💌
5 stories
Left the Light On [OG] by hhikmassn
hhikmassn
  • WpView
    Reads 208
  • WpVote
    Votes 29
  • WpPart
    Parts 10
Safa Marha tak pernah pinta takdir mempertemukannya dengan Rayel Isa. Budak lelaki yang petah menyakitkan hati. Yang matanya penuh amarah, tapi suaranya selalu berjaya menyelinap masuk ke ruang yang tak ingin Safa buka. "Kau jangan fikir semua orang suka tengok muka kau tu." - Safa Marha "Aku tak perlukan semua orang. Seorang pun cukup... asalkan orang tu kau." - Rayel Isa Mereka bermula dengan sengketa. Berlaga kata, berbalas pandang yang sarat benci, atau mungkin takut pada rasa yang belum difahami. Namun satu demi satu, Safa melihat sisi Rayel yang tak pernah dipamerkan kepada dunia. Sisi yang sedang belajar menjadi manusia. Bukan untuk dipuji. Bukan untuk diterima. Tapi kerana ada satu hati, yang diam-diam dia mahu jaga. Rayel bukan watak lelaki dalam kisah dongeng. Dia penuh retak, luka yang tak pernah sembuh, dan malam-malam yang terlalu sunyi untuk anak seusianya. Tapi di depan Safa, dia tak lagi perlu pura-pura kuat. Dan Safa... perlahan-lahan melepaskan bencinya. Menukar diam jadi doa. "Macam mana kau boleh yakin yang kau boleh berubah?" - Safa Marha "Sebab kau orang pertama yang percaya aku mampu." - Rayel Isa Tak pernah ada ucapan cinta, tiada janji manis yang dijahit dalam dialog dramatik. Cuma dua jiwa yang tahu, suatu hari nanti, bila dunia tak lagi menghukum, mereka akan bertemu di tempat yang sering mereka sebut sebagai 'nanti.' Tapi hidup tak pernah janji untuk menunggu. Dan cinta... selalu diuji dengan masa yang tak cukup panjang. "Kalau satu hari nanti aku tak sempat bagitahu... terima kasih sebab jadi cahaya aku. Walau sekejap." Dan jika cahaya itu masih menyala, masihkah hati yang pernah disinari itu, sudi kembali... hanya untuk melihatnya sekali lagi?
A Song For You  by itsmentaris
itsmentaris
  • WpView
    Reads 258
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 11
Sofea Renaya. Pelakon wanita terkenal, wajahnya terpapar di setiap kaca televisyen. Hidupnya seakan-akan sempurna, dipenuhi dengan pelbagai jenis watak-dari kesedihan, jenayah hingga kemanisan. Tiada satu pun yang belum pernah dia lakonkan. Ezra Khael. Penyanyi yang telah lama menjejakkan diri dalam dunia nyanyian. Hari-harinya hanyalah lirik, melodi dan irama, seolah-olah hatinya cuma punya ruang untuk muzik. Hidup mereka berubah sejak Ezra memilih Renaya untuk bergandingan dalam video muzik terbaharunya. Chemistry yang sukar dinafikan membuatkan netizen rancak cuba menjodohkan mereka-sehinggalah satu ayat itu terucap. "Apa kata... kita kahwin?" Dunia Renaya seakan berhenti berputar. Segala kewujudan lelaki lain lenyap, meninggalkan hanya Ezra Khael di hadapannya. Gila. Lelaki itu benar-benar gila. Dan Ezra tidak pernah menafikannya. Cuma Renaya tidak tahu-di sebalik kegilaan itu, tersimpan keikhlasan yang terlalu dalam. "Saya takut, Ezra. Saya takut untuk semua ini. Saya... saya tak layak." Renaya menolak. Berkali-kali. Ezra pula tidak pernah berhenti memilihnya. Hingga akhirnya, Renaya mengalah. Namun kebahagiaan itu tidak sepenuhnya tenang. Ada sesuatu yang mengganggu Renaya-sesuatu yang membuat dadanya terasa sesak tanpa sebab.
𝐌𝐈𝐃𝐃𝐋𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐍𝐈𝐆𝐇𝐓 by shexvira
shexvira
  • WpView
    Reads 292
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 17
Dua kerajaan. Satu sumpahan. Cinta yang tak sepatutnya hidup. Berabad lamanya, Lumeria dan Noctyra bermusuhan selepas pewaris Noctyra dibunuh pada malam perkahwinan diraja. Dendam itu mewarisi setiap generasi. Segalanya berubah apabila Lunaria Ariella Seraphielle termakan buah misteri dan setiap pertengahan malam, tubuhnya ditarik ke sebuah alam gelap. Tempat dia bertemu musuh turun-temurunnya, Dazryan Altair Noctarys. Dalam alam itu, mereka menemukan kebenaran tragedi silam dan satu pilihan kejam yang menunggu. Hanya satu boleh hidup. Yang mati menghapus sumpahan. Yang hidup menyelamatkan kerajaannya. Jika mereka enggan memilih... kedua-duanya akan lenyap bersama. Dalam dunia di mana tiada yang abadi, adakah cinta mereka bernilai lebih daripada sebuah kerajaan?
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 442,364
  • WpVote
    Votes 23,120
  • WpPart
    Parts 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!