naylaelaina03's Senarai Bacaan
200 stories
Enemy?Husband? by Kimchimansae
Kimchimansae
  • WpView
    Reads 1,943,800
  • WpVote
    Votes 63,072
  • WpPart
    Parts 74
Dua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap pun nak kahwin dengan kau.Confirm tak bahagia hidup aku kahwin dengan musuh sendiri.Minta simpanglah!" ⇨Nur Aqiesya Azahra "Disebabkan kita kahwin atas desakkan keluarga,dalam masa 8 bulan kalau ada antara kita yang timbul perasaan sayang atau cinta.Kita kena jujur untuk mengaku tapi kalau sebaliknya,aku sedia lepaskan kau." ⇨Muhd Adam Riefqi "Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan dia sedangkan aku menderita." ⇨Harries Iryan Dapatkah perasaan benci menjadi cinta? Dapatkah mereka mempertahankan masjid apabila orang ketiga muncul? Kalau nak tahu mari saksikan telatah hidup mereka.
MY MRS TURKISH √√  by syxhxris
syxhxris
  • WpView
    Reads 76,198
  • WpVote
    Votes 4,596
  • WpPart
    Parts 68
[ Book 6 ] Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali mereka bersua muka. Sejak kali pertama mereka bertemu hatinya mula terpaut pada jejaka itu. Malu? Tiada istilah malu apabila berkait dengan jejaka itu. "Oit, aku ada satu lagu untuk kau." "Apa?" "Ehem, satu dua tiga lelalelalela lelalelale lelalelale..." Bagi dia, gadis itu seakan-akan menguji kesabarannya setiap hari. Dia rimas apabila gadis itu sering membuat darahnya naik. Kalau orang lain takut dengan dirinya tetapi bukan pada diri gadis itu. Entah apa yang gadis itu nampak dekat dia sampai langsung tidak takut dengan dirinya pun dia tak tahu. Agaknya gadis itu jenis tak takut orang dan berani. Tapi sejauh mana keberanian gadis itu? "Apa pun yang berlaku aku akan tetap cintakan kau dan setia tunggu kau. Aku percaya apa yang berlaku baik atau buruk semua dugaan daripada Allah." "Walaupun kau kena mati sebab aku? Atau kau mati dalam tangan aku? Kau tetap cintakan aku?" Sejauh mana keteguhan cinta gadis itu pada sang jejaka Turki itu bila mana hidup lelaki itu penuh dengan tanda tanya dan misteri? Adakah cintanya berbalas? Adakah jejaka itu menyambut huluran cinta si gadis itu? Apakah pengakhiran jalan cerita hidup mereka? Semuanya bakal terungkai.
ISTERI PAKAI BUANG (DEEJA) by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 16,827
  • WpVote
    Votes 801
  • WpPart
    Parts 10
Khadeeja tidak pernah memilih hidup seperti ini sampai satu waktu jerat kemiskinan yang membelenggu, tanggungjawab yang perlu dipikul dan keperluan untuk adik-adiknya memaksa dirinya menjual maruah kepada lelaki bernama Aariz Firdaus. Lelaki yang memanggilnya kekasih di hadapan dunia tetapi memperlakukannya sebagai barang pakai buangan di sebalik pintu tertutup. Segalanya menjadi semakin rumit apabila Tengku Daffi muncul. Seorang lelaki berpengaruh. Datang dari keluarga berada yang merupakan musuh dalam diam Aariz. Daffi tidak mahu menyelamatkan Deeja. Dia mahu menggunakan Deeja sebagai senjata untuk menjatuhkan Aariz demi harta yang dianggapnya bakal dirampas. Satu perjanjian kotor dimeterai. Satu pengakuan palsu dirancang. Deeja menjadi pertaruhan dalam permainan lelaki-lelaki yang melihat tubuhnya sebagai nilai tukaran. Apabila ugutan mula menyentuh keluarga yang Deeja lindungi, dia cuba menarik diri. Malangnya, dalam dunia gelap ini tiada siapa dibenarkan pergi tanpa bayaran. Terperangkap antara dua lelaki yang sama-sama berbahaya, Deeja perlu memilih sama ada terus menjadi isteri Pakai Buang Daffi atau hancur sepenuhnya di tangan Aariz demi melindungi darah dagingnya sendiri.. ⚠️ WARNING Cerita ini mengandungi: Unsur dark romance / psychological abuse Hubungan toksik Watak lelaki red flag Bahasa dan situasi (MATURE CONTENT) ❗ Tidak sesuai untuk pembaca bawah umur atau yang sensitif. Bukan cerita cinta manis. Baca atas pilihan sendiri.
