Pillow petals 🤍
5 historias
Kisah Sempurna Milik Kita por lovienaera
lovienaera
  • WpView
    LECTURAS 37
  • WpVote
    Votos 12
  • WpPart
    Partes 4
Bagi Narra, kisah cinta yang sempurna itu hanyalah rekaan semata-mata. Dia tidak pernah percaya akan kisah cinta yang tulus sehinggalah dia bertemu dengan Fateh, Fateh Al Basheer. Narra Maysarah, dia tidak pernah menyangka-kehadiran Fateh dalam hidupnya benar-benar mengubah kehidupannya. Hidupnya dulu yang kelam, tidak berwarna... berubah menjadi bahagia, penuh warna warni ketika bertemu dengan Fateh. Bagi Fateh, gadis seperti Narra tidak sesuai untuk berdamping dengan dirinya. Mana kan tidak, dirinya yang terlalu kasar dan ganas tidak sesuai untuk bersama dengan gadis ayu dan lembut seperti Narra. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk Narra mendekati dirinya. Gadis itu nekad. Dia benar-benar ingin mengejar cinta Fateh meskipun sudah ditolak beribu kali. Hal itu tidak membuatkan Narra berundur. "Apa masalah kau ni, Narra? Aku dah cakap aku taknak kau. Kenapa degil sangat?" - Fateh Al Basheer "Kalau tak degil, Narra tak akan dapat Fateh." Narra Maysarah Fateh menggeleng-gelengkan kepalanya saat mendengar jawapan Narra yang tidak masuk dek akal fikirannya. "Sudah-sudahlah, Narra. Aku taknak kau. Kenapa tak faham bahasa ni?" - Fateh Al Basheer "Sorry. Narra faham bahasa cinta kita je hihi." - Narra Mysarah START : 03/01/2026 END :
Left the Light On [OG] por hhikmassn
hhikmassn
  • WpView
    LECTURAS 203
  • WpVote
    Votos 29
  • WpPart
    Partes 10
Safa Marha tak pernah pinta takdir mempertemukannya dengan Rayel Isa. Budak lelaki yang petah menyakitkan hati. Yang matanya penuh amarah, tapi suaranya selalu berjaya menyelinap masuk ke ruang yang tak ingin Safa buka. "Kau jangan fikir semua orang suka tengok muka kau tu." - Safa Marha "Aku tak perlukan semua orang. Seorang pun cukup... asalkan orang tu kau." - Rayel Isa Mereka bermula dengan sengketa. Berlaga kata, berbalas pandang yang sarat benci, atau mungkin takut pada rasa yang belum difahami. Namun satu demi satu, Safa melihat sisi Rayel yang tak pernah dipamerkan kepada dunia. Sisi yang sedang belajar menjadi manusia. Bukan untuk dipuji. Bukan untuk diterima. Tapi kerana ada satu hati, yang diam-diam dia mahu jaga. Rayel bukan watak lelaki dalam kisah dongeng. Dia penuh retak, luka yang tak pernah sembuh, dan malam-malam yang terlalu sunyi untuk anak seusianya. Tapi di depan Safa, dia tak lagi perlu pura-pura kuat. Dan Safa... perlahan-lahan melepaskan bencinya. Menukar diam jadi doa. "Macam mana kau boleh yakin yang kau boleh berubah?" - Safa Marha "Sebab kau orang pertama yang percaya aku mampu." - Rayel Isa Tak pernah ada ucapan cinta, tiada janji manis yang dijahit dalam dialog dramatik. Cuma dua jiwa yang tahu, suatu hari nanti, bila dunia tak lagi menghukum, mereka akan bertemu di tempat yang sering mereka sebut sebagai 'nanti.' Tapi hidup tak pernah janji untuk menunggu. Dan cinta... selalu diuji dengan masa yang tak cukup panjang. "Kalau satu hari nanti aku tak sempat bagitahu... terima kasih sebab jadi cahaya aku. Walau sekejap." Dan jika cahaya itu masih menyala, masihkah hati yang pernah disinari itu, sudi kembali... hanya untuk melihatnya sekali lagi?
Qaid Alana por fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    LECTURAS 438,864
  • WpVote
    Votos 22,965
  • WpPart
    Partes 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!
Where We Choose To Stay | Slow Update  por arysthnae
arysthnae
  • WpView
    LECTURAS 16,261
  • WpVote
    Votos 611
  • WpPart
    Partes 3
[ ON GOING ] Asher Aviel Aretas & Irene Sophia start : 19 / 9 / 21 end : - all right reserved by @arysthnae
𝐌𝐈𝐃𝐃𝐋𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐍𝐈𝐆𝐇𝐓 por raeyshx
raeyshx
  • WpView
    LECTURAS 272
  • WpVote
    Votos 58
  • WpPart
    Partes 17
Dua kerajaan. Satu sumpahan. Cinta yang tak sepatutnya hidup. Berabad lamanya, Lumeria dan Noctyra bermusuhan selepas pewaris Noctyra dibunuh pada malam perkahwinan diraja. Dendam itu mewarisi setiap generasi. Segalanya berubah apabila Lunaria Ariella Seraphielle termakan buah misteri dan setiap pertengahan malam, tubuhnya ditarik ke sebuah alam gelap. Tempat dia bertemu musuh turun-temurunnya, Dazryan Altair Noctarys. Dalam alam itu, mereka menemukan kebenaran tragedi silam dan satu pilihan kejam yang menunggu. Hanya satu boleh hidup. Yang mati menghapus sumpahan. Yang hidup menyelamatkan kerajaannya. Jika mereka enggan memilih... kedua-duanya akan lenyap bersama. Dalam dunia di mana tiada yang abadi, adakah cinta mereka bernilai lebih daripada sebuah kerajaan?