CUTIESSS
4 stories
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,516,431
  • WpVote
    Votes 393,663
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Si tulip's untuk Affan Danish | CS by Thenranbalqisss_
Thenranbalqisss_
  • WpView
    Reads 47
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 2
Kau yang buat aku jatuh hati pada kau Muhammad Syed Affan Danish bukan lelaki sempurna. Dia dingin, ego, dan sering menyembunyikan masalahnya dengan senyuman. Sebagai seorang anggota polis berpangkat Inspektor, di sebalik sikap santainya, Affan terperangkap dalam konflik keluarga yang tidak pernah selesai - tekanan, kekecewaan, dan keputusan silam yang menghantui hidupnya. Nurul Alyah Humaira pula seorang gadis lembut yang terlalu mudah percaya. Seorang doktor bedah profesional yang terkenal satu hospital. Dia menyimpan rasa benci yang bercampur cinta, terutama selepas satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Malam yang sepatutnya dia bergelar sebagai tunang orang dirampas begitu sahaja. Hubungan mereka bermula dengan pertengkaran, sindiran, dan jenaka yang menutup luka. Namun apabila rahsia mula terbongkar, cinta yang lahir daripada kesilapan bertukar menjadi beban. Kehadiran orang ketiga, pengkhianatan, dan kecurangan membuatkan Alyah belajar bahawa tidak semua cinta patut dipertahankan. Affan cuba menebus kesilapannya ketika semuanya sudah terlambat. Di saat dia akhirnya sedar siapa yang benar-benar dicintai, Alyah memilih untuk pergi - bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana terlalu sakit untuk terus tinggal. Dalam kisah ini, cinta bukan tentang bahagia. Ia tentang penyesalan, kehilangan, dan hati yang tidak sempat diperbaiki. Kadang-kadang, yang paling menyakitkan bukanlah perpisahan... tetapi hakikat bahawa mereka saling mencintai namun pada waktu yang salah. saya minta maaf segala kekurangan dalam cerita ini. ♡
My Husband Mr. Coffee [SHORT STORY] by mysderra
mysderra
  • WpView
    Reads 732
  • WpVote
    Votes 293
  • WpPart
    Parts 7
𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 𝐌𝐑. 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄 ☕🥞 Semuanya bermula dengan satu kesilapan sebuah kereta Saga yang merempuh sebuah kafe kecil. Di situlah Tengku Rayzi Daniell dan Nur Bunga Dahlia pertama kali bertentang mata, dengan ego tinggi dan mulut pedas sebagai salam perkenalan. Rayzi, lelaki yang yakin dan tidak suka dipersoalkan, sering hadir ke kafe itu dengan alasan urusan dan kopi. Bunga pula, pemilik kafe yang tegas dan teliti, tidak pernah menyangka hidupnya akan kerap diganggu oleh seorang lelaki yang pandai menyakitkan hati. Setiap pertemuan dipenuhi sindiran dan pertengkaran kecil, namun tanpa disedari, keselesaan mula menyelinap di celah kebencian. Dari benci yang pura-pura, hadir perhatian yang tidak diundang, dan rasa yang sukar dinafikan. It's just a stupid crush, right? Aku tak suka dia pun. It's probably nothing. Yeah... nothing ─Tengku Rayzi Daniell Bunga tolong jangan jatuh hati. Kau tahu dia tu bukan untuk kau. Tapi hati ni degil sangat... just chill, girl. Chill ─Nur Bunga Dahlia Takdir mempertemukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dirancang perkahwinan yang bermula tanpa cinta, tetapi perlahan-lahan mengajar mereka tentang kepercayaan, penerimaan dan makna rumah. Dalam kehidupan berumah tangga yang penuh gelak tawa, kopi menjadi saksi, ego diuji, dan cinta belajar untuk tumbuh dengan cara yang paling sederhana. Apabila benci bertukar menjadi rindu, dan musuh menjadi pasangan hidup, mampukah Rayzi dan Bunga menerima bahawa cinta kadang-kadang hadir... tanpa dirancang, namun tepat pada waktunya? Hak milik mysderra - 2026 ®
PAPER HEART [OG] by -mssnow
-mssnow
  • WpView
    Reads 380
  • WpVote
    Votes 213
  • WpPart
    Parts 7
[SECOND BOOK] Siapa sangka, terjatuh cinta dengan sahabat baik abang sendiri. Dhia Naurah seorang gadis polos, lembut dan terlalu mengikut kata orang. Dia tidak pandai menyimpan rahsia; apa yang terlintas di hati, itulah yang terucap di bibir. Kerana sifat itu, Dhia membesar tanpa ramai kawan dan sering menjadi bahan ejekan. Segalanya bermula apabila abangnya, Afiq Zafran, gemar meninggalkan Dhia sendirian di rumah. Hingga satu hari, Afiq membawa Dhia ke rumah rakan-rakannya untuk melepak bersama. Sejak itu, Dhia sering mengikut abangnya ke mana sahaja dia pergi. Di situlah Dhia bertemu kembali dengan Amer Hakim sahabat baik abangnya yang pernah menjadi cinta diam-diam Dhia sejak zaman sekolah. Namun perasaan itu hanya dipendam. Dhia merasakan dirinya tidak layak untuk dicintai, apatah lagi setelah sering diejek kerana paras rupa. Afiq Zafran, seorang abang yang gemar menyakat adiknya tanpa henti. Di hadapan rakan-rakannya, gurauan Afiq sering membuatkan Dhia terluka hingga menitiskan air mata. Berbeza dengan Amer Haqeem seorang lelaki penyayang dan matang. Dia tidak pernah menyakat Dhia, malah sering menjadi orang yang memujuk setiap kali Dhia tersakiti sama ada oleh kata-kata orang lain atau abangnya sendiri. Perasaan yang dahulu hanya sekadar rasa, kini semakin kuat seiring waktu mereka membesar bersama. Amer kini berkhidmat sebagai anggota grup gerak khas seperti komando (GGK), manakala afiq bekerja sebagai anggota tdm , menyebabkan pertemuan mereka semakin jarang. Manakala Dhia masih bergelar pelajar Universiti Malaya, meneruskan pengajiannya tanpa mengetahui bahawa perasaan yang dipendam itu bakal diuji oleh jarak, masa dan takdir.