og🫶🏻
2 storie
Forever Isn't What We Promised di moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    LETTURE 136,455
  • WpVote
    Voti 15,249
  • WpPart
    Parti 51
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
The Beautiful Ruins di MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LETTURE 2,849
  • WpVote
    Voti 341
  • WpPart
    Parti 6
Bersatu atas nama cinta. Dibina dengan harapan yang teguh. Dua hati yang percaya pada janji, kesetiaan dan jiwa yang saling terikat antara satu sama lain. Hingga dia terlupa, yang indah itu sedang menghancurkannya dalam diam. Membunuh dalam senyap. Sedikit demi sedikit runtuh segala yang diusahakan demi orang yang dicintai. Di saat dia memilih untuk mempercayai, dia dikhianati sebagai balasan. Di saat dia tulus menerima dan mempertahankan, dia disakiti hingga parah. Dia mula mempersoalkan makna cinta yang pernah dia junjung tinggi. Dia mula diuji dengan kata-kata 'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'. Mengapa ketika dia berusaha menjadi seseorang yang terbaik, kenyataan memghempapnya dengan kejam tanpa amaran? Adakah cinta mampu hidup semula selepas dikhianati sedalam itu? Adakah bahtera bahagia itu mampu dipertahankan selepas hancur dengan cara paling menyakitkan... dan indah?