" - Fawwadz. Dari situlah, kisah mereka mulai menulis ceritanya. Namun... Terdapat satu kejadian yang langsung tidak pernah difikirkan walau sehari pun. "Kenapa ayah curang dengan ibu?! Kenapa ayah pilih perempuan janda entah dari mana jadi isteri ayah?!" - Irish "Diamlah! Kau tak ada hak untuk naik suara dengan aku! Ingat, kau darah daging aku!" - Ghazi Aryan Itulah kali pertama anak dan bapa itu bertengkar. Tak pernah sesekali pun mereka bergaduh. Dari yang penuh dengan keriangan, candaan, sekarang hanya penuh dengan sifat dengki dan... benci. Irish rasa hidupnya hancur. Insan yang bergelar sebagai insan ayah hilang bersama dengan pilihan keduanya. Hidupnya bagaikan cahaya yang telah menerangi gelap terpadam. She needs that light again. "Irish," - Fawwadz Started : 25 November 2024 Started again : 25 December 2025 End : ?
SenaR [ ON GOING ] by Rsn_usha
Rsn_usha
  • WpView
    Reads 8,264
  • WpVote
    Votes 6,518
  • WpPart
    Parts 34
Ini tentang kisah seorang gadis yang lahir di keluarga berkecukupan namun memilih jalan hidupnya sendiri dengan membangun toko bunga impiannya. Ini tentang gadis ceria yang mencoba keluar dari zona nyaman, mengenal dunia luar melalui kegiatan volunteer bersama sahabatnya. Siapa sangka di perjalanan dia bertemu dengan sosok laki-laki yang memberikan banyak pelajaran dan warna baru dihidupnya. Dua karakter yang berbeda namun cocok saat berinteraksi melahirkan rasa nyaman bagi Rafa dan Sena. Pertemuan tak sengaja mereka berdua terus berlanjut hingga perlahan meruntuhkan batas pertahanan tinggi yang mereka bangun selama ini. Akankah keduanya mengalah menurunkan gengsi atau tetap jalan di tempat berteman dengan ego yang tinggi?
DIARI CINTA MATI : EMIR BAKRI ( COMPLETED) by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 12,908
  • WpVote
    Votes 1,092
  • WpPart
    Parts 81
SEQUEL SOLILOVETUDE Dunia yang dapat melihatnya dingin , bengis dan berkuasa dalam industri hiburan . Tetapi , tidak pada pandangan buat sang isterinya , Atma Hanim. Hanya sang kekasih yang dapat melihat sisi lemahnya . Di mana , dia sang lelaki hanya manusia biasa di mata isterinya. Cintanya tidak pernah goyah . Dari awal perkenalan hingga ke akhir hayat . Biarpun ada yang cuba memisahkan mereka , lelaki itu tetap menggenggam dunia kecilnya .Menjadi sosok ayah dan suami - mudah saja bagi dirinya. Kerana itulah impiannya ketika bertemu mata dengan sang isterinya pada kali pertama mereka bertemu . Dia , Emir Bakri . Selaku penyanyi terkenal dari kumpulan En-Dynamic . Peminat sering berada di kelilingnya , namun hanya satu wanita tetap menjadi pujaannya . Malah , obsesinya telah tertanam dalam diri sehingga ke akhir ini . Atma Hanim , nyawanya dan juga....cinta matinya . " Aku terlalu mencintai dia." " Dia , cinta matiku ."
SYED HAYEER [𝐂]  by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 42,601
  • WpVote
    Votes 137
  • WpPart
    Parts 3
[COMPLETED & COMPLICATED] Medical Thriller with Psychological & Romance elements Syed Hayeer dan Dr. Nur Adra disatukan oleh kes-kes trauma yang orang lain tidak berani sentuh. Keganasan rumah tangga, luka tersembunyi, dan kebenaran yang terlalu mahal untuk didedahkan. Namun setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada Project Elysium, eksperimen terlarang yang memadam memori manusia. "Kalau kebenaran ni hancurkan hidup awak," suara Syed rendah, "awak masih nak saya teruskan?" Adra tidak berpaling. "Saya dah lama hancur. Yang saya takut... cuma hidup dalam penipuan." Apabila masa silam mereka sendiri terbongkar, garis antara keadilan dan keinginan mula kabur. Kerana ada luka yang bukan sekadar ingin disembuhkan, tetapi ingin dihadapi, walau risikonya kehilangan segalanya. *** - Memory Manipulation - Slow-Burn Romance - Trauma / Psychological #DomesticViolenceAwareness PERINGATAN: Kandungan untuk pembaca matang. Mengandungi tema keganasan domestik yang mungkin mencetuskan, ditangani dengan sensitiviti. [DONT COPY MINE!] 😠‼️ Sweet Witch, Louisa.
