haniserenea
- Behind the victory is a story no one knows
DEMI memrungkaikan sindiket dadah yang semakin berleluasa, Arisha Mikayla terpaksa berkerjasama dengan musuh ketatnya dari zaman persekolahan- Aydan Qaisar.
Kali ini, mereka bukan lagi bersaing untuk merebut tempat pertama dalam peperiksaan. Sebaliknya, mereka terpaksa mengetepikan ego dan bekerjasama demi merungkai satu kes yang jauh lebih berbahaya.
Arisha, seorang gadis yang memiliki sifat ingin tahu yang tinggi, mula menyedari bahawa Aydan Qaisar menyimpan terlalu banyak rahsia di sebalik topeng yang sering dipakai.
"Aku cuma nak tolong kau. Kenapa kau asyik meremehkan pertolongan aku?" - Arisha
"Stop it, Arisha. Kau takkan mampu tolong aku." - Aydan
Namun, semakin akrab hubungan mereka, semakin banyak perkara yang Arisha temui tentang lelaki itu.
Aydan bukanlah lelaki biasa.
Di sebalik ketegasan dan sikap dinginnya, tersembunyi sisi gelap yang tidak mampu dirungkaikan oleh sesiapa. Dan semakin Arisha cuba memahami dirinya, semakin Arisha tertanya-tanya.
Adakah semua itu berpunca daripada masa silam yang menghantuinya?
Atau itulah diri sebenar Aydan Qaisar yang selama ini disembunyikan daripada pandangan dunia?
"You are trapped, Arisha. You can't just leave me now." - Aydan
Apabila kebenaran mula terbongkar, Arisha perlu membuat pilihan.
Untuk terus berada di sisi lelaki yang penuh rahsia itu...
atau menyelamatkan dirinya sebelum semuanya terlambat.