Syahirah Collection 🥞
142 stories
Her Protector by littlejmn
littlejmn
  • WpView
    Reads 27,496
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 1
[HER SERIES VOL 1] HAZEL INARA • TENGKU ARFAN LUAAY Mereka yang disatukan tanpa cinta. [New Version] [Known as Arfan's] Start: 25 | 09 | 2026 End: Cliche - Cringe
Isteri Pilihan Syurga (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 78,011
  • WpVote
    Votes 3,375
  • WpPart
    Parts 44
Bella Yumna dan Taufiq Firdaus berkahwin kerana saling mencintai. Namun, setelah tiga tahun, rumah tangga mereka diancam penceraian. "Taufiq Firdaus, tolong lepaskan saya." - Bella Yumna Tindakan Puan Sri Sabrina, ibu kandung kepada Taufiq lagi mengeruhkan keadaan. Soal zuriat menjadi alasan untuk wanita itu menyakiti hati Bella. Bahkan, Puan Sri Sabrina telah memilih Wafa Hanan sebagai isteri kedua Taufiq. "Wafa... Kak Bella nak melamar Wafa sebagai isteri Abang Taufiq." - Bella Yumna "Kita jumpa di mahkamah selepas saya kahwin. Saya nak awak tetap jadi isteri saya dan tengok sendiri saya jadi suami perempuan lain." - Taufiq Firdaus Kerana permintaan Taufiq, Bella terus kuatkan hati dan melihat suami sendiri berkahwin. Kerana masih ada cinta, Taufiq belum berhenti memujuk supaya mereka berdua tak perlu berpisah. Setelah itu, Bella hilang begitu sahaja daripada Taufiq. Sepanjang menghilang, Bella membina hidupnya semula. Seorang lelaki juga hadir melafazkan cinta. "Awak tahu kan saya ikhlas cintakan awak. Tapi, saya tahu cinta saya itu tabu." - Ahmad Baihaqi Tidak sedar dua tahun masa berlalu, Taufiq, Wafa dan Bella bertemu semula di bumi Amsterdam. Mungkin, pertemuan kali ini bakal menoktahkan segalanya. Bella mahu menyelesaikan urusan yang tertunda. Taufiq juga merancang untuk tidak mengikat Bella lagi sehingga... "Abang, Kak Bella masih isteri abang yang sah. Wafa nak Kak Bella jadi isteri abang seperti dulu, sebelum Wafa muncul." - Wafa Hanan Bella dihimpit oleh Wafa. Antara Taufiq Firdaus dan Ahmad Baihaqi, dengan siapakah Bella akan bergelar isteri pilihan syurga?
Sebening Doa, Seindah Cinta [Complete] by naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Reads 7,494
  • WpVote
    Votes 239
  • WpPart
    Parts 31
Mengisahkan perjalanan Firdaus dan Hana, pasangan yang disatukan oleh cinta tetapi diuji oleh keadaan. Firdaus, seorang anggota elit PASKAL, hidup di antara bahaya dan pengorbanan, sementara Hana, seorang wanita yang tegar, belajar untuk mencintai dan memahami suaminya yang selalu terikat dengan tugas negara. Ketika jarak menjadi tembok, cinta mereka diuji oleh kepercayaan. Ketika kesakitan menjadi rintangan, doa menjadi kekuatan. Mereka belajar bahawa cinta sejati adalah tentang melengkapi dari segi kekuatan, kelemahan, dan pengorbanan. Namun, di tengah semua dugaan, adakah mereka mampu mempertahankan kasih yang dibina? Atau akan datang satu hari di mana cinta itu diuji hingga ke batasnya? Nikmati kisah ini untuk menyaksikan cinta yang lahir di antara doa dan pengorbanan yang seindah langit dan lautan. Hana Mikaila X Mejar Firdaus Hazimi
Bicara Sunyi Sebuah Kasih [Completed & Revised] by naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Reads 168,319
  • WpVote
    Votes 4,457
  • WpPart
    Parts 49
Alya, gadis bisu yang tidak pernah didengari suaranya-bukan kerana dia tidak mahu bersuara, tetapi kerana dunia tidak pernah mahu mendengar. Hidup dalam bayang-bayang penderitaan dan layanan keluarga yang mencarik maruah, dia dipaksa menikahi Faris, lelaki misteri yang disangkakan biasa, namun rupa-rupanya seorang Mejar dalam pasukan elit 21 Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia (21 GGK TDM). Perkahwinan itu bukan tentang cinta, tapi pengorbanan. Dua jiwa yang tak pernah saling mengenali kini berkongsi satu atap, satu takdir. Alya dengan dunia sunyinya, dan Faris dengan rahsia perjuangannya. Dalam diam, kasih mula bercambah. Dalam senyap, luka lama cuba disembuhkan. Namun, kehidupan mereka tidak pernah mudah. Ketika misi sulit negara mula menyentuh pintu rumah, dan rahsia masa silam mengintai bahagia yang baru tumbuh, adakah hati mereka cukup kuat untuk bertahan? Bicara tidak perlu suara, tapi cukuplah kasih yang memahami dalam diam, dan cinta yang berjuang dalam sunyi. Mejar Faris 21 GGK X Alya
His Penicillin (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 74,123
  • WpVote
    Votes 2,213
  • WpPart
    Parts 88
2nd Book | PANDORA series | Cecil Adonis & Sylvia Elena | Cecil membesar tanpa kasih sayang. Kehilangan ibunya, diabaikan ayahnya dan hanya diselamatkan oleh Akitora, lelaki misteri yang menjadi 'father figure' dan membawa Cecil menubuhkan Serenity, organisasi yang menyelamatkan kanak-kanak. Pertemuan dengan Sylvia Elena mengembalikan ketenangan yang hilang. Bagi Cecil, Sylvia ialah penawar yang menutup luka lamanya. Namun, rahsia dan trauma yang dipendam membuatkan Sylvia menjauh, merasakan dirinya hanya diperlukan bila Cecil mencari bahagia. Satu pertengkaran memutuskan hubungan mereka. Sepuluh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Cecil muncul dengan identiti baharu, cuba menawan hati Sylvia sekali lagi. Tetapi masa lalu yang menghantuinya kembali, memaksa Cecil memilih untuk melarikan diri atau akhirnya berjuang untuk cinta yang pernah dia lepaskan.
