book❤️
69 stories
Honey's Stalker by Inkyshe
Inkyshe
  • WpView
    Reads 314
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 12
Nur Tihani, minatnya terhadap dunia teater tidak pernah pudar meskipun dia tidak lagi menjadi pelakon teater. Bagi Tihani, menjadi pelakon teater membuatkan dirinya teringatkan kejadian 6 tahun lalu, yang mengubah hidup Tihani dan dia. Dia, Hud Elhan. Hud Elhan hanya mahu hubungan mereka seperti dulu. Dia tidak kisah tentang kejadian 6 tahun lalu. Tetapi dia tidak pasti apakah Tihani masih menyalahkan dirinya? Sehingga begitu susah untuk Tihani melihat wajahnya. " Kalau saya move on, kenapa awak tak boleh? " - Hud Elhan " Tipulah yang awak dah move on! Saya sendiri susah nak lupa benda tu, tak kan awak senang je? " - Nur Tihani Betul. Tihani betul. Hud mengaku, dia menipu dan dia masih belum lupakan semuanya. Semua. " Saya tak pernah lupakan awak, Honey. Dan awak, tak boleh lupakan saya. " - Honey's Stalker. cover by : Linny Remmy
MILIK IBLIS,BERWALIKAN CINTA  by raisyahsakura95
raisyahsakura95
  • WpView
    Reads 133
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 8
Iblis merantai sukmamu dengan obsesi, namun aku memerdekakanmu dengan sujud yang paling abadi.
VENGEANCE | SU by shinkejora
shinkejora
  • WpView
    Reads 501
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 26
"Jiwa yang hampir mati masih menyimpan jeritan yang belum reda." Idea since 2021 ⚠️ Peringatan Kandungan: Karya ini mengandungi tema sensitif termasuk keganasan, trauma, konflik psikologi, dan isu-isu sosial yang mungkin mencetuskan reaksi emosi tertentu kepada pembaca. Sila baca dengan pertimbangan sendiri.
Tatkala by Avelistine
Avelistine
  • WpView
    Reads 10
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
Di alam ini, banyak kaumnya. Ada saktinya, ada rahsianya. Tatkala alam berkehendak, maka tersebutlah kisah seorang ratna. Hidup sebatang kara ditinggal ibu dan ayah ke negeri yang kekal. Cantik rupawan, saling tidak tumpah akan iras ibunya. Atma Cempaka nama diberi. Rajin orangnya manis mulutunya. Hidupnya tenang namun lubuk hatinya sarat dengan amarah. Dek perbuatan orang desa, runtuhlah benteng nyawa ibu dan ayahnya. Cempaka disantuni semua warga Desa Teluk Seroja. Bukan kerana hati nan mulia namun sekadar berharap bahawa Cempaka tidak mewarisi sumpahan orang tuanya. Pembawa sial yang dicap oleh seisi desa. Hari-harinya ditemani sehelai kain batik peninggalan almarhumah ibunya. Seringkali dia sarung ke kepala saat keluar rumah mahupun saat mahu memejamkan mata. Acap kali jugalah mulut orang desa berdesis jelik saat melihat kain batik itu. Malah, ramai yang menyua Cempaka kain batik yang lebih elok. Bukan kerana ihsan