khrnisoff
Lubna Isabella, gadis yang bijaksana sehingga dianggap gila oleh masyarakat Asteria. Bahkan Sultan sendiri memilih untuk mempercayai pandangan rakyat dengan menganggap Lubna hanya membawa khayalan dan kegilaan.
Di sebalik tuduhan itu, tersimpan sebuah kebenaran yang mampu menggoncang seluruh empayar. Kebenaran yang cuba disampaikan oleh Lubna, akhirnya membawa kepada kehancuran Asteria.
Ketika empayar yang telah berdiri selama berabad-abad itu runtuh, Lubna menjadi satu-satunya yang terselamat daripada tragedi tersebut.
Di situlah, takdir mempertemukannya dengan seorang jejaka bernama Yusha, iaitu seorang pemerintah wilayah.
"Tolong selamatkan saya..."
"Apa yang kau cakapkan ini?"
Pertemuan yang bermula dengan pertanyaan itu menjadikan Yusha untuk mengetahui siapa Lubna Isabella sebenarnya.