Akan Aku Kejar Jandaku by farrahynn
farrahynn
  • WpView
    Reads 1,090,015
  • WpVote
    Votes 31,644
  • WpPart
    Parts 45
Kerana satu fitnah, masjid yang dibina musnah. Naufal Iskandar buntu, setelah talak dijatuhkan, penyesalan mula menghambat diri. Cerita sebenar terbongkar. Kemaafan harus dicari. Masjid yang runtuh mahu didirikan semula bersama bidadari nya. 'Akan Aku Kejar Jandaku', bisik hatinya. Sofea Imani tidak punya peluang membela diri. Dia mangsa keadaan. Empat tahun membawa diri ke tempat orang untuk melupakan memori pahit tetapi kehadiran 'ex-husband' nya membuat memori lama segar semula. 'Seram sejuk dirinya dengan wink yang diberikan Naufal' Berjayakah si duda mengejar jandanya? psst- my 1st story. Sorry for typo and etc . Enjoy reading :-)
Suami Muda(✅) by suewisyakhaily
suewisyakhaily
  • WpView
    Reads 441,797
  • WpVote
    Votes 19,597
  • WpPart
    Parts 29
Suami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa Firdaus supaya dia berhenti lumba kereta. Seperti yang diperkatakan, mereka bersatu jua. Qistina dan Iman Firdaus, si suami muda 3 tahun. Macam manalah Qistina nak menghadap perangai suami mudanya ini? Firdaus kejap baik, kejap dingin. Pening kepala Qistina melayan. Ditambah lagi dengan bekas tunangnya. Double pening. "Aku sayang kau" - Firdaus "Saya tak pasti apa yang saya rasa pada awak" - Qistina "Ina, abang nak minta maaf" - Farid Ranking #2 in shortstory #4 in ceritapendek WARNING: This story is not mine. I am here just to share this story. And also it doesn't mean you can copy this story just because it's not mine.
That Mafia,My Hero by suewisyakhaily
suewisyakhaily
  • WpView
    Reads 1,792
  • WpVote
    Votes 103
  • WpPart
    Parts 5
WARNING: Cerita ini tidak termasuk hal-hal agama jadi akan ada plot yang tidak bersesuaian. Anggap sahaja watak-watak dia cerita ini berasal dari negara barat. "I am a Mafia leader" -Noah Mikhail "Menarik." -Nur Airisy "Apa?" -Noah Mikhail Nur Airisy seorang yang happy-go- lucky,bekerja sebagai cikgu tadika selepas graduate dari kolej. Disebabkan satu incident, dia buat keputusan untuk berpindah meninggalkan dia dengan soalan yang tak terjawab. Tapi apa yang dia tak tahu, takdir dia berkait dengan penyelamat dia yang mana merupakan seorang ketua mafia. Noah Mikhael mengetuai sekumpulan mafia terbesar dan antara yang terkenal yang digelar Thunder. Dia sukakan senyap lebih dari segalanya. Dia selalu dalam mood serius sampailah takdirnya bertembung dengan Airisy,gadis yang tak serasi dengan senyap. Selepas Noah selamatkan Airisy dan mendedahkan illegal bussiness nya,Airisy claim dia sebagai mafia hero. Apabila takdir mereka bertembung selalu,rahsia didedahkan satu persatu and masa silam mereka berkait antara satu sama lain.
AMETHYST (Siri Permata #2) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 89,604
  • WpVote
    Votes 9,080
  • WpPart
    Parts 23
An arranged marriage. A newfound love. Eidan Larez de la Cruz x Amethyst Davilla Martinez
Dalam Luka Ada Kamu by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 126,792
  • WpVote
    Votes 5,411
  • WpPart
    Parts 78
Kisah kita menjadi saksi; selepas segala yang cuba memisahkan, kita tetap menemukan satu sama lain. - Haura Malaiqa, seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu peribadi buat Tengku Rayyan. Atas layanan yang berbeza terhadap Haura Malaiqa, pembantu yang lain jadi cemburu buta dan mengatakan Haura Malaiqa sanggup menjual tubuhnya pada Tengku Rayyan agar dirinya dijadikan ratu oleh Tengku Rayyan. "Oh... sekarang aku baru faham. Kau bukannya takut sebab mummy dan daddy aku tahu pasal hubungan kita ni, kan?" "Apa maksud Tengku?" "Kau takut Ryaz tahu pasal hubungan kita ni, kan?" Hubungan apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa punyai? Rahsia apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa cuba sembunyikan? Adakah ianya benar seperti yang dikatakan pembantu lain? "Aku akan buat kau rasakan hancurnya hati aku." "Aku akan pastikan kau lihat kebahagiaan aku dengan Kamelia." "Aku akan bahagia... dengan anak yang Kamelia akan kandungkan." Sakit? Setentunya sakit tapi Haura Malaiqa sedar akan kedudukannya. Siapalah dia berbanding Kamelia yang seribu lebih jauh berbeza darinya? Dirinya hanya sekadar pembantu yang layak duduk di dapur. Sejauh manakah Haura Malaiqa perlu bertahan rasa sakit itu? Benarkah Tengku Rayyan sudah bisa menggantikan dirinya ditempat hati lelaki itu?
Suamiku Mr.Bad Boy by __clairezz
__clairezz
  • WpView
    Reads 919,387
  • WpVote
    Votes 35,822
  • WpPart
    Parts 53
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam aku dalam lif ni ? ". Kata Rafael sambil mengangkat sebelah keningnya dan mengukirkan senyuman nakal di bibirnya. " Apa maksud awak ?? awak lelaki macam mana ?". Tanya Hanania cuak. Rafael mendekatkan wajahnya pada wajah hanania dan membisikkan sesuatu. " Bad boy". Bisik Rafael.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 603,770
  • WpVote
    Votes 23,251
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026