melihat buruknya kain itu, melainkan benci menatap sisa peninggalan jasad yang dituduh pembawa sial. Cempaka suka akan hidupnya. Suka akan kepura-puraan orang desa, sehinggalah seorang teruna menapakkan kaki di desanya. Kedatangan yang langsung tidak disenangi Cempaka. Namun, takdir seakan mengikat simpulan rahsia buat setangkai hatinya. Cempaka akhirnya tewas, jatuh ke lubuk asmara. Malangnya, ego si ratna terlalu tinggi untuk meluahkan rasa. Ada satu perasaan halus yang meniup badai ragu di dada. Cempaka bersumpah, tidak akan membiarkan ragu itu menjadi punca kejatuhan dirinya. Biarlah sakti alam menjerat leher namun dia tidak mahu terjerat dek kebodohan diri sendiri. Nirmala Rasa Avelistine mempersembahkan, -Tatkala-
D'Far: Tales of Her Broken Soul by penasigadistulip
penasigadistulip
  • WpView
    Reads 567
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 50
♡بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم♡ ✷ Title: Tales of Her Broken Soul ✷ By Nur Dhiyafiqa🌷 ✷ Genre: Romance ✷ Subgenre: Drama | Coming-of-age | Emotional | Sad Romance | Slice of Life | Slow burn ✷ Age Rating: 18+ "Walau hati retak seribu, aku tetap bangkit mencari sinar harapan." Dhiya Farhana, seorang gadis yang membesar dengan kehilangan dan luka yang tidak pernah benar-benar sembuh. Ketika dia mula menemui kebahagiaan, takdir sekali lagi menguji dirinya dengan pengkhianatan yang mengubah seluruh hidupnya. Mampukah Dhiya menerima cinta setelah kepercayaannya musnah? Mampukah dia bangkit semula selepas jiwanya hancur berkecai? Cover by : @tsweetestrain ❤️
Delivering Amara's Heart  by prettypaet
prettypaet
  • WpView
    Reads 420
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 6
❝ 𝑨𝒔𝒉𝒘𝒊𝒏 𝑮𝒂𝒃𝒓𝒊𝒆𝒍 × 𝑵𝒂𝒚𝒍𝒂 𝑨𝒎𝒂𝒓𝒂 ❞ Nayla Amara tak pernah terfikir hidupnya akan jadi kacau hanya kerana seorang abang rider. Sebagai seorang Luxury Brand Unboxing Influencer, hidup Amara sentiasa dipenuhi kamera, lighting dan kotak-kotak berjenama yang menimbun macam gunung. Dunia dia penuh warna emas. Dan dunia itu bukan untuk orang biasa. Tetapi Ashwin Gabriel muncul dengan motor Y-Separuh dan helmet yang calar sana sini. Sejak hari itu, Nayla Amara tak pernah benar-benar kembali kepada hidupnya yang "sempurna" seperti dulu. Ashwin bukan sekadar seorang rider. Dia lelaki yang susah nak marah, susah nak mengeluh tetapi terlalu senang buat Nayla Amara hilang sabar dengan kekacipannya. Dan kadang-kadang hilang nafas sekali! Semuanya bermula apabila makanan Amara yang dipesan oleh ayahnya itu dihantar oleh Ashwin ke tempat kerja ayah Amara. Dan disebabkan tragedi nasi ayam gepuk itulah, Nayla Amara dan Ashwin Gabriel mula rapat sedikit demi sedikit. ♡ ✦ start : 22 / 10 / 25 ✦ end : ?
