quainsha
Tengku Affan Nufayl bukan lelaki yang suka menonjol. Dia memilih diam, bukan kerana lemah-tetapi kerana tidak semua perkara perlu disuarakan.
Hidupnya tenang. Terlalu tenang untuk seorang lelaki yang sering merasakan seolah-olah ada sesuatu yang sentiasa memerhati dari jauh. Seperti ada kisah lama yang tidak pernah benar-benar berakhir.
Kemudian, hadir seorang gadis yang tidak pernah meminta izin untuk masuk ke dalam hidupnya.
Airis Nuwaira Qasrina.
Riuh, berani, dan terlalu hidup untuk dunia yang Affan bina dengan sunyi. Gadis itu datang, mengusik, dan mengganggu keseimbangan yang selama ini dia jaga.
Buat pertama kalinya, Affan merasakan getaran yang bukan sekadar debar biasa.
Ia terasa seperti permulaan... dan juga amaran.
Kerana ada perkara tentang dirinya yang tidak diketahui sesiapa.
Ada sejarah yang tidak patut terbuka.
Dan ada kisah silam yang masih menunggu untuk menuntut jawapan.
Persoalannya-
adakah perasaan itu akan menyelamatkan,
atau menjadi sebab segalanya kembali terbongkar?
Kerana lelaki yang mereka kenal sebagai Tengku Affan Nufayl,
mungkin bukan sekadar lelaki biasa.
" She is my first love, and will be forever. "
start : 5 Jan 2026
end :