Love In Musical (COMPLETE) by CikSilenziosa
CikSilenziosa
  • WpView
    Reads 480
  • WpVote
    Votes 487
  • WpPart
    Parts 35
Selepas berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi, Bomi secara tidak sengaja bertemu semula dengan Kits, sahabat surat zaman kanak-kanaknya yang kini menjadi pelajar paling berpengaruh di sekolah. Ketika persaingan muzik, rahsia masa lalu dan konflik kehidupan semakin memuncak, mereka harus memilih antara mengejar impian yang diidamkan atau mempertahankan perasaan yang mula berputik di antara mereka.
His Sweet Wife by armiasd
armiasd
  • WpView
    Reads 7,387
  • WpVote
    Votes 503
  • WpPart
    Parts 21
Dia dicampak ke sebuah rumah usang yang suram dan mengerikan.Setiap hari dia mendengar jeritan seseorang, meminta pertolongan. Malam gadis itu sentiasa ditemani sepi berserta angin malam yang dingin. Tangannya digari menggunakan rantai besi tanpa belas kasih. Angin sejuk sentiasa mencengkam tulangnya. Raungan, esakan, tangisan dan air mata yang tak terhenti terus bergema pada pendengarannya Darah, darah dan darah. Hanya pemandangan seperti itu yang sampai pada penglihatannya. 4 tahun dia dikurung di situ, 4 tahun jugalah mental dan fizikalnya didera. Namun, dia terselamat. Ada anggota polis yang sempat menangkap penjenayah-penjenayah tersebut. Malang sekali, hanya dia seorang saja yang sempat diselamatkan. Nana. Hadirnya seorang doktor yang dibayar dan diamanahkan untuk menjaga Nana supaya sembuh daripada trauma telah membuatkan hidup seorang Nana huru-hara. Bagi Nana, doktor ini bukan menjaganya, malah bersengketa dengannya! Ayyan Nawfal. "Nama penuh kau apa?" - Ayyan Nawfal "Tak ingat..." - Nana "Nana Tanasha. Itu nama kau. Kau jangan nak mengada minta nama lain, aku dah bagi sedap-sedap jangan pula kau minta nama macam tahi ayam." -Ayyan Nawfal Berperang mulut dan saling mengusik. Itulah yang mewarnai hari-hari mereka dengan tawa riang dan usikan nakal. Namun, hanya kerana dendam seseorang, telah mengikat mereka dalam sebuah ikatan suci. "S-saya keguguran.." -Nana Tanasha "K..kau mengandung?" -Ayyan Nawfal "Tak lah, keguguran rambut je." -Nana Tanasha "Kurang ajar eh kau." -Ayyan Nawfal "Let me be your healer, sweetheart." • mine looks better in light mode. Trust me, dear.
Behind The Love Story [COMPLETE] by Mieraquell
Mieraquell
  • WpView
    Reads 11,874
  • WpVote
    Votes 624
  • WpPart
    Parts 55
'Be my Queen, and I'll be your King' Siapa sangka yang seorang gadis biasa dapat mencuri hati kedua-dua Tengku DiRaja Pahang? Nursafa Malaiqa, seorang penulis novel, tidak pernah menyangka semua itu walaupun sudah beberapa kali bertemu dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Isyraq Aminuddin Syah dan Tengku Panglima Muda Pahang, Tengku Asyraf Imanuddin Syah. "I'm interested in getting to know you better," - Tengku Asyraf Imanuddin Syah. Sedangkan Tengku Isyraq yang bermuka ketat itu pun boleh terpikat dengan gadis seperti Safa. "Mungkin sebab saya suka tengok awak senyum. That's why I do nonsense," Tengku Isyraq Aminuddin Syah. Safa terpikat. Tidak tahu mahu pilih yang mana. Lebih-lebih lagi, satu situasi berlaku yang membuatkan dia semakin rapat dengan Tengku Isyraq. Tapi bagaimana pula dengan Tengku Asyraf? Siapa yang akan menjaga hatinya? Lebih-lebih lagi apabila dia dapat tahu yang Safa merupakan penulis kegemarannya. "Pernah terfikir tak? Hati dan perasaan orang perempuan ni tak boleh nak paksa?" - NurSafa Malaiqa. "I willing to give it all up for you. Cause I love you," - Tengku Asyraf Imanuddin Syah. "You changed my life for the better," - Tengku Isyraq Aminuddin Syah. Dan kehidupan seorang penulis novel romantik pun bermula. Apabila dia memilih salah seorang daripada Tengku DiRaja itu.
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 434,720
  • WpVote
    Votes 21,351
  • WpPart
    Parts 79
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 524,413
  • WpVote
    Votes 19,400
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?