MOTH | OG by darwishanjwa
darwishanjwa
  • WpView
    Reads 149
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 5
"Kenapa saya? Kenapa bukan orang lain, Qayyim? Awak jauh lebih layak dapat perempuan yang boleh betul-betul cintakan awak, Qayyim. Saya ni apa yang ada je. Hidup saya pun bukan lama sangat dekat bumi ni." - JIHAN SALSABILLA "Mata saya hanya nampak awak je, Jihan. Awak lain. Lain daripada yang lain berbanding perempuan di luar sana cuma awak je yang tak nampak kelainan awak tu. Apa yang saya nampak awak jauh bersinar daripada mereka." -AHMAD PUTRA QAYYIM Dia cinta. Dia sayang. Dia suka. Dia tenang. Tenang ketika berada di sisi Qayyim namun hatinya berbisik perlahan untuk lebih baik dia mula menjauhi daripada berharap sesuatu yang sangat mustahil baginya. Kahwin? Bersama Qayyim? Siapa je tak nak kahwin dengan pilihan jejaka idamannya namun mampukah dia dapat bahagiakan Qayyim sedangkan dirinya berada dalam perang antara nyawa dan sakitnya? "Kalau suatu hari saya dah takde saya nak sangat awak carilah seseorang bidadari yang serasi dengan awak, Qayyim." - JIHAN SALSABILLA "Nope. Saya tetap nak awak yang jadi pilihan hati saya di akhirat kelak." - AHMAD PUTRA QAYYIM .... "Assalamualaikum, Tuan Qayyim. Saya Jannah Salsabilla merupakan setiausaha baru untuk Tuan Qayyim." - JANNAH SALSABILLA Nama yang lebih kurang sama. Wajah mereka saling tidak tumpah seperti pasangan adik-beradik kembar yang bagai hilang sekian lama. Namun dari segi keperibadiaan dan personaliti jauh berbeza dengan wanita yang sangat dia rindui. Sungguh dia tipu pada perasaannya sendiri. Dia rindu tetapi dikala hatinya perlu menerima kenyataan. "She forever be Moth Qayyim eventhough her figure not here,"
Miracle Dari Langit (C) by naura_modric
naura_modric
  • WpView
    Reads 9,591
  • WpVote
    Votes 678
  • WpPart
    Parts 52
Kai Hakeemi dan Safa Ufairah sudah berkawan hampir separuh hidup mereka. Daripada padang sekolah, kedai buku, mamak tengah malam, hinggalah ke hari-hari biasa yang tak pernah terasa biasa bila dilalui bersama. Semua orang menyangka mereka akan bercinta. Mereka pula sibuk menafikan. Sampailah satu hari, mereka sedar bahawa rumah yang selama ini mereka cari sebenarnya sentiasa berada di sisi masing-masing. Namun, kehidupan tak pernah bergerak mengikut rancangan. Di sebalik gelak tawa, gurauan dan kasih sayang yang semakin mendalam, ada ujian yang datang tanpa amaran. Ujian yang membuatkan mereka belajar bahawa cinta bukan sekadar tentang memiliki, tetapi tentang memilih seseorang setiap hari, walaupun ketika hati sedang rapuh. Ini bukan kisah cinta yang sempurna. Ini kisah dua sahabat yang jatuh cinta. Dan satu keajaiban yang datang dari langit ketika mereka hampir berhenti berharap.
NUKILAN TAKDIR KITA [COMPLETE] by cik_akasa
cik_akasa
  • WpView
    Reads 2,600
  • WpVote
    Votes 418
  • WpPart
    Parts 46
'Our past sin just a part of the book...' Cinta. Satu perasaan yang suci sekiranya dijaga dengan baik. Jika satu titik hitam dibiarkan menguasai, maka hancurlah perasaan itu. Hanya satu malam sebelum semuanya musnah. "Aku takkan bertanggungjawab dekat kau. Jangan cari aku lagi." - Dauriel Izzfar. "Saya takkan maafkan awak, Dauriel. Saya akan ingat apa yang awak dah buat... sampai bila-bila." - Isha Dafiya. Dibuang oleh suaminya sendiri kerana difitnah. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Dia kembali ke jalan sang pencipta yang telah lama dia tinggalkan dahulu. Dia kini bangkit meneruskan kehidupannya bersama anak lelaki yang dibesarkan sendirian. Isha bekerja di salah sebuah syarikat IT yang terkemuka, I-Tech, tanpa menyedari bahawa takdir membawa pertemuan mereka semula setelah 6 tahun berlalu. Lebih parah lagi, lelaki itu merupakan CEO baharu di syarikatnya bekerja. "It's nice to meet you again, Dafiya." - Dauriel Izzfar. "Nice? Sure, just like everything you said back then... sounded nice too." - Isha Dafiya. Dauriel sedar akan kesilapannya di masa lalu, cuba menebus kembali khilafnya. Namun, hati yang sudah lama menahan luka tidak mudah sembuh. Adakah mereka akan kembali bersama? Atau sekadar kenangan menjadi peneman hidup sahaja? #Don't plagiat #Enjoy Reading