SUAMIKU, BUAYA DARAT (COMPLETED) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 35,222
  • WpVote
    Votes 1,710
  • WpPart
    Parts 40
Suria Zinnirah dambakan lelaki yang tinggi budi pekerti dan meratukan perempuan sebagai seorang suami. Namun, angan-angan tinggal khayalan kosong apabila dia menjadi seorang isteri kepada lelaki buaya darat. Besar tanggungjawabnya yang diharapkan untuk mengubah lelaki itu menjadi lelaki sempurna. Syakir Danish pula rela bergelar suami kerana mengidamkan kerusi CEO di syarikat milik papanya. Dia sedar tentang rancangan keluarganya melibatkan Suria. Bahkan, dia sedia maklum tentang penerimaan Suria hanya kerana ingin membalas budi keluarganya. "Abang cabar Suria untuk buat abang jatuh cinta terhadap Suria. Suria tahu kan betapa gilanya abang apabila abang cintakan seseorang. Abang sanggup buat apa sahaja asalkan Suria tidak tikam belakang abang seperti....." Bahtera rumah tangga dilayari jua. Syakir masih dengan sikapnya manakala Suria pula terus bertahan dengan rancangannya. Suria ada caranya yang tersendiri untuk menundukkan Syakir. "Sampai hati tak ajak suami makan sama-sama." - Syakir Danish "Laaa.... Abang kata jangan buat perkara yang abang tak suruh. Tadi, abang tak suruh pun Suria panggil abang bila nak makan." - Suria Zinnirah Tatkala sinar bahagia mula terang, kemunculan Hakimi dan Husna mula menggoyahkan segalanya. "Suria tak nak tengok lagi muka abang. Suria jijik!" - Suria Zinnirah "Sayang, jangan buang abang. Abang cintakan sayang seorang sahaja." - Syakir Danish Mampukah Suria mendapatkan lelaki sempurna yang dia idamkan selama ini? Dapatkah Syakir berubah dan menjadikan Suria wanita paling bahagia selamanya?
Ayra Untuk Affan by Kay-laa
Kay-laa
  • WpView
    Reads 254,738
  • WpVote
    Votes 11,090
  • WpPart
    Parts 74
Affan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjaya tanpa pengaruh daripada seorang bapa.Bagi dia papanya sudah lama tidak wujud selepas menyakiti hati umminya.Patah hati membuatkan dia tak mahu bercinta lagi. Ayra - gadis lemah lembut dengan masa silam yang mahu dia lupakan.Tak pernah dalam hidupnya terfikir untuk bertemu lelaki yang boleh menerima dia dan masa lalunya. "Kita kahwin.." - Abang Is "Abang ni gila ke?" - Ayra Pertemuan semula setelah tiga tahun dengan Abang Is membuat hidup Ayra kucar-kacir semula.Episod depresinya berulang lagi.Lebih menghancurkan hati,ibu yang sepatutnya menjadi pelindung menjadi orang yang menidakkan trauma yang Ayra hadapi. Siapa sangka Affan yang datang hanya sebagai kenalan kepada Khai,abang sepupu Ayra dan cucu angkat kepada nenek Ayra telah membuka lembaran dan episod baru ke dalam hidup Ayra. Namun,dendam dan keinginan Abang Is untuk memiliki Ayra sering menghalang.Mampukah Ayra dan Affan tetap bersama biarpun banyak kejadian yang mungkin jadi alasan untuk mereka berpisah?
PLAY DATE MATCHMAKERS by sirenaynur
sirenaynur
  • WpView
    Reads 448
  • WpVote
    Votes 107
  • WpPart
    Parts 15
Selepas bertahun-tahun di luar negara, Arfan pulang dengan harapan untuk berehat tanpa gangguan. Namun, dia terpaksa menerima hakikat bahawa biliknya telah ditakluki orang lain, cutinya menjadi kucar-kacir dan dia perlu menjaga tiga orang kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kerenah aneh. Paling tidak disangka, dia perlu bekerjasama dengan orang yang dia mahu elak. Afiyah Aesha, gadis yang sentiasa membuatkan harinya riuh sejak mereka kecil lagi. Mampukah Arfan bertahan di dalam rumah yang tidak lagi tenang? Atau ketenangan sebenar itu datang daripada memori yang dicipta bersama? START: 2 AUGUST 2026 END: Cover by pretty @deloveririka on Instagram.
Berikan Aku Bahagia[UnEdit] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 594,394
  • WpVote
    Votes 16,579
  • WpPart
    Parts 69
HANYA kerana peristiwa yang terjadi, dia berubah dari seorang yang ceria kepada beku dan dingin. Peristiwa yang berlalu bukan atas kehendaknya. Selepas beberapa tahun, dia ditemukan dengan seorang wanita yang telah menambat hatinya. Tanpa berfikir panjang, dia mengikat wanita tersebut dengan ikatan perkahwinan walaupun wanita tersebut tidak ada perasaan suka atau cinta padanya. Tekad dihati ditanam dalam - dalam yang dia akan membuatkan wanita itu jatuh cinta dengannya. Bahagia yang datang tak sepenuhnya dapat digenggam bila dia difitnah hingga membuatkan rumah tangganya porak peranda. Konflik rumah tangganya, konflik keluarganya membuatkan dirinya hampir - hampir berputus asa namun sokongan dari sahabat - sahabatnya membuatkan semangatnya tinggi untuk menawan hati si isteri yang tinggi setinggi gunung Everest. Satu persatu cara dilakukan untuk membuka pintu hati isterinya semula yang bagai seketat - ketat kawalan di istana ratu Elizabeth di UK. "Sayang, sayang maafkan abang. " "Tak nak. Pergi dari sini, aku tak suka tengok kau. " "Sayang! " "Jangan panggil aku sayang. Aku tak suka." "Dian. " "Eeeehh.... " Rahsia yang disimpan kemas selama ini terbongkar dan menambahkan lagi ke salah fahaman yang berlaku. Rahsia yang menyebabkan nyawa isterinya, nyawa keluarga isterinya dan nyawa keluarganya terancam. Riz Amsyar yang sebenar yang selama ini disembunyikan sebaik mungkin dengan Riz Amsyar yang baru, terbangun bila musuhnya tidak mengendahkan amarannya supaya menjarakkan diri darinya. Mampukah dia mencapai bahagia yang dikejarnya? Mampukah dia menyelesaikan konflik rumah tangganya. Konflik keluarganya. Semuanya bergantung pada Riz Amsyar Yazreelluddin dan doa pada Tuhan yang Esa
+20 more
SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C] by Qaynyy
Qaynyy
  • WpView
    Reads 1,219,826
  • WpVote
    Votes 50,180
  • WpPart
    Parts 73
🏆 Ranking 1 Of Lecturer ( 14/11) BEST BOOK OF ROMANCE || LECTURER + STUDENT || ROMANCE STORY 2021 ADELIA SYAURA, pelajar yang 'sosial' suka melawan tapi baik. Aik, jadi jahat pun boleh kata baik ? Apa yang perkara baik yang dia buat ? Kehidupannya bertambah huru hara bila dia dikhawinkan dengan pensyarah satu kolej dengannya. Bertambah pening kepala Adelia Syaura apabila dia selalu dipanggil oleh pensyarahnya merangkap SUAMINYA. " Ura sayang..nanti jumpa saya dekat office yee.." Zayne Darris " Kenapa aku kena dengar cakap dia ? sebab suami ? ahh..kalau tak dengar nanti tak bau syurga.." Adelia Syaura ku " Awak..saya dah lama tunggu awak.." Mia " Adell kalaulah masa itu boleh putar aku akan tebus semua kesalahan aku kat kau..." Nadine Bila Adelia Syaura mula memainkan peranan untuk menyambut cinta suaminya datang masalah yang dia sendiri tidak sangka akan mengakibatkan hatinya terluka. Zayne yang penuh rahsia telah membuatkan Syaura melarikan diri jauh dari Zayne. Apa yang akan terjadi selepas Zayne dapat tahu Syaura meninggalkan dirinya. Mia dan Nadine masing-masing tidak mahu mengalah malah ingin meruntuhkan masjid yang dibina oleh Zayne dan Syaura. INFORMATION Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang lain..tiada sebarang copy paste berlaku ya anak-anak..sekiranya nampak macam sama, itu hanyalah kebetulan semata-mata.