amantes_de_la_novela
Satu peristiwa lama kembali datang ke mindanya, satu peristiwa yang membuat dirinya hampir gila. Namun hidup perlu diteruskan, tidak mungkin keranakan seorang lelaki dia akan gila kan? Suatu hari, semuanya berulang. Arsyad Nashriq kembali menunjukkan cintanya selepas peristiwa kejam dua tahun lepas.
"Kau nak apa? Nak bunuh aku macam mana kau bunuh Adrianna dulu? Aku takkan kembalilah! Pergi mati!" - Nadiyya Syafiyya
"Tak diyya, kalini.. saya datang betul-betul untuk awak. Tolong, kalini je.. bagi saya peluang untuk baiki semua kesilapan saya dulu." - Arsyad Nashriq
Arsyad Nashriq tahu, Nadiyya sakit selepas apa yang dia lakukan 5 tahun lepas. Namun, dia takkan menyerah. Dia akan terus cuba dan cuba lagi, sehingga dia berjaya merebut hati Nadiyya kembali.
"Saya tahu, saya salah.. saya dah buat awak hilang segalanya. Tapi saya dah menyesal, saya menyesal sangat. Saya minta maaf." - Arsyad Nashriq
"Maaf? Apa yang kau tahu tentang maaf? Apa yang kau tahu tentang maaf? Maaf kau tu tak ada harga dekat mata aku, jadi tolonglah berambus dari hidup aku!" - Nadiyya Syafiyya
Keadaan menjadi semakin rumit disaat seorang jejaka hadir dihidup Nadiyya Syafiyya, menjadi pelindung dan peneman. Namun Arsyad Nashriq tahu bahawa ada udang di sebalik batu. Dia cuba memberitahu Nadiyya tapi tidak didengarnya.
"She's mine! Only mine!" - Arsyad Nashriq
"Milik kau? Kalau milik kau, kenapa dia boleh dekat dengan aku? Like this, hahaha. Dia memang milik kau, tapi hanya dalam mimpi kau!" - Rayyan
Mungkin benar, Nadiyya miliknya namun hanya didalam mimpi. Andai, mereka sudah berkahwin.. mungkin Arsyad dapat melindunginya dengan lebih lagi.
'Satu hari nanti, awak akan tahu kenapa saya buat macamtu. Kenapa saya tinggal Adrianna dekat situ, mungkin.. saya sakit, tapi saya sedar bahawa awak lebih sakit.' - Arsyad Nashriq
Disaat dua hati terluka, apakah cita akan bersemi kembali? Mereka juga hamba yang tidak mengetahui pengakhir dari kisah mereka, hanya tuhan yang tahu.