𝕸𝖞 𝖗𝖊𝖆𝖉𝖎𝖓𝖌 𝖑𝖎𝖘𝖙 🕸
7 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,195,795
  • WpVote
    Votes 93,528
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
𝐀𝐋𝐄𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐎 𝐃'𝐀𝐑𝐂𝐘 by msflwrrr
msflwrrr
  • WpView
    Reads 673
  • WpVote
    Votes 109
  • WpPart
    Parts 24
𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 𝜗𝜚 𝐀𝐥𝐞𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐨 𝐃'𝐀𝐫𝐜𝐲 ♡ 𝐋𝐢𝐨𝐧𝐚 𝐌𝐨𝐫𝐞𝐥𝐥𝐢 ࣪˖ ִ𐙚 Alessandro D'Arcy bukan lelaki biasa. Dia memegang gelaran Re Diavolo yang digeruni seluruh dunia dalam dunia gelap. Kejam. Dingin. Lebih dari sesuai untuk gelaran itu. Liona Morelli hanyalah gadis biasa. Sekadar anak angkat dalam keluarga kaya. Masih belajar dalam bidang perniagaan. Cita-citanya untuk berjaya dan balas budi keluarga angkatnya. Fikir Liona hidupnya akan menjadi normal seperti orang lain. Sehinggalah dia berjumpa dengan jejaka beraura misteri itu. Dia selalu diingatkan untuk menjauh dari lelaki itu. Entah mengapa, dia sering tertarik dengan Alessandro. Mulut menafi. Tetapi adakah begitu juga dengan hati? Dari rasa ingin tahu kepada minat, akhirnya masing-masing terjerumus ke dalam perasaan yang lebih dalam. Setelah Liona mengenali Alessandro yang sebenar, sudah terlambat untuk dia melarikan diri. Dia terperangkap dalam dunia Alessandro. "She can run away from everyone. But never from me."
MR. RIDER ITU MILIKKU!! [C] || ebook 2027 by nurrisafr
nurrisafr
  • WpView
    Reads 6,985
  • WpVote
    Votes 977
  • WpPart
    Parts 37
dia yang ku benci telah menjadi milikku... "Aku tak akan sia-sia kan kau." *maaf jika ada tersalah bahasa atau ejaan ye...
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 | COMPLETED by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 3,517,859
  • WpVote
    Votes 133,303
  • WpPart
    Parts 76
[ WATTPAD VERSION ONLY] 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠.𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐞𝐤𝐨𝐫 '𝐌𝐚𝐫𝐢𝐩𝐨𝐬𝐬𝐚' 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐣𝐚, 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐛𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚... 𝐏𝐞𝐝𝐢𝐡, 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐬𝐮𝐤 𝐝𝐮𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐃𝐢𝐩𝐚𝐠𝐚𝐫 ,𝐝𝐢𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢.
Loving And Loved by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 163,467
  • WpVote
    Votes 6,738
  • WpPart
    Parts 52
Hazz Edraqi | Dahlia Evelyn Disebalik tenangnya wajah dia, tersimpan satu memori gelap yang dia cuba padam sehingga menetapkan CINTA bukan satu prioriti buat dirinya. Orangnya dingin, perangainya pun kurang sopan! Tapi entah kenapa, dia sentiasa diterima oleh semua orang. Dia Hazz Edraqi. "Tolong simpan perasaan kau tu dalam-dalam sebab aku tak peduli pun." - HAZZ EDRAQI Ya ke tak peduli? Setiap patah kata yang keluar dari mulut lancang lelaki itu memicu rasa ingin tahu anak dara majikannya. Orangnya berperangai bebas tapi hidup dikongkong orang tua. Misinya hanya satu, berkahwin dengan Edraqi dan bebas dari dikongkong mummy dan daddy serta abangnya yang gila. Dia Dahlia Evelyn. "Be my husband. I'll show you how love can make your everyday worth living." - DAHLIA EVELYN Namun siapa sangka, baru hari pertama kahwin dah berbincang pasal penceraian. Gila! Dikala mereka berdua baru mahu mengecapi kebahagiaan, satu demi satu rahsia terbongkar yang bakal menggoyahkan rumah tangga mereka. "I will never make it easy for you." - Hazz Edraqi "The weak can never forgive, Hazz." - Dahlia Evelyn •Slow Burn Romance •Green Flag ML •Sad Romance •Angst start : 15.5.2025 end : 22.8.2025
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 518,143
  • WpVote
    Votes 28,348
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start : 04/09/2025
My Husband Mr. Coffee [SHORT STORY] by mysderra
mysderra
  • WpView
    Reads 1,268
  • WpVote
    Votes 512
  • WpPart
    Parts 8
𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 𝐌𝐑. 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄 ☕🥞 Semuanya bermula dengan satu kesilapan sebuah kereta Saga yang merempuh sebuah kafe kecil. Di situlah Tengku Rayzi Daniell dan Nur Bunga Dahlia pertama kali bertentang mata, dengan ego tinggi dan mulut pedas sebagai salam perkenalan. Rayzi, lelaki yang yakin dan tidak suka dipersoalkan, sering hadir ke kafe itu dengan alasan urusan dan kopi. Bunga pula, pemilik kafe yang tegas dan teliti, tidak pernah menyangka hidupnya akan kerap diganggu oleh seorang lelaki yang pandai menyakitkan hati. Setiap pertemuan dipenuhi sindiran dan pertengkaran kecil, namun tanpa disedari, keselesaan mula menyelinap di celah kebencian. Dari benci yang pura-pura, hadir perhatian yang tidak diundang, dan rasa yang sukar dinafikan. It's just a stupid crush, right? Aku tak suka dia pun. It's probably nothing. Yeah... nothing ─Tengku Rayzi Daniell Bunga tolong jangan jatuh hati. Kau tahu dia tu bukan untuk kau. Tapi hati ni degil sangat... just chill, girl. Chill ─Nur Bunga Dahlia Takdir mempertemukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dirancang perkahwinan yang bermula tanpa cinta, tetapi perlahan-lahan mengajar mereka tentang kepercayaan, penerimaan dan makna rumah. Dalam kehidupan berumah tangga yang penuh gelak tawa, kopi menjadi saksi, ego diuji, dan cinta belajar untuk tumbuh dengan cara yang paling sederhana. Apabila benci bertukar menjadi rindu, dan musuh menjadi pasangan hidup, mampukah Rayzi dan Bunga menerima bahawa cinta kadang-kadang hadir... tanpa dirancang, namun tepat pada waktunya? Hak milik mysderra - 